Muntahkab Ahadis - Bab Ilmu

 

Hadis 021

Dari Abu Waqidi ra meriwayatkan bahawa satu ketika Baginda Rasulullah saw masuk ke dalam masjid dan orang ramai duduk bersama dengannya. Ketika itu datang tiga orang lelaki, dua orang duduk bersama Nabi saw manakala seorang lagi terus meninggalkan majlis itu. Lelaki kedua apabila melihat tempat di hadapannya kosong lantas maju duduk rapat di hadapan manakala seorang lagi terus duduk di belakang. Manakala orang yang ketiga terus berlalu dari situ. Setelah majlis selesai Baginda Rasulullah saw bersabda; Mahukah aku khabarkan kepadamu mengenai ketiga-tiga orang itu? Orang yag pertama telah menempatkan dirinya di sisi Allah swt dengan duduk dalam halkah taklim maka Allah swt juga telah membinakan tempat untuknya dengan memberikan rahmatNya. Orang yang kedua dengan rasa malu dia duduk dalam majlis, maka Allah swt juga malu kepadanya dan tidak kecewa dari RahmatNya. Adapun orang yang ketiga, dia telah membelakangi majlis Allah swt, maka Allah swt juga akan membelakanginya(jauh dari Rahmatnya). (HR Bukhari)

Hadis 022

Dari Abu Harun r.alaihi menceritakan dari Abu Said Al-Khudri ra katanya satu ketika Rasulullah bersabda; Satu hari nanti akan datang orang-orang timur kepada kamu untuk belajar agama. Maka apabila mereka datang nanti layanilah mereka dengan baik. Anak murid Abu Said Al-Khudri ra berkata; Apabila Abu Said melihat akan kedatanganku beliau berkata; Selamat Datang! Selamat Datang! Kepada orang yang kerananya telah berwasiat Nabi saw kepada kami. (HR Tarmizi)

Hadis 023

Dari Wasilah bin Ashaa ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa menuntut ilmu kemudian memperolehinya maka akan dituliskan oleh Allah swt kepadanya dua ganjaran dan barangsiapa yang menuntut ilmu tetapi gagal mendapatkannya akan dituliskan baginya satu ganjaran. (HR Tabrani, Majmai Az-Zawaid)

Hadis 024

Dari Safwan bin Assal Al- Muradi ra meriwayatkan satu ketika aku datang menemui Baginda Rasulullah saw yang ketika itu sedang berada di dalam masjid duduk bersandar di atas cadar berwarna merah, lantas aku berkata: Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku datang untuk menuntut ilmu. Nabi saw menjawab: Selamat datang bagi orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu, kemudian berkumpul bertumpuk-tumpuk di antara satu sama lain hinggalah ke langit dunia. Mereka melakukannya kerana cintanya kepada orang yang menuntut ilmu. (HR Tabrani)

Hadis 025

Dari Tha'labah ibn Al-Hakam As Sahabiy ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Ketika Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Agung duduk di antara hamba-hambaNya di atas kursiNya pada hari kiamat(sebab rahmat dan keagunganNya) untuk mengadili mereka, Dia akan berfirman kepada para Ulama; Aku tidak menganugerahkan kepadamu dengan ilmu dan pengampunan(kelembutan dan kesabaran) kecuali Aku hendak mengampuni kamu, meskipun banyak dosa-dosamu dan aku tidak mempedulikan besarnya dosa-dosamu. (HR Tabrani dan Targhib)

Hadis 026

Dari Abu Darda ra berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa melangkahkan kakinya ke suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah swt akan menunjukkan baginya satu jalan dari jalan-jalan menuju syurga, maksudnya bahawa kemahirannya terhadap ilmu menjadi sebab baginya untuk memasuki syurga. Para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana suka ke atas seorang yang keluar menuntut ilmu. Para penghuni di langit dan di bumi dan ikan-ikan di laut, semuanya mendoakan keampunan bagi orang-orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kemuliaan seorang alim keatas seorang abid adalah seperti kemuliaan bulan purnama ke atas bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka seperti dinar atau dirham(harta kekayaan) kecuali ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu barangsiapa yang mencari harta pusaka ini sesungguhnya dia telah menerima baginya kebaikan yang besar. (HR Abu Daud)

