Muntahkab Ahadis - Bab Iman

 

Hadis 121

Dari Ai'syah r.ha isteri Rasulullah saw meriwayatkan, saya bertanya kepada Rasulullah saw tentang wabak taun. Kemudian dia memberitahu aku bahawa itu adalah azab kepada mereka yang Dia kehendaki. Dan sesungguhnya Allah swt telah menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang beriman. Barangsiapa yang tetap tinggal di tempatnya dengan sabar ketika wabak itu terjadi, dengan mengharapkan pahala dari Allah swt, mengetahui bahawa tiada sesuatu yang menimpanya kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. (Ditakdirkan dia ditimpa wabak taun dan mati kerananya) maka baginya seperti pahala mati syahid. (HR Bukhari)

Keterangan:
Hadis ini menjelaskan bahawa jikalau bala muncul di satu daerah, tidak boleh meninggalkan tempat itu, oleh kerana itu ganjaran akan diperolehi bagi mereka yang tetap tinggal sebagaimana dalam Hadis.

Hadis 122

Dari Anas ra meriwayatkan aku mulai berkhidmat kepada Rasulullah saw, ketika umurku 8 tahun, selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian(kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku. Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku, Baginda saw akan bersabda; Biarkan dia, kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan, pasti akan terjadi! (Masabi hus Sunnah)

Hadis 123

Dari Abdullah ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar(takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang. (HR Muslim)

Hadis 124

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Seorang mukmin(beriman) yang kuat adalah lebih balk dan lebih dicintai Allah swt daripada seorang mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya terdapat kebaikan. (Ingatlah)Apa-apa perkara yang memberi manfaat kepada kamu hendaklah kamu merasa tamak dan mintalah pertolongan kepada Allah swt dan jangan kamu berputus asa. Dan jikalau sesuatu(kerugian) menimpa kamu, janganlah kamu berkata; Kalau saya berbuat begini atau begitu, pastinya perkara itu tidak akan terjadi. Akan tetapi katakanlah; Ini kerana ketentuan Allah, maka apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan "kalau" membuka pintu bagi syaitan bekerja. (HR Muslim)

Keterangan:
Seseorang yang berkata; Kalau aku buat begini tadi, sudah tentu tidak akan terjadi seperti ini. Perkataan seperti ini adalah dilarang selagi ia bertentangan dengan takdir, merasai penuh yakin dengan usahanya, dan dia berakidah bahawa kerja-kerjanya sedikitpun tiada kena mengena dengan takdir. Dalam keadaan seperti ini syaitan telah berjaya merosakkan keyakinan seseorang kepada takdir Allah swt. (Mazahiri Haq)

Hadis 125

Dari Abdullah ibnu Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya Ruhul Amin(Jibrail) mengilhamkan dalam hatiku(dengan hukum daripada Allah), bahawa tiadalah seseorang akan mati sehingga dia telah menghabiskan semua rezekinya. Oleh kerana itu takutlah kepada Allah dan perbaguskanlah kamu dalam mencari rezeki. Dan janganlah kamu apabila dilambatkan rezeki, kamu mencarinya dengan cara yang(haram) memaksiati Allah swt. Rezekimu berada di bawah kekuasaan Allah swt, sesuatu yang berada di dalam genggaman Allah swt, tidak dapat diperolehinya kecuali dengan ketaatan kepadaNya. (Syarhus Sunnah lil Baghowi)

Hadis 126

Dari Auf ibnu Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw memutuskan pendapat di antara dua orang. Ketika berlalu salah seorang yang pendapatnya bertentangan(dengan rasa menyesal) berkata;

Ertinya;
Allah sahaja cukup bagiku dan sebaik-baik perencana adalah Dia.

Mendengar perkataan ini Nabi saw bersabda; Sesungguhnya Allah swt marah kepada usaha dan tadbir yang salah. Selain itu kamu harus melakukan sesuatu dengan menggunakan akal kebijaksanaanmu, namun selepas itu jika perkara itu tidak menyebelahi kamu, maka ucapkanlah:

(HR Abu Daud)

Hadis 127

Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Abu Bakar ra berkata kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Tuan telah tua(beruban)! Baginda saw menjawab: Surah Hud, Surah Waaqia'h, Surah Mursalaat, Surah A'mma Yatasaa a'lun dan Surah Izha Shamsu Kuwwirat telah menyebabkan aku menjadi tua. (HR Tirmizi)

Hadis 128

Dari Khalid ibn Umair Al-Adawi berkata: Utbah bin Azwan telah menerangkan kepada kami, setelah memuji Allah swt dan selawat ke atas Nabi saw beliau berkata; Tanpa syak lagi telah dimaklumkan bahawa kehidupan dunia akan tamat. Berpaling ke belakang dan dengan pantas berlalu. Kini dunia tinggal sisa yang sedikit seumpama dalam sebuah mangkuk minuman yang manusia berebut menghisapnya.

