Muntahkab Hadis - Bab Iman

 

Hadis 041

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Baginda Rasulullah saw bersabda: Perbanyakkanlah mengucapkan kalimah La ilaha illallah sebelum datangnya rintangan(mati atau sakit) yang menghalang kamu dari menyebutnya. (HR. Abu Ya'la)

Hadis 042

Dari Uthman ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang mati dalam keadaan dia mengetahui(dan beriman) bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah dia akan memasuki syurga. (H.R. Muslim)

Hadis 043

Dari Uthman ibni Affan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barang siapa mati dalam keadaan dia meyakini bahawa Allah(wujudnya) adalah benar, dia akan masuk ke dalam syurga. (H.R. Abu Ya'la)

Hadis 044

Dari Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Allah berfirman Akulah Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Aku, barangsiapa berikrar mentauhidkan Aku sesungguhnya dia memasuki bentengKu, dan barangsiapa memasuki bentengKu dia terhindar dari azabKu. (H.R As Sairazi, Jamius Saghir)

Hadis 045

Dari Makhul r.alaih menceritakan telah datang seorang lelaki tua yang alisnya telah menutupi kedua matanya bertanya kepada Nabi saw: Ya Rasulullah! Seorang yang telah melakukan khianat, melakukan berbagai kemaksiatan, tidak dapat menghalang sesuatu keinginan hawa nafsunya kecuali dilakukannya . Dosanya begitu banyak, sekiranya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk muka burni ini nescaya binasalah mereka. Adakah orang seumpama ini mendapat pengampunan Allah? Baginda Rasulullah saw bertanya: Adakah kamu telah Islam? Katanya: Adapun aku telah bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang satu dan tiada sekutu baginya dan Muhammad itu hambaNya dan PesuruhNya. Maka Nabi saw menjawab: Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa-dosa kamu yang dahulu dan menukarkannya kepada kebaikan. Beliau bertanya lagi: Ya Rasulullah! Pengkhianatanku dan semua kemaksiatanku dimaafkan? Rasulullah saw menjawab: Ya, Pengkhianatanmu dan semua kemungkaranmu dimaafkan. Mendengarkan jawapan ini orang tua tersebut tidak putus-putus menyebut Allahu Akbar, La ilaha illallah(dengan gembira) berlalu dari situ. (H.R. Tafsir Ibnu Kasir)

Hadis 046

Dari Abdullah Ibn Amir Ibn As ra berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya pada hari Kiamat kelak Allah akan memilih seorang lelaki di kalangan umatku dari seluruh makhluk ciptaanNya dan di hadapannya akan dibentangkan sembilan puluh sembilan buku catitan amal. Setiap satu buku catitan amal itu sejauh mata memandang kemudian akan ditanya adakah dia mengingkari dari apa yang ditulisnya, adakah malaikatKu menulis berlebih-lebihan dari apa yang kamu lakukan(tanpa melakukan dosa atau ditulis secara zalim?) Dia menjawab: Tidak Wahai Tuhanku! Adakah apa-apa keuzuran daripada kamu? Dia menjawab: Tidak Wahai Tuhan! Sesungguhnya bagi kamu ada satu kebaikan disisiKu. Sesungguhnya kamu tidak dizalimi pada hari ini. Kemudian dikeluarkan sekeping kertas yang tertulis diatasnya kalimah:

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruh Allah."

Kemudian Allah swt berfirman: Pergilah dan timbanglah. Maka dia akan berkata : Wahai Tuhanku berapakah beratnya sehelai kertas ini dibandingkan dengan semua buku catitan amalku itu? Allah berfirman: Sesungguhnya kamu tidak akan dizalimi. Lalu diletakkan seluruh buku catitan amal disebelah timbangan dan sehelai kertas diatas timbangan yang lain. Terangkat seluruh buku catitan amal dan berat lagi timbangan sehelai kertas, tidak ada yang dapat mengatasi beratnya nama Allah. (H.R. Tarmizi)

Hadis 047

Dari Abu `Amrah Al-Ansari ra berkata, telah bersabda Nabi saw: Mana-mana hamba yang beriman dan bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan aku sebagai utusanNya kecuali ia akan menjadi penghalang daripada api neraka. Dalam satu riwayat yang lain Barangsiapa yakin dengan kedua-duanya(Meyakini keesaan Allah dan Risalah RasulNya) kecuali dia akan dimasukkan kedalam syurga walau dosa banyak mana sekalipun. (H.R Tabrani )

Keterangan:
Para Mufasir menafsirkan hadith ini atau hadith-hadith yang semakna dengannya ialah barangsiapa mentauhidkan Allah dan meyakini risalah RasulNya pada hari Kiamat akan bertemu Allah, dan dia akan dimasukkan kedalam syurga. Walaupun melakukan banyak dosa, atau selepas disiksa dengan rahmatNya dimasukkan kedalam syurga. (Ma'ariful Hadith)

Hadis 048

Dari Itban Ibn Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Ini tidak akan berlaku, seorang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku pesuruh Allah dimasukkan kedalam api neraka atau api neraka memakannya. (H.R Muslim)

Hadis 049

Dari Abu Qatadah ra dari bapanya meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Muhammad itu PesuruhNya maka condong lidahnya(kerana terlalu banyak mengucapkan kalimah tayyibah ini) dan tenang hatinya(kerana penyebutannya) tidak akan dimasukkan kedalam api neraka. (H.R. Baihaki)

