Muntahkab Hadis - Bab Iman

 

Hadis 081

Dari Abu Dzar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya aku telah melihat apa yang belum kamu lihat dan aku telah mendengar apa yang belum kamu dengar, langit(disebabkan keagungan Allah swt berbunyi sebagaimana bunyinya katil) adalah layak baginya berbunyi, tidak ada satu ruang pun di antara empat jari kecuali terdapat seorang malaikat yang menundukkan dahinya dalam bersujud kepada Allah swt. Demi Allah swt, kalaulah kamu ketahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis. kamu tidak akan berseronok-seronok dengan isteri kamu di atas katil, nescaya kamu akan keluar ke bumbung rumah-rumah kamu untuk berdoa kepada Allah swt. Aku ingin menjadi seperti tanaman yang dipetik dari bumi. (H.R. Tarmizi)

Hadis 082

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya bagi Allah swt mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Barangsiapa menghafalnya masuk ke dalam syurga. Dialah Allah swt yang tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Dia. Dia Adalah:

Ar-RahmanYang Maha Pengasih
Ar-RahiimYang Maha Penyayang
Al-MalikuYang Maha Merajai
Al-QudduusuYang Maha Suci
As-SalaamuYang Maha Menyelamatkan
Al-MuhaiminuYang Maha Penjaga
Al Mu'minuYang Maha Pemelihara Keamanan
Al A'ziizuYang Maha Mulia
Al JabbaaruYang Maha Perkasa
Al MutakabbiruYang Maha Megah
Al KhaaliquYang Maha Pencipta
Al BaariuYang Maha Membebaskan
Al MusauwiruYang Maha Membentuk
Al GhaffaaruYang Maha Pengampun
Al QahhaaruYang Maha Pemaksa
Al WahhaabuYang Maha Pemberi
Ar RazzaaquYang Maha Memberi Rezeki
Al FattaahuYang Maha Membukakan
Al A'IiimuYang Maha Mengetahui
Al QaabidhuYang Maha Pencabut
Al BaasithuYang Maha Meluaskan
Al KhaafidhuYang Maha Menjatuhkan
Al Raafi'uYang Maha Mengangkat
Al Mu'izzuYang Maha Pemberi Kemuliaan
Al MudzilluYang Maha Pemberi Kehinaan
As Samii'uYang Maha Mendengar
AL BasiiruYang Maha Melihat
Al HakamuYang Maha Menetapkan Hukum
Al A'dluYang Maha Adil
Al LatiifuYang Maha Penyantun
Al KhobiiruYang Maha Waspada
Al HaliimuYang Maha Penyabar
Al AdziimuYang Maha Agung
Al GhafuuruYang Maha Pengampun
Asy SyakuuruYang Maha Pembalas
Al A'liyyuYang Maha Tinggi
Al KabiiruYang Maha Besar
Al HafiizuYang Maha Pemelihara
Al MuqiituYang Maha Pemberi Kekuatan
Al HasiibuYang Maha Penghisab
Al JaliiluYang Maha Luhur
Al KariimuYang Maha Mulia
Ar RaqiibuYang Maha Mengawasi
Ar MujiibuYang Maha Mengkabulkan
Al Waasi'uYang Maha Luas
Al MajiiduYang Maha Mulia
Al Baa'isu Yang Maha Membangkitkan
Al Syaahidu Yang Maha Membangkitkan
Al Haqqu Yang Benar/Hak
Al Wakiilu Yang Maha Pemelihara Penyerahan
Al Qowiyyu Yang Maha Kuat
Al Matiinu Yang Maha Kukuh
Al Walliyu Yang Maha Melindungi
Al Hamiidu Yang Maha Terpuji
Al Mushiiu Yang Maha Penghitung
Al Mubdi'u Yang Maha Memulai
Al Mu'iidu Yang Maha Mengembalikan
Al Muhyii Yang Maha Menghidupkan
Al Mumiitu Yang Maha Mematikan
Al Hayyu Yang Maha Hidup
Al Qayyum Yang Maha Tegak/Menyelenggara
Al Waajidu Yang Maha Mengadakan
Al Maajidu Yang Maha Mulia
Al Waahidu Yang Maha Esa
Al A'hadu Yang Maha Tunggal/Satu
As Somad Yang Tidak Menyamai sesuatu
Al Qaadiru Yang Maha Kuasa
Al Muqtadiru Yang Maha Menentukan
Al Muqaddimu Yang Maha Mendahulukan
Al Muakhiiru Yang Maha Mengakirkan
Al Awwalu Yang Maha Permulaan
Al Akhiru Yang Maha Penghabisan
Az Zhohiru Yang Maha Nyata
Al Baatinu Yang Maha Tersembunyi
Al Waali Yang Maha Bertanggung Jawab
Al Muta'aali Yang Maha Suci/Terpelihara
Al Barru Yang Maha Dermawan
At Tawwaabu Yang Maha Menerima Taubat
Al Muntaqimu Yang Maha Pembalas
Al A'fuwu Yang Maha Pemaaf
Ar Rauufu Yang Maha Pengasih
Maalikul Mulki Yang Maha Memiliki Kerajaan
Zul Jalaaliwal Ikraam Yang Perkasa dan Maha Muliakan
Al Muqsitu Yang Maha Mengadili
Al Hakiimu Yang Maha Bijaksana
Al Waduudu Yang Maha Mengasihi
Al Jaami'u Yang Maha Mengumpulkari
Al Ghaniyyu Yang Maha Kaya
Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan
Al Maaniu' Yang Maha Menolak
Adh Dhoorru Yang Maha Pemberi Bahaya
An Naafiu' Yang Maha Pemberi Menafaat
An Nuuru Yang Maha Bercahaya
Al Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk
Al Badiiu Yang Mencipta Keindahan
Al Baaqi Yang Maha Kekal
Al Waarisu Yang Maha Pewaris
Ar Rasyiidu Yang Maha Cerdik
As Sobuuru Yang Maha Penyabar