Kamu akan meninggalkan dunia ini dan akan berpindah ke sebuah rumah yang tidak akan ada kesudahannya. Oleh itu bawalah bekalan yang terbaik(amal kebaikan) untuk perpindahan ke rumah itu. Kami telah diberitahu bahawa di pinggir neraka terdapat seketul batu yang dicampakkan ke dalam neraka selama 70 tahun namun belum sampai ke dasarnya. Demi Allah pada suatu hari nanti neraka jahanam ini juga akan dipenuhi oleh manusia. Tidakkah kamu hairan dengan perkara ini?

Sesungguhnya kami telah diceritakan bahawa antara dua galang pintu syurga ialah seluas 40 tahun perjalanan, tetapi pada suatu hari nanti pintu yang seluas itu pun akan menjadi sempit kerana sesaknya manusia. Aku melihat di zaman itu ketika bersama-sama Rasulullah saw tujuh orang di kalangan sahabat, aku juga termasuk di antaranya tidak mempunyai apa-apa makanan kecuali daun-daun pohon sehingga kedua dinding mulut kami menjadi luka. Daku menjumpai sehelai selimut yang ku koyakkan menjadi dua bahagian. Sebahagian ku jadikan kain dan sehelai lagi ku berikan kepada Hadzrat Saad bin Malik.

Hari ini di antara kami ada yang menjawat sebagai gabenor negeri di satu-satu negeri. Aku berlindung kepada Allah swt daripada melihat diriku sebagai orang yang besar tetapi kecil pada pandangan Allah swt. (Perjalanan dan)Cara Kenabian telah hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya digantikan dengan cara(sistem) beraja, selepas kami nanti kamu akan lihat gabenor lain pula memerintah dan lihat bagaimana dia akan memerintah. (HR Muslim)

Hadis 129

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa setiap kali Baginda Rasulullah saw pada malam gilirannya bersama beliau, Baginda saw akan keluar menuju ke (tanah perkuburan)Baqi' di akhir malam dan bersabda; Selamat sejahtera ke atasmu wahai tempat orang-orang beriman. Sesungguhnya telah datang kepada kamu apa yang telah dijanjikan tentang ajal kematian. Dan sesungguhnya kami dengan kehendak Allah swt kelak akan berkumpul denganmu. Wahai Allah! Ampunilah ahli-ahli penduduk Baqi'. (HR Muslim)

Hadis 130

Dari Masturid bin Syaddad ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Demi Allah tiadalah dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat adalah seumpama salah seorang daripada kamu yang memasukkan anak jari kedalam sebuah sungai dan diangkat, maka lihatlah sebanyak mana air yang melekat di jari itu(begitu sedikit) begitulah jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. (HR Muslim)

Hadis 131

Dari Shaddad ibn Aus ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab(memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat(pengampunan) Allah. (HR Tirmizi)

Hadis 132

Dari lbnu Umar ra berkata aku datang kepada Nabi saw bersama-sama sepuluh orang sahabat yang lain. Salah seorang daripada sahabat Ansar bangun bertanya; Wahai Nabi Allah! Siapakah orang yang paling bijaksana dan tegas? Baginda Rasulullah saw menjawab; Mereka itu ialah orang-orang yang banyak mengingat mati dan membuat persiapan dengan amal untuk dibawa mati sebelum datangnya kematian. Mereka itulah orang yang pergi dengan kemuliaan dunia dan mendapat penghormatan akhirat. (HR Tabrani, Malmo uz Zawaaid)

Hadis 133

Dari Abdullah ra meriwayatkan satu ketika Baginda Rasulullah saw membuat garisan berbentuk empat segi. Kemudian Baginda melukiskan satu garisan sehingga keluar dari rajah empat segi tersebut. Baginda juga melukiskan garisan-garisan kecil di dalam rajah di antara garisan tengah. Para ulama telah melukiskannya dengan berbagai bentuk diantaranya ialah seperti ini:

Kemudian Baginda saw bersabda; Garisan tengah ini ialah manusia. Dan garisan empat segi ini ialah ajal mautnya yang mana manusia tidak boleh lari daripadanya. Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya yang lebih panjang dari kehidupannya. Garis garis kecil di dalam rajah itu ialah kejadian dan ranjau-ranjau kehidupannya. Jika dia terlepas dari satu kejadian, kejadian lain pula akan memerangkapnya.(Begitulah seterusnya) (HR Bukhari)

Hadis 134

Dari Mahmud bin Labidh ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda; Dua Benda yang mana tidak disukai oleh manusia, pertama ialah maut sedangkan maut itu lebih baik daripada fitnah(kerana dengan kematian manusia akan terhindar dari fitnah yang boleh merosakkan agama). Kedua ialah kurangnya harta, sedangkan dengan kurangnya harta sedikitlah penghisabannya di hari akhirat kelak. (HR Musnad Ahmad, Majma uz Zawaaid)

Hadis 135

Dari Abi Salamah ra meriwayatkan bahawa aku mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa mati dalam keadaan dia bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah dan dia beriman dengan Hari Kebangkitan dan Hisab akan memasuki syurga. (Bidayah wan Nihaayah)

Hadis 136

Dari Ummi Darda r.ha menceritakan satu ketika aku bertanya kepada Abu Darda ra; Tidakkah kamu mencari sesuatu untuk tetamu-tetamumu sebagaimana orang lain mencari sesuatu(harta atau sesuatu makanan) untuk tetamunya? Beliau menjawab: Sesungguhnya aku mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda; Di hadapan kamu terdapat sebuah jalan yang sempit dan sukar untuk dilalui bagi orang yang banyak membawa bebanan. Oleh itu aku mahu supaya melalui jalan itu dengan bebanan yang ringan. (HR Al-Baihaqi)

Hadis 137

Dari Hani Rahimahullah(seorang hamba) yang dibebaskan oleh Hadzrat Uthman ra meriwayatkan: Adalah Uthman ra apabila mengunjungi tanah perkuburan akan menangis sehingga janggutnya menjadi basah. Seorang berkata kepadanya kenapa apabila kamu apabila diceritakan mengenai syurga dan neraka tidak menangis sebagaimana kamu menangis apabila melihat perkuburan? Uthman ra menjawab; Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda; Perkuburan ini ialah persinggahan yang pertama daripada persinggahan-persinggahan akhirat. Maka barangsiapa berjaya di persinggahan pertama ini maka persinggahan yang selepasnya akan menjadi mudah, tetapi jika dia gagal daripadanya, persinggahan yang seterusnya akan menjadi lebih sukar dan Baginda Rasulullah saw bersabda; Aku tidak pernah melihat satu pemandangan yang lebih mengerikan daripada siksaan kubur. (HR Tirmizi)

Hadis 138

Dari Uthman bin Affan ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw apabila selesai mengkebumikan mayat akan berdiri di tepi perkuburan dan berkata berdoalah untuk saudara kamu ini, memohonlah supaya Allah swt meneguhkan hatinya(dalam menjawab soalan) kerana sekarang dia sedang ditanya. (HR Abu Daud)

