Muntahkab Hadis - Bab Iman

 

Hadis 001

Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan Lailaha illallah(Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah swt) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (H.R.Muslim)

Hadis 002

Daripada Hazrat Abu Bakar Siddiq ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa menerima kalimah yang aku sampaikan kepada pakcikku(Abu Talib ketika hampir kematiannya namun dia menolaknya) nescaya kejayaan baginya" (H.R. Ahmad)

Hadis 003

Daripada Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda:"Perbaharuilah iman kamu". Para Sahabat bertanya:"Wahai Rasulullah saw, bagaimana kami memperbaharui iman kami?". Baginda saw bersabda:"Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (H.R. Ahmad Tabrani dan At-Taghrib)

Hadis 004

Dari Jabir bin Abdullah ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah".(H.R.Tarmizi)

Keterangan:
Kalimah Tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan keislaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian adalah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah swt.

Hadis 005

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidaklah seorang hamba mengucapkan kalimah la ilaha illallah dengan ikhlas, kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga ucapannya mencapai ke arash(serta merta diterima) dengan syarat orang yang mengucapkannya menghindarkan diri daripada dosa-dosa besar.(H.R. Tarmizi)

Keterangan:
Menyebut dengan ikhlas bermaksud melakukannya tanpa riya' dan nifaq iaitu sifat menunjuk-nunjuk dan pura-pura. Sementara menjauhi dosa-dosa besar ialah syarat diterimanya ucapan tersebut dengan lebih cepat lagi. Namun kalimah yang diucapkan ketika ia melakukan dosa-dosa besar, ia masih tetap memberi manfaat dan menerima ganjaran di sisi Allah swt

Hadis 006

Dari Ya'la ibnu Syaddad ra berkata: Ayahku Syaddad ra bercerita kepadaku, yang pada ketika itu Ubadah bin Samit ra hadir membenarkan ceritanya. Dia berkata; satu ketika kami bersama Rasulullah saw. Baginda saw bertanya, adakah orang-orang asing di antara kamu (ahli kitab)? Kami menjawab, tidak wahai Rasulullah saw. Kemudian Baginda memerintahkan kepada kami menutup pintu dan bersabda, "Angkatlah tangan-tanganmu dan ucapkanlah La ilaha illallah".

Maka kami mengangkat tangan-tangan kami beberapa saat kemudian (dan mengucapkan kalimah). Sesudah itu Nabi saw menurunkan tangannya dan bersabda, "Alhamdulillah, (segala puji bagi Allah swt). Wahai Allah, sesungguhnya Engkau mengutuskan aku dengan kalimah ini dan telah memerintahkan aku(untuk mendakwahkannya) dan Engkau telah menjanjikan kepadaku syurga kepada sesiapa sahaja yang mengucapkannya dan sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji".

Kemudian Baginda saw bersabda kepada para Sahabat, "Bergembiralah kamu semua, sesungguhnya Allah swt telah mengampuni kamu. (H.R. Musnad Ahmad, Tabrani, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

Hadis 007

Dari Abu Dzar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Tiada seorang hamba yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah kemudian dia mati dalam keadaan beriman kecuali dimasukkan dia ke dalam syurga. Aku bertanya: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda saw menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku bertanya lagi: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku mendesak sekali lagi: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri (`Ala Zakmi -Wahai Abu Dzar dia pasti akan memasuki syurga) (HR Bukhari)

Keterangan :
'Ala Zakmi' dalam bahasa arab ialah satu peribahasa yang sering digunakan, yang memberi makna: Walaupun sesuatu perkara itu kamu tidak dapat menerimanya dan kamu tidak mahu perkara itu berlaku namun ia pasti akan berlaku. Hadzrat Abu Dzar ra merasa hairan yang amat sangat kerana seorang yang melakukan dosa-dosa besar bagaimana dia boleh memasuki syurga? Mengikut keadilan sepatutnya dia menerima hukuman. Untuk menghilangkan rasa takjub dan hairan ini Baginda saw melafazkan peribahasa tersebut. (Betapapun Abu Dzar ra tidak dapat menerimanya dia tetap akan memasuki syurga)

Sekarang dosa yang mereka lakukan haruslah disusuli dengan taubat dan Istighfar yang dengannya dia mendapat pengampunan Allah swt atau dengan rahmatNya diampunkan tanpa siksa atau selepas disiksa kerana dosa-dosanya dia tetap akan memasuki syurga. Mengenai hadith ini para ulama menuliskan bahawa maksud kepada pembacaan kalirnah Tayyibah ini ialah beriman sepenuh-penuhnya kepada tauhid dan keseluruhan agama dan berusaha untuk mengamalkannya. (Mu'ariful Hadith)