Keterangan:
Allah mempunyai banyak nama sebagaimana yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Di antaranya ialah sembilan puluh sembilan nama, sebagaimana yang tercatit di dalam hadith di atas. (Mazahir Haq)

Hadis 083

Dari Ubai bin Kaab ra meriwayatkan bahawa satu ketika orang-orang musyrik bertanya kepada Nabi saw: Ya Muhammad, terangkan kepada kami nasab keturunan Tuhan kamu. Maka dengan pertanyaan ini Allah Yang Maha Tinggi menurunkan surah Al-lkhlas: (Katakanlah Wahai Muhammad)Dialah Allah swt Yang Maha Esa. Allah swt adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya. (H.R. Ahmad)

Hadis 084

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan beliau mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda: (Allah swt berfirman)Anak cucu Adam telah mendustakan dan mencaciKu sedangkan tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Mereka mendustakanKu dengan mengatakan bahawa Aku(Allah swt) tidak boleh membangkitkan semula selepas mati sebagaimana kami mula dilahirkan. Ada pun mereka mencaciKu dengan mengatakan Aku mempunyai anak sedangkan Aku adalah tempat pergantungan, yang mana Aku tidak beranak dan Aku tidak diperanakkan. Dan tidaklah ada sesiapapun yang menandingiKu. (H.R. Bukhari)

Hadis 085

Dari Abu Hurairah ra berkata: Aku mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda; Orang sentiasa bertanya di antara satu sama lain(mengenai zat Allah) sehingga ada di antara mereka yang mengatakan, Allah swt menciptakan segala makhluk(tetapi) siapakah yang menciptakan Allah swt? (Na'udzubillah). Apabila mereka berkata demikian katakanlah kepada mereka bahawa:

Allah itu satu, Allah tempat pergantungan segala makhlukNya. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan Dia tiada menyerupai segala sesuatu. Kemudian meludahkan ke sebelah kiri tiga kali dan berlindung kepada Allah dari godaan syaitan terkutuk. (H.R. Abu Dawud)

Hadis 086

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Allah swt berfirman dalam Hadith Qudsi; Anak Adam banyak menyakitiKu. Mereka mencaci dan memburuk-burukkan waktu(sedangkan waktu tidak bersalah). Akulah pencipta waktu, segalanya apa yang berlaku adalah di dalam genggamanKu, sebagaimana aku menukarkan siang dan malam. (H.R Bukhari)

Hadis 087

Dari Abu Musa Al-Asha'ri ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Tiada satu Zat yang lebih sabar daripada perkara yang menyakitkan(dan cacian) kecuali Allah swt. Mereka(orang-orang Kafir) mensyirikkan Allah mempunyai anak, namun Dia memberi memberi afiat(kebaikan) dan rezeki kepada mereka. (H.R. Bukhari)

Hadis 088

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Apabila Allah menciptakan makhlukNya lantas ditulis di Lauh Mahfuz "Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada kemurkaanKu" Tulisan ini berada di atas Arasy di hadapan mereka. (H.R. Muslim)

Hadis 089

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Sekiranya orang-orang mukmin mengetahui bagaimana keadaan azab bagi orang-orang yang engkar di sisi Allah swt, nescaya tidak ada seorang pun di antaranya yang mengharap untuk memasuki syurga. Dan sekiranya orang kafir mengetahui betapa rahmatnya Allah, nescaya tidak ada seorang pun yang akan putus asa daripada memasuki syurga. (H.R. Muslim)