Hadis 027

Dari Abu Darda ra berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Kematian seorang ulama adalah merupakan satu musibah(bencana bagi umat), ia tidak dapat diganti dan boleh memecahbelahkan umat(selisih pendapat dalam berbagai macam amalan) yang susah diluruskan dan ia adalah bagaikan bintang yang dihapuskan cahayanya. Kematian kamu semua masih lebih ringan daripada kematian seorang ulama. (HR Baihaqi)

Hadis 028

Dari Anas ibn Malik ra berkata bahawa Nabi saw bersabda; Perumpamaan ulama adalah seperti bintang-bintang di langit, yang memimpini(manusia) dari kegelapan di darat dan di laut, apabila bintang-bintang kehilangan sinarnya, maka adalah seperti manusia yang sedang berada di ambang kesesatan. (HR Musnad Ahmad)

Keterangan:
Ini bermaksud bahawa dengan tiadanya ulama, manusia akan menuju dari jalan yang lurus kepada kesesatan.

Hadis 029

Dari lbnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Seorang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. (HR Tarmizi)

Keterangan:
Maksud dari hadis ini iaiah syaitan lebih mudah menipu seribu orang abid daripada menipu seorang aiim yang benar-benar faham agama.

Hadis 030

Dari Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa satu ketika diceritakan kepada Nabi saw mengenai dua orang lelaki, seorang daripadanya alim dan seorang lagi abid. Baginda Rasulullah saw bersabda; Perumpamaan seorang alim daripada seorang abid ialah seumpama kelebihanku daripada seorang yang terendah di antara kamu. Kemudian Baginda saw bersabda; Sesungguhnya para Malaikat, dan semua makhluk di langit dan di bumi sehingga semut-semut disarangnya dan ikan-ikan di air mendoakan orang yang mengajar manusia kepada kebaikan. ( HR Tirmizi)

Hadis 031

Dari Abu Hurairah ra berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Ingatlah! Sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada di dalamnya(jauh dari rahmat Allah swt) kecuali Zikrullah dan apa-apa yang hampir kepadaNya(yakni amal-amal kebajikan) seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama. (HR Tarmizi) oji 1

Hadis 032

Dari Abu Bakar ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Jadilah kamu seorang yang alim atau orang yang belajar ilmu agama atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli llmu. (HR Tabrani)

Hadis 033

Dari Abdullah bin Masood ra berkata aku mendengar bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Hasad tidak dibenarkan kecuali dalam dua perkara. Seorang yang diberikan oleh Allah swt dengan harta kekayaan dan membelanjakan apa yang dimilikinya di jalan yang di redhai Allah swt. Kedua seorang yang diberikan oleh Allah dengan(ilmu dan) hikmah, yang dengannya memutuskan sesuatu dengan hak dan mengajarkannya kepada orang lain. (HR Bukhari)

Hadis 034

Dari Umar Ibnul Khattab ra menceritakan bahawa pada suatu hari ketika kami sedang duduk bersama-sama dengan Baginda Rasulullah saw, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian putih bersih, berambut hitam legam, yang tidak ada kesan-kesan dia seorang musafir dan tidak ada di antara kami yang mengenalinya(yang menunjukkan dia seorang ahli penduduk Madinah). Lalu dia duduk rapat di hadapan Nabi saw sehingga lututnya bertemu dengan lutut Nabi saw dan meletakkan kedua tapak tangannya pada kedua lututnya kemudian dia bertanya; Wahai Muhammad! Khabarkan kepadaku Apakah itu Islam? Rasulullah saw menjawab; Islam itu(diantara rukun-rukunnya) ialah bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah swt dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah. Mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji bagi mereka yang berkuasa. Kemudian dia menjawab; Kamu berkata benar! Mendengarkan jawapannya Umar ra berasa hairan: Dia sendiri yang bertanya(seperti orang yang tidak tahu) tetapi dia sendiri membenarkannya(seolah-olah dia sudah tahu dari awal). Kemudian orang itu bertanya lagi: Khabarkan kepadaku apa itu iman? Baginda saw menjawab; iman ialah kamu beriman kepada Allah swt beriman kepada para Malaikat, kepada kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya, beriman pada hari akhirat dan beriman kepada Takdir, segala yang baik dan yang buruk datang dari Allah swt. Kemudian orang itu berkata; Kamu berkata benar! Bertanya lagi; Khabarkan kepadaku apakah itu ihsan? Baginda saw menjawab: ihsan ialah beribadatlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah swt namun jika sifat ini kamu tidak memperolehi, tawajuhlah kamu, sesungguhnya Allah swt sedang melihat kamu. Kemudian orang itu bertanya lagi; Beritahu kepadaku bilakah hari kiamat akan berlaku? Baginda saw menjawab: Mengenai perkara itu, orang yang bertanya lebih tahu dari orang yang ditanya. Kemudian orang itu bertanya lagi; Kalau begitu beritahu kepadaku tanda-tandanya. Baginda saw bersabda; (Diantara tanda-tanda hari kiamat ialah)Hamba sahaya akan melahirkan tuannya sendiri. Kedua, kamu akan melihat seorang fakir yang tidak berkasut dan tidak berbaju, seorang gembala kambing akan membina mahligai yang tinggi-tinggi dan mereka berlumba-lumba di antara satu dengan lain. Umar berkata; Selepas itu orang itu berlalu dari situ. Beberapa lama aku tidak menanyakan hal itu kepada Baginda saw sehingga Nabi saw sendiri bertanya kepadaku: Wahai Umar! Adakah kamu mengetahui siapakah orang yang bertanya tempohari? Aku menjawab; Allah swt & dan rasulNya lebih mengetahui. Rasulullah saw bersabda; Dialah malaikat Jibril as yang datang untuk mengajar agama kepada kamu semua. (HR Muslim)