Hadis 008

Hadzrat Huzaifah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sebagaimana kain yang dipakai, lama kelamaan akan menjadi pudar dan lusuh akhirnya, begitu jugalah dengan agama Islam, yang mana suatu hari nanti tidak kenal lagi apa itu puasa, apa itu sedekah dan haji. Pada suatu malam Al-Quran akan diangkat dari hati-hati manusia sehingga tidak tertinggal satu ayat pun diatas muka bumi dan hanya sebahagian orang-orang yang masih hidup terdiri dari perempuan-perempuan tua dan Ielaki tua yang berkata: Kami mendapati nenek-nenek kami mengucapkan kalimah Lailaha illallah kerana itu kami mengucapkannya". Silah Ibn Zufaz bertanya kepada Huzaifah ra, bagaimana kalimah Lailaha illallah memberi menafaat kepada mereka sedangkan mereka tidak mengenal Iagi puasa, sedekah dan haji? Huzaifah ra mendiamkannya sehingga dia mengulangi pertanyaannya tiga kali. Kemudian sehinggalah kali ketiganya Hadzrat Huzaifah ra menghadapkan wajahnya dan menjawab: Wahai Silah sesungguhnya ucapan mereka itu akan menyelamatkan mereka dari api neraka. (H.R Hakim)

Hadis 009

Hazdrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illallah akhirnya akan memberi menafaat bagi keselamatannya, walaupun sebelumnya dia menerima azab ke atas dirinya." (Hadith Bazar, Tabrani, Targhib)

Hadis 010

10. Hadzrat Abdullah Ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidakkah Aku khaborkan kepadamu wasiat Nuh a.s. kepada anaknya". Mereka berkata, bahkan ya Rasulullah. Baginda saw bersabda: "Nuh as mewasiatkan anaknya, "Wahai anakku aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Lailaha illallah, jika kalimah ini diletakkan didalam satu timbangant langit dan bumi ditempatkan ditimbangan yang Iain, nescaya kalimah ini akan lebih berat Iagi. Walau ia didalam lingkaran yang kukuh nescaya akan mematahkan lingkaran itu sehingga menghadap kepada Allah swt dan aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Subhanallahil 'azim wabihamdihi, sesungguhnya ia adalah ibadat dari seluruh makhluk dan dengannya rezeki mereka diberikan dan aku melarang kamu dari dua perkara: Syirik dan Kibir (sombong) kerana kedua-dua sifat ini menjauhkan manusia dari Allah swt (H. R. Bazar, Majmauz Zawaid)

Hadis 011

Hadzrat Talhah ibnu 'Ubaidullah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhya aku mengetahui satu kalimah yang mana barangsiapa membacanya ketika hampir matinya, kecuali mendapati ruhnya amat tenang keluar daripada jasadnya dan kelak akan menjadi nur baginya pada hari Qiamat. (Kalimah itu ialah La ilaha illallah) (H.R. Abu Ya'Ia, Majma uz Zawaid)

Hadis 012

Daripada Anas r.a meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Akan dikeluarkan setiap orang daripada api neraka bagi mereka yang mengucapkan kalimah Lailaha illallah dan terdapat kebaikan walaupun sebesar biji gandum dalam hatinya. Kemudian akan dikeluarkan dari api neraka bagi mereka yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dan terdapat kebaikan walau sebesar biji barli didalam hatinya. Kemudian akan dikeluarkan dari api neraka bagi mereka yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dan terdapat kebaikan walaupun sebesar biji sawi didalam hatinya. (H.R Bukhari)

Hadis 013

Daripada Miqdad bin Aswad ra berkata aku telah mendengar bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidak tinggal diatas muka bumi sebuah rumah pun samada rumah dari batu atau tanah, dikota atau didesa, atau khemah-khemah dipadang sahara, kecuali Allah swt memasukkan kedalamnya kalimah Islam, (dengan menjadikan mereka beriman) kemuliaan bagi mereka yang taat dan kehinaan bagi mereka yang engkar dan menjadi hamba atau bawahan orang Islam. (H.R. Musnad Ahmad)

Hadis 014

Dari Hadzrat lbn Syimasah Al-Mahri Rahmatullah 'Alaih menceritakan bahawa beliau telah menziarahi Hadzrat Amir Ibnul As ketika beliau sakaratul maut. Beliau menangis begitu lama sekali sambil memalingkan wajahnya kearah tembuk. Anak lelakinya telah bertanya bagi menghiburkan hatinya: Wahai ayahku, tidakkah Rasulullah saw telah mengkhabarkan berita gembira untukmu itu dan ini? Tidakkah Rasulullah saw telah mengkhabarkan berita gembira untukmu itu dan ini? Lantas beliau memalingkan wajahnya dan berkata: Sesungguhnya sebaik-baik persiapan (untuk menuju keakhirat) ialah bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah swt dan Muhammad saw itu Pesuruh Allah At. Sesungguhnya kehidupanku telah melalui tiga zaman . Satu, zaman yang mana tidak ada seorang pun yang aku Iebih membenci kecuali pada diri Rasulullah saw. Akulah orang yang paling bercita-cita bagaimana supaya dapat aku membunuh Baginda Rasulullah saw. lnilah zamanku yang paling buruk. Kalaulah aku mati ketika itu nescaya aku menjadi ahli neraka. Maka apabila Allah swt menjadikan Islam kedalam hatiku, aku telah datang bertemu Nabi saw dan aku berkata: Hulurkanlah tanganmu Ya Rasulullah saw supaya aku berbaiat kepadamu. Lalu Nabi menghulurkan tangannya. Lantas aku menarik tanganku kebelakang. Baginda bertanya: Kenapa ini wahai Amir? Aku berkata: Aku mahu satu syarat daripadamu. Nabi saw bertanya: Apakah syarat yang kamu mahu? Aku berkata: Aku mahu supaya diampuni. Nabi bersabda: Tidakkah kamu mengetahui wahai Amir bahawa (memasuki) Islam telah menghapuskan segala dosa-dosa yang lampau? Dengan hijrah juga Allah mengampun dasa-dosa yang lalu, dan dengan Haji juga Allah mengampuni semua dosa-dosa yang telah dilakukan sebelumnya? Inilah zaman dimana tidak ada seorang pun yang lebih aku cintai kecuali Rasulullah saw".