Hadis 090

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt memiliki seratus rahmat, Allah swt menurunkan satu rahmat kepada manusia, jin, binatang-binatang ternak, buas dan yang melata. Dengan satu rahmat ini mereka saling berlembut, memahami dan saling berkasih sayang, dengan rahmat ini menyebabkan seekor binatang mengasihi anaknya. Allah swt mempunyai sembilan puluh sembilan lagi rahmat yang disimpan pada hari Kiamat yang dengannya akan merahmati setiap hambaNya. (H.R. Muslim)

Dalam satu riwayat yang lain Baginda saw bersabda: Apabila hari kiamat nanti Allah swt yang mempunyai sembilan puluh sembilan rahmat dicampur dengan satu rahmat di dunia yang mencukupkan seratus rahmat akan dikurniakan kepada hambaNya(keseluruhan rahmat tersebut menjadi asbab kerahiman Allah swt pada hari itu). (Muslim)

Hadis 091

Dari Umar Ibnul Khattab ra meriwayatkan bahawa beberapa orang tawanan telah dibawa ke hadapan Nabi saw. Baginda saw terlihat seorang perempuan tawanan yang sedang mencari anaknya ke sana-sini. Apabila dia menemui anaknya lantas diambil bayi itu, dipangku dan disusuinya. Nabi saw bersabda kepada kami: Apakah pandangan kamu, adakah ibu ini sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Demi Allah tidak, walaupun dia berkuasa untuk melemparkannya. Maka Nabi saw bersabda; Allah lebih sayang kepada hambaNya daripada ibu ini pada anaknya. (H.R. Muslim.)

Hadis 092

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan, pada satu ketika Rasulullah saw berdiri untuk bersembahyang dan kami juga berdiri bersama-sama dengannya. Seorang badwi(baru memeluk Islam) telah berkata di dalam sembahyang; Ya Allah, rahmatilah aku dan Muhammad sahaja dan jangan Engkau rahmati orang lain yang bersama denganku. Apabila selesai sembahyang, Nabi saw bersabda kepada badwi tersebut: Kamu telah menyempitkan satu benda yang luas(jangan takut! Rahmat ialah satu benda yang mana walaupun ia meliputi keseluruhannya namun ia tidak akan sempit, kamu sahaja menyangka ia sempit). (H.R. Bukhari)

Hadis 093

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda: Demi Zat yang memegang nyawa Muhammad saw di tanganNya, tidak kira siapa di kalangan umat ini, samada Yahudi atau Nasrani, yang mendengar seruanku namun, dia tidak beriman dengan agama yang kerananya aku diutuskan, kemudian dia mati dalam keadaan itu, nescaya dia adalah ahli neraka Jahanam. (H.R. Muslim)

Hadis 094

Dari Jabir ibnu Abdullah ra meriwayatkan: Beberapa orang malaikat telah datang kepada Nabi saw ketika Baginda sedang tidur. Berkata salah seorang daripada mereka: Sesungguhnya dia sedang tidur, berkata malaikat yang lain: Sesungguhnya matanya tidur tetapi hatinya berjaga. Maka mereka berkata: Sesungguhnya sahabat kamu(Muhammad) ini adalah satu perumpamaan. Berkata seorang lagi: Berikanlah apa perumpamaan itu. Sebahagiannya berkata: Sesungguhnya dia sedang tidur(apa faedahnya diterangkan). Berkata di antaranya: Sesungguhnya matanya tidur tetapi membina sebuah rumah lalu mengadakan jamuan di dalam rumah itu. Dia menghantar seorang utusan untuk hadir(menikmati jamuan itu) barangsiapa menerima jemputan itu dan datang ke rumahnya dapatlah dia makan hidangan yang disediakan. Sebaliknya barangsiapa yang tidak menerima jemputan itu dan tidak datang ke rumahnya tidaklah dapat menikmati hidangan tersebut. Kemudian mereka berkata: Jelaskanlah perumpamaan itu supaya dia memahami, berkata di antara mereka: Dia sedang tidur(untuk apa diterangkan). Berkata yang lain: Sesungguhnya matanya tidur tetapi hatinya tetap berjaga. Berkata di antara para malaikat: Rumah itu ialah syurga(sebagaimana Allah ciptakan syurga yang berbagai nikmat) dan penyeru itulah Muhammad saw Barangsiapa mentaati Muhammad sesungguhnya dia mentaati Allah, dan barangsiapa mengengkari Muhammad sesungguhnya dia mengengkari Allah. Dan Muhammad telah membezakan di antara manusia(samada dalam ketaatan atau keingkaran). (H.R. Bukhari)