Keterangan:
Dalam hadis ini di antara alamat kiamat ialah; Seorang hamba akan melahirkan tuannya sendiri, ini bermakna, hampirnya hari kiamat anak-anak akan derhaka kepada ibubapa sehingga tabiat seorang anak yang mencintai dan mentaati ibunya, bukan sahaja tidak mentaati, bahkan akan memperlakukan ibunya seperti seorang tuan memerintah sesuatu kepada hambanya. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Baginda Rasulullah saw seorang wanita melahirkan tuannya sendiri. Tanda kedua ialah, apabila hari kiamat hampir tiba, harta kekayaan akan berada di tangan orang yang bukan ahlinya. Mereka membina bangunan yang tinggi-tinggi dan berlumba-lumba diantara satu sama lain. (Ma'ariful hadis)

Hadis 035

Dari Hassan r.alaihi berkata suatu hari Rasulullah saw ditanya mengenai dua orang daripada Bani lsrail. Di antara keduanya siapakah yang lebih afdhal? Pertama seorang yang alim dan sentiasa menjaga sembahyang fardhunya kemudian mengajar agama kepada orang ramai. Kedua ialah seorang yang berpuasa sepanjang hari dan bangun sepanjang malam. Rasulullah saw bersabda; Seorang alim yang bersembahyang kemudian mengajar ilmu agama adalah lebih afdal daripada seorang abid yang berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam sebagaimana kelebihanku keatas seorang yang terendah di antara kamu. (HR Darumi)

Hadis 036

Dori Abdullah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda; Pelajarilah Quran dan ajarkanlah kepada orang lain dan belajarlah ilmu dan ajarkanlah-kepada orang lain dan pelajarilah hukum-hukum yang fardhu dan ajarkanlah kepada orang lain, kerana sesungguhnya aku akan diangkat daripada dunia ini dan ilmu juga kelak akan diangkat daripada dunia ini sehingga dua orang akan bertelagah di dalam menentukan sesuatu hukum(disebabkan kerana kurangnya ilmu) sehingga tidak ada seorang pun diantaranya yang dapat menerangkan hukum-hukum yang fardhu dengan betul. (HR Baihaqi)

Hadis 037

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda; Wahai manusia! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat. (HR Musnad Ahrnad)

Hadis 038

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya antara amalan dan kebaikan manusia yang akan sentiasa berterusan selepas kematiannya ialah ilmu yang ia ajarkan dan ia sebarkan, serta anak yang solah yang mendoakan untuknya, AI Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir yang didirikannya atau sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya semasa dia sihat di hayatnya, inilah yang berterusan walaupun selepas kematiannya. (HR lbnu Majah)

Hadis 039

Dari Anas ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw apabila berkata sesuatu kalimat beliau akan mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga orang benar-benar faham. (HR Bukhari)

Hadis 040

Dari Abdullah bin Amr ibn As ra berkata aku mendengar bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya Allah swt tidak mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya, tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan alim ulama sate persatu, sehingga tidak tinggal seorang aiim pun lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masaiah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan orang lain. (HR Bukhari)