Hadis 050

Dari Muaz bin Jabal ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Sesiapa sahaja yang mati sedangkan dia bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku Pesuruh Allah dengan penuh meyakini didalam hatinya kecuali diampuni oleh Allah(akan dosa-dosanya) (H.R.Ahmad)

Hadis 051

Anas Ibnu Malik ra meriwayatkan bahawa ketika Muaz ra menaiki unta di belakang Rasulullah saw, Baginda saw bersabda: Wahai Muaz Ibnu Jabal! Muaz menjawab: Labbaik Ya Rasulullah Wasa'daik(Aku menyambut seruanmu ya Rasulullah) Baginda sekali lagi bersabda: Wahai Muaz! Muaz ra menjawab: Labbaik wasa'daik. lni berlaku sebanyak tiga kali. Maka Rasulullah saw bersabda: Tiada seseorang di antara kamu yang bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah dengan sebenarnya di dalam hatinya kecuali diharamkan dia daripada api neraka. Muaz ra berkata: Ya Rasulullah tidakkah aku beritahu kepada orang lain agar mereka juga bergembira? Baginda saw menjawab: Nanti mereka bertawakkal sahaja(bergantung kepada kalimah ini dan tidak mahu beramal kebajikan). Namun Muaz ra meriwayatkan hadith ini ketika hampir mautnya kerana takut dosa(menyembunyikan Ilmu pengetahuan) (H.R Bukhari)

Keterangan: Mengenai hadith-hadith yang hanya menyebut kalimah La ilaha illallah Muhammadur-Rasulullah diharamkan daripada api neraka para mufasir berpendapat bahawa dua makna Pertama ialah mereka yang terlepas dari azab neraka untuk selama-lamanya, seperti orang kafir mushrik. Disiksa kerana amal-amal yang buruk kemudian akan dimasukkan kedalam syurga. Kedua ialah mereka yang bersaksi dengan hati yang ikhlas, memahami akan tuntutan kalimah, kemudian membawa kehidupan agama Islam yang sempurna dalam hidupnya. (Mazahir Haq)

Hadis 052

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling banyak mendapat menafaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas didalam hatinya. (H.R Bukhari)

Hadis 053

Dari Rifaah Al-Juhani ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Aku bersaksi di hadapan Allah swt bahawa Tidak mati seorang hamba Allah dengan mengucapkan kalimah La ilaha illallah (Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah) Muhammadur-Rasulullah dan(Aku sebagai pesuruh Allah) dengan membenarkan di dalam hati dan memperbaiki amalannya melainkan dimasukan kedalam syurga. (H.R.Ahmad)

Hadis 054

Dari Umar Ibn Khatab ra berkata: Aku mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang mana barangsiapa yang mengucapkannya dan membenarkannya di dalam hati kemudian dia mati dalam keadaan yang sedemikian melainkan diharamkan dia dari memasuki neraka,(kalimah itu ialah La ilaha illallah). (H.R.Hakim)

Hadis 055

Dari lyyaz ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya kalimah La ilaha illallah ialah satu kalimah yang amat mulia dan bernilai di sisi Allah. Daripadanya seseorang mendapat martabat yang paling tinggi. Barangsiapa mengucapkannya dengan sepenuh hati, Allah akan memasukkan ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang menipu di dalam pengucapannya, kalimah ini(di dalam dunia) akan memelihara diri dan hartanya, tetapi di akhirat kelak akan bertemu Allah dengan penghisabannya. (H.R. Bazzar)

Keterangan :
Orang yang melakukan penipuan dalam menyebut kalimah ini(munafik), diri dan hartanya akan terpelihara kerana pada zahirnya dia adalah seorang muslim yang mana dia tidak boleh dibunuh dan hartanya tidak boleh dirampas. Ini berbeza dengan orang kafir.

Hadis 056

Dari Abu Bakar As Siddik ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dengan membenarkan di dalam hati dan lidahnya, dia akan memasuki syurga dari pintu mana yang disukainya. (H.R. Abu Ya'la)

Hadis 057

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Bergembiralah dan berilah berita gembira ini kepada orang lain. Barangsiapa mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan hati yang ikhlas akan memasuki syurga. (H.R. Musnad Ahmad, Tabrani)

Hadis 058

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad sebagai hambaNya dan RasulNya dengan ikhlas, dia akan masuk ke dalam syurga. (H.R. Majmaul Bahrain)

Hadis 059

Dari Anas ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Aku telah memasuki syurga, aku telah melihat di kedua sisi syurga tertulis dengan tiga kalimat yang ditulis dengan emas. Tulisan yang pertama: La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah. Tulisan yang kedua ditulis; Apa yang telah kami amal dari amal kebaikan, kami telah memperolehinya. Apa yang telah kami makan, kami telah mendapat manfaat(keberkatan) darinya. Dan apa yang telah kami tinggal di belakang(perintah-perintahnya) kami mendapat kerugiannya. Tulisan ketiga: Ummat sentiasa melakukan dosa, Allah sentiasa memberi pengampunan. (H.R Ar Rafie' dan lbn Najjar)

Hadis 060

Dari I'tban ibni Malik al Ansari ra berkata, Nabi saw bersabda: Sekali-kali tidak datang seorang hamba pada hari kiamat yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah semata-mata mencari keredhaan Allah melainkan diharamkan oleh Allah daripada api neraka. (H.R Bukhari)

1
2
3
4