Hadis 095

Dari Abu Musa Al-Ash'ari ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya perumpamaan diriku dan agamaku yang kerananya aku diutus adalah seumpama seorang lelaki yang datang kepada kaumnya dan berkata: Wahai kaumku sesungguhnya aku telah melihat tentera-tentera musuh dengan mata kepalaku sendiri, dan aku seorang pembawa petunjuk yang benar, oleh itu fikirlah untuk keselamatan kamu. Sebahagian dari kaumnya yang mentaati seruannya perlahan-lahan meninggalkan kampung itu pada malam itu juga dan akhirnya terselamatlah dari musuh. Sebahagian dari kaumnya menganggap perkataannya itu dusta dan terus tinggal di rumahnya sehingga waktu subuh. Apabila musuh datang di waktu subuh, mereka diserang dan dibinasakan. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mentaati seruanku mengikuti petunjuk agama yang kerananya aku diutus(mereka mendapat kejayaan). Begitu juga sebaliknya perumpamaan bagi orang yang tidak mentaati seruanku dan mendustakan agama yang aku bawa daripada kebenaran(mereka semua binasa) (H.R Bukhari)

Hadis 096

Dari Abdullah bin Thabit ra meriwayatkan bahawa Umar ibn Khattab ra telah datang menemui Baginda Rasulullah saw dan berkata: Ya Rasulullah. sesungguhnya aku telah menziarahi saudaraku dari Bani Quraidzah, lalu be!iau telah menuliskan beberapa potong ayat(yang berfaedah untuk ku) dari kitab Taurat. Kalau tidak keberatan bolehkah aku tunjukkan kepada tuan? Perawi berkata, berubah wajah Rasulullah apabila mendengar perkataan itu. Berkata Abdullah Ibn Thabit ra: Wahai Umar, tidakkah kamu melihat wajah Nabi saw yang berubah kerana kemarahannya? Lantas Umar menyedari akan hal itu lalu berkata: Sesungguhnya aku redha Allah Taala itu sebagai Tuhanku, Islam sebagai Agamaku dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Mendengarkan jawapan ini bertukar wajah kemarahan Nabi saw kembali hilang dan berkata: Demi Zat yang memegang nyawaku di tanganNya sekiranya Musa a.s berada di kalangan kamu dan kamu meninggalkan aku kerana mengikutinya, nescaya kamu berada di dalam kesesatan. Kedatanganmu di sisiku adalah sebahagian dari ummat dan kedatanganku padamu adalah sebahagian dari para nabi(Oleh itu kejayaan bagimu adalah dengan mengikutiku) (H.R Musnad Ahmad)

Hadis 097

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah bersabda: Semua ummatku akan memasuki syurga, kecuali mereka yang menolak. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Siapakah yang menolak?(untuk memasuki syurga). Rasulullah menjawab: Barangsiapa yang mentaatiku memasuki syurga dan barangsiapa yang mengingkariku dialah yang menolak untuk memasuki dalam syurga. (H.R. Bukhari)

Hadis 098

Dari Abdullah ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Tidak sempurna iman saiah seorang daripada kamu sehingga keinginan hawa nafsu kamu tidak mengikuti agama yang aku bawa. (H.R Al-Baghawi)

Hadis 099

Dari Anas ibn Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku: Wahai anakku, sekiranya kamu mampu menahan hatimu dari rasa sangka buruk kepada seseorang dari pagi hingga petang hari, maka lakukanlah. Kemudian Baginda bersabda lagi kepadaku: Wahai anakku, yang demikian itu(tidak sangka buruk) adalah sunnahku. Barangsiapa menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, akan bersamaku dalam syurga. (H.R. Tirmizi)

Hadis 100

Dari Anas ibn Malik ra meriwayatkan, telah datang tiga orang ke rumah isteri Nabi saw untuk bertanya tentang ibadatnya Nabi saw. Apabila diceritakan kepadanya seolah-olah mereka merasai kurang, maka mereka berkata; Di manakah kami hendak dibandingkan dengan amalan Nabi? Allah Taala telah mengampuni dosa-dosanya yang dahulu dan akan datang. Maka berkata salah seorang di antara mereka: Bagi saya, saya akan bersembahyang sepanjang malam. Seorang lagi berkata: Saya akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka. Berkata seorang yang lain: Saya akan menjauhi perempuan, saya tidak akan kahwin selama-lamanya. (Ketika mereka sedang bercakap-cakap)Maka telah datang Rasulullah saw kepada mereka dan berkata: Adakah kamu orang yang berkata mengenai itu dan ini? Dengarlah baik-baik, demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah di antara kamu dan paling teliti dalam ketaatan kepadaNya, tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku mengerjakan sembahyang dan aku tidur dan aku mengahwini wanita-wanita. Oleh itu, barangsiapa yang tidak mengikuti sunnahku, dia bukan daripada ummatku. (H.R. Bukhari)

5
6
7