Muntahkab Ahadis - Bab Ilmu

 

Hadis 001

Dari Abu Musa ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda; Perumpamaan ilmu dan hidayat yang dengannya aku diutus oleh Allah swt adalah seumpama satu hujan lebat yang menimpa bumi. (Bumi terbahagi kepada tiga tanah)Pertama ialah tanah baik, lembut dan menyerap air yang kerananya tanah menjadi subur, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang banyak. Kedua ialah tanah yang keras tidak menyerap air tetapi dapat mengumpulkan air bagi keperluan manusia, binatang ternak dan tanam-tanaman yang lain. Ketiga ialah tanah yang keras yang tidak menyerap dan tidak dapat mengumpulkan air dan tidak menumbuhkan tanam-tanaman. (Begitulah dengan manusia yang terbahagi kepada tiga golongan)Mereka yang diberi faham agama dan mendapat hidayat. Dengan hidayat itu mereka mengenaliku, mendapat manfaat dengan ilmu yang diberikan Allah swt kepadaku. Mereka belajar dan mengajarkan kepada orang lain. (Golongan kedua)Ialah yang tidak mengambil manfaat bagi dirinya tetapi orang lain dapat manfaat darinya. (Golongan ketiga)Ialah orang yang tidak peduli dirinya dan tidak mendapat hidayat Allah swt apa yang diturunkan melalui aku. (HR Bukhari)

Hadis 002

Dari Uthman ibn Affan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tarmizi)

Hadis 003

Dari Buraidah Aslamiy ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari Kiamat dengan sebuah mahkota yang diperbuat daripaada Nur. Cahayanya seperti cahaya matahari. Kedua ibu-bapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada tandingannya dalam dunia ini. Dia akan bertanya kenapakah dia dipakaikan dengan pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab; Ini kerana kamu mengajar anak kamu membaca Al-Quran. (HR Hakim)

Hadis 004

Dari Muaz Al Juhaniy ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengannya, kedua ibu-bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari. Kemudian kalaulah matahari itu berada di dalam rumah kamu, (cahayanya tentu lebih terang, namun cahaya mahkota itu lebih terang lagi. Kalau pahala ini hanya untuk kedua ibu bapanya)Maka kamu dapat bayangkan apakah yang akan diterima oleh orang yang membacanya sendiri. (HR Abu Daud)

Hadis 005

Dari Abdullah ibn Amr Al As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa membaca Al-Quran sesungguhnya dia telah memelihara pengetahuan Al-Quran di dalam dadanya walaupun Al-Quran tidak diwahyukan kepadanya. Adalah tidak patut bagi seorang ahli Al-Quran(para Hafiz) untuk marah kepada orang yang pemarah dan bertindak jahil kepada orang yang jahil, sementara Kalam Allah swt berada didalam hatinya. (HR Hakim)

Hadis 006

Hadzrat Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Ilmu terbahagi kepada dua. Pertama ialah ilmu yang meresap ke dalam hati dan inilah ilmu yang bermanfaat. (Kedua)Ialah Ilmu yang hanya pada lisan sahaja(iaitu ilmu yang kosong daripada amalan dan keikhlasan). Ia akan menjadi hujah kepada Allah swt terhadap anak Adam(bahawa meskipun berilmu namun mereka tidak beramal dengan ilmu yang diketahuinya). (At Tarhgib)

Hadis 007

Hadzrat Uqbah Bin Amir ra berkata Rasulullah saw menemui kami ketika kami berada di Suffah dan lantas bertanya: Siapakah di antara kamu suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan membawa balik dua ekor unta betina yang hamil dan gemuk tanpa melakukan sesuatu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?. Kami menjawab; Kami suka berbuat demikian, wahai Rasulullah. Lalu Baginda saw bersabda; Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada kitab Allah Azzawajalla(Al-Quran) adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina dan bilangannya dari unta-unta yang lain? (HR Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menjelaskan bahawa ayat-ayat adalah lebih baik dari unta-unta yang berharga seperti satu ayat lebih tinggi nilainya dari seekor unto jantan dan betina.

Hadis 008

Dari Muawiah ra berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa yang diberikan kebaikan oleh Allah swt dia akan diberi faham dalam agama. Aku hanyalah seorang pembahagi, sedangkan Allah swt adalah Zat yang memberi. (HR Bukhari)

Keterangan:
Dalam erti kata yang lain, hadis ini memberi maksud Rasulullah saw ialah orang yang membahagi-bahagikan ilmu, sedangkan di dalam pemahaman, penghafalan dan taufik untuk beramal dengan ilmu ialah satu kurniaan daripada Allah swt. (Mirqat)

Hadis 009

Dari Ibnu Abbas ra katanya satu ketika Baginda Rasulullah saw merapatkan dadanya kepadaku dan beliau berdoa: Wahai Allah! Engkau kurniakanlah ilmu Al-Quran kepadanya. (HR Bukhari)

Hadis 010

Hadzrat Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya antara alamat hari Kiamat ialah, Ilmu akan diangkat, kejahilan berleluasa dan minum arak secara terbuka, tersebarnya perzinaan. (HR Bukhari)