Oleh kerana kecintaan, kemuliaan dan penghormatanku itu aku tidak sanggup untuk menatap wajah Baginda Rasulullah saw. Kalaulah aku diminta untuk menggambarkan wajahnya, aku tidak dapat berbuat demikian kerana aku tidak pernah melihat wajah Nabi saw sepenuhnya. Kalaulah aku mati ketika itu aku berharap akan berada dikalangan orang-orang yang memasuki syurga. Kemudian aku menemui satu zaman, yang mana terlibat dalam banyak urusan dunia, yang mana aku tidak mengetahui bagaimana keadaan diriku sendiri ketika itu. Oleh kerana itu bila aku mati nanti janganlah diiringi jenazahku dengan wanita-wanita yang meratapi kematianku, dan janganlah membawa api. Apabila jenazahku telah dikebumikan, maka timbuslah dengan tanah kemudian berdirilah ditepi kuburku untuk beberapa ketika, dengan kadar masa seekor unta disembelih dan dibahagi-bahagikan dagingnya supaya hatiku merasa terhibur. Aku mengetahui bahawa apa yang akanku jawab dari soalan-soalan yang akan ditanya oleh utusan-utusan Tuhanku. ( H.R. Muslim.)

Hadis 015

Dari Omar ibn Khattab ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Wahai anak Al-Khatab pergilah beritahu kepada orang ramai sesungguhnya tidak akan masuk kedalam syurga kecuali orang-orang yang beriman. (H.R. Muslim)

Hadis 016

Dari Hadzrat Abu Laila ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda kepada Abu Sufian: Amat buruk sekali keadaan kamu Wahai Abu Sufian! Aku datang kepadamu dengan membawa kebaikan dunia dan.akhirat. Islamlah kamu, Kamu akan selamat. (H.R.Tabrani)

Hadis 017

Dari Hadzrat Anas ra berkata: Aku mendengar Nabi saw bersabda: Pada hari kiamat nanti aku akan dibenarkan untuk memberi syafaat kepada umatku, aku akan berkata: Wahai Tuhanku! masukkanlah kedalam syurga setiap orang yang didalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi. (Maka Allah menerima syafaatku) maka orang-orang tersebut akan memasuki syurga. Kemudian aku berkata lagi: Wahai Allah masukkanlah kedalam syurga bagi orang-orang yang didalam hatinya terdapat (iman) walaupun sebesar zarah. (H.R. Bukhari)

Hadis 018

Dari Abu Said Al-Khudri ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda : Apabila dimasukkan ahli syurga kedalam syurga dan ahli neraka kedalam neraka maka Allah At berfirman: Keluarkanlah daripada api neraka sesiapa yang mempunyai iman walau sebesar biji sawi. Maka mereka dikeluarkan dari api neraka dalam keadaan hitam legam (kerana hangus terbakar) Lantas mereka dimasukkan kedalan Sungai Kehidupan, (sehingga menjadi putih dan segar) lalu tumbuh kembali sebagaimana tumbuhnya benih ditepi sungai yang mengalir. (dengan subur) Tidakkah kamu lihat bagaimana is tumbuh berputik dengan warna putih kekuningan? (H.R. Bukhari)

Hadis 019

Dari Abi Umamah ra berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Pesuruh Allah! Apakah itu iman? Baginda menjawab: Apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan kamu merasa benci dengan amal keburukan mu, maka kamu adalah seorang yang beriman (mukmin). (H.R. Al-Hakim)

Hadis 020

Dari Abbas Ibni Abdul Mutalib ra meriwayatkan bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya orang yang merasai kenikmatan iman ialah mereka yang meredhai Allah swt sebagai Rabnya, dan Islam sebagai agamanya dan Muhammad saw sebagai utusan Allah. (H.R. Muslim)

Keterangan:
Maksud hadith ini ialah menyembah Allah swt menjalani kehidupan mengikut syariat Islam dan mentaati Baginda Rasulullah Mencintai Allah Taala, dan RasulNya dan mencintai agamanya. Barang siapa memperolehi sifat seperti ini, yakinlah dia juga merasai kemanisan iman. (H.R. Muslim)

1
2
3
4