Hadis 011

Hadzrat Ibnu Umar ra berkata aku dengar Rasulullah saw bersabda; Ketika aku sedang tidur, aku bermimpi dibawakan kepadaku semangkuk susu. Aku telah minumnya sehingga kenyang, sehingga ia terasa ke hujung-hujung jariku. Kemudian selebihnya aku berikan kepada Hadzrat Umar ra. Para sahabat r.anhum bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah maksud mimpi tuan itu? Rasulullah saw bersabda; Ilmu(Umar paling banyak menerima ilmu daripada Rasulullah saw). (HR Bukhari)

Hadis 012

Dari Abu Said Al Khudri ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Seorang mukmin sekali-kali tidak akan merasai kenyang daripada kebaikan(ilmu). Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya(sehinggalah maut-menemuinya) dan tempatnya ialah di dalam syurga. (HR Tirmizi)

Hadis 013

Dari Abu Zar ra meriwayafkan bahawa satu hari baginda Rasulullah saw telah bersabda kepadaku; Wahai Abu Zar! Sepagi kamu mempelajari satu ayat daripada kitab Allah swt adalah lebih baik daripada kamu bersembahyang seratus rakaat nafil dan jika kamu mempelajari safu bab daripada Kitab Allah swt adalah lebih baik daripada kamu bersembahyang seribu rakaat nafil. (HR Ibnu Majah)

Hadis 014

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa yang datang ke masjidku ini(iaitu masjid Nabawl) semata-mata untuk mendapat kebaikan yaitu belajar ilmu atau mengajar orang lain maka ganjarannya adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah . Dan barangsiapa yang datang dengan maksud yang lain ialah seperti orang yang melihat-lihat barang orang lain(Pada zahirnya, orang yang hanya melihat-lihat sahaja barang orang tidak akan memberi manfaat untuk dirinya sendiri). (HR Ibnu Majah)

Keterangan:
Hadis ini juga memberi makna kelebihan kepada semua masjid yang wujud di dunia ini kerana semua masjid adalah mengikut tabi' masjid Nabawi.

Hadis 015

Dari Abu Hurairah ra berkata aku mendengar Baginda Abal Qasdim saw bersabda; Sebaik-baik di antara kamu ialah orang yang baik akhlaknya dan di samping itu mempunyai kefahaman agama. (HR Ibn Hibban)

Hadis 016

Dori Jabir ibn Abaullah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Manusia adalah seumpama barang-barang galian seperti emas dan perak. orang-orang yang baik di masa jahiliah terlebih dahulu masuk Islam lebih balk selepas memeluk Islam selagi mana mereka mempunyai kefahaman Islam. (Musnad Ahmad)

Keterangan:
Dalam hadis ini manusia diumpamakan seperti barang-barang galian emas dan perak kerana barang-barang tersebut mempunyai berbagai jenis dan nilai yang berbeza-beza. Emas dan perak selagi tidak digali dan dibersihkan nilainya adalah rendah. Begitu juga dengan manusia yang berada di dalam kekufuran dan kegelapan, nilai dan sifatnya adalah rendah, walaupun di dalamnya tersembunyi sifat pemurah, keberanian dan sebagainya. Islam dan kefahaman agama akan mengubah semua sifat buruk ini dan meletakkannya di dalam martabat yang tinggi. (Mazahiri Haq)

Hadis 017

Dari Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa pergi ke masjid untuk mempelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran Haji yang sempurna. (HR Tabrani)

Hadis 018

Dari Abu Musa ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Jikalau engkau melihat aku pada malam tadi, mendengar bacaanmu dengan penuh minat dan teliti(pastinya menyukakan kamu) kerana sesungguhnya kamu telah diberi sebahagian dari kebagusan suara Nabi Daud as. (HR Muslim)

Hadis 019

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa satu hari beliau berlalu di pasar Madinah, beliau telah berhenti di pasar dan berseru kepada ahli-ahli pasar dengan katanya: Wahai Ahli-ahli pasar! Apakah yang melemahkan kamu? Mereka berkata; Apakah maksudmu wahai Abu Hurairah? Beliau berkata; Harta pusaka Baginda Rasulullah saw sedang dibahagi-bahagi sedangkan kamu masih berada di sini. Tidakkah kamu ingin pergi untuk mendapatkan bahagianmu? Mereka berkata; Di mana dia? Jawab; Di Masjid! Maka keluarlah orang ramai dengan segera ke masjid dan Abu Hurairah ra berdiri menunggu di situ sehingga mereka kembali. Abu Hurairah ra bertanya; Apakah yang kamu dapati? Mereka menjawab; Kami telah pergi ke masjid dan masuk ke dalamnya namun tiada sesuatupun harta pusaka baginda yang dibahagi-bahagikan. Abu Hurairah ra bertanya; Tidakkah kamu nampak seseorang di dalamnya? Jawab; Ya! Kami nampak sebahagian mereka sedang bersembahyang, sebahagiannya membaca AI-Quran dan sebahagian sedang membincangkan perkara halal dan haram. Maka Abu Hurairah ra berkata: Alangkah kecewanya kamu! Bukankah ini harta pusaka peninggalan Nabi saw? (HR Tabrani)

Hadis 020

Dari Abdullah Ibn Masood ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah swt ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan di dalam hatinya perkara-perkara yang benar. (HR Bazzar, Tabrani)