Hadis 139

Dari Abi Said ra meriwayatkan bahawa satu ketika Baginda Rasulullah saw telah masuk ke tempat sembahyang, Baginda saw mendapati beberapa orang sedang bergelak ketawa sehingga ternampak gusinya. Rasulullah saw bersabda; Sekiranya kamu banyak mengingati maut iaitu satu benda yang akan memutuskan kamu dari kelazatan hidup nescaya kamu tidak akan berkeadaan seperti ini. Sesungguhnya tidak akan berlalu satu hari pun di mana tanah perkuburan kecuali akan bersuara; Aku adalah rumah pembuangan, rumah yang sunyi, rumah yang di penuhi dengan debu dan aku adalah rumah yang dipenuhi dengan cacing-cacing. Apabila seorang mukmin dikebumikan, kubur akan berkata; Selamat datang untukmu. Kamu telah datang dengan keadaan yang baik. Di antara orang-orang yang masuk ke perutku kamulah orang yang paling aku sukai. Sekarang apabila kamu diserahkan kepadaku, kamu akan melihat bagaimana aku akan melayanimu dengan baik. Kemudian kubur akan diperluaskan sejauh saujana mata memandang dan sebuah pintu yang menghala ke syurga akan dibukakan. Seorang yang berdosa apabila dimasukkan ke dalam perkuburan, kubur akan berkata: Tidak ada ucapan selamat datang untukmu, di antara orang-orang yang dimasukkan ke dalam perutku engkaulah orang yang paling aku benci sekali, sekarang kamu telah diserahkan kepadaku, kamu akan lihat bagaimana aku akan melayanimu. Lalu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah di antara satu sama lain. (sebagai isyarat)Rasulullah saw menyilangkan kedua-dua belah jari jemari tangannya. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya, sekiranya seekor sahaja mematuk di atas muka bumi ini nescaya tidak akan tumbuh sebarang pokok dan tumbuhan sehingga hari Kiamat. Ular itu akan mematuk sehingga ke hari Kiamat. Baginda Rasulullah saw bersabda; Kubur adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau sebuah lembah dari lembah api neraka. (HR Tarmizi)

Hadis 140

Dari Bara' ibn A'zib r.huma meriwayatkan, kami telah keluar bersama Rasulullah saw menghantar jenazah seorang lelaki kaum Ansar. Maka kami sampai ketika liang lahad masih digali. Kemudian Rasulullah saw duduk dan kami mengelilinginya dengan penuh tawajuh seolah-olah burung-burung sedang bertenggek di atas kepala kami. Di tangannya terdapat sebatang kayu yang mana dengannya membuat gurisan di atas tanah. Kemudian mengangkat kepalanya dan bersabda; Mohonlah perlindungan kepada Allah swt daripada azab kubur, dua atau tiga kali. Baginda saw bersabda; Akan datang dua orang malaikat dan akan mendudukkannya dan akan bertanya keduanya, siapakah Tuhan kamu? Maka dia akan menjawab; Tuhanku ialah Allah. Kemudian malaikat bertanya lagi, apakah agama kamu? Maka dia akan menjawab; Agamaku ialah Islam. Kedua, malaikat bertanya lagi, apakah yang kamu katakan kepada laki-laki yang diutus di kalangan kamu? Maka dia akan menjawab; Dia ialah pesuruh Allah swt. Bertanya lagi malaikat; bagaimana kamu dapat mengetahuinya? Aku membaca Kitabullah maka aku beriman dengannya dan aku membenarkannya. Bersabda Nabi saw; Maka akan diseru dengan satu seruan dari langit, HambaKu berkata benar, hamparkanlah untuknya sebuah hamparan dari syurga dan pakaikanlah dia dengan pakaian dari syurga serta bukalah untuknya sebuah pintu yang menghala ke syurga, maka bertiuplah angin dan wangi-wangian yang harum dari syurga kepadanya dan diluaskan kubur untuknya sejauh mata memandang.

Kemudian Rasulullah saw menyebutkan kematian seorang yang tidak beriman(kafir); Sesungguhnya roh seorang kafir akan dikembalikan pada jasadnya. Dua malaikat akan mendatanginya dan menjadikan dia duduk dan akan mengajukan pertanyaan kepadanya; Siapakah Rab kamu? Dia akan menjawab; Aduhai! Aku tidak tahu. Kemudian malaikat akan bertanya lagi; Apakah agama kamu? Dia akan menjawab; Aduhai! Menyesalnya aku tidak tahu. Kemudian malaikat bertanya lagi; Apakah pandangan kamu mengenai seorang lelaki yang diutus dikalangan kamu(sebagai seorang Nabi)? Dia akan menjawab; Aduhai! Menyesalnya aku tidak tahu.

(Selepas soal jawab tersebut)Satu suara dari langit menyeru; Dia bercakap bohong! (Dari Allah) Kedengaran satu suara; Hamparkan untuknya satu hamparan dari api. Pakaikan pakaian untuknya dari api. Bukakan satu pintu neraka untuknya. (Semua perintah itu terlaksana) Rasulullah saw bersabda; Kepanasan api neraka(dengan sebab terbukanya pintu neraka) telah meniupkan angin yang amat panas ke dalam kuburnya dan kubur telah disempitkan untuknya sehingga tulang rusuknya berceragah di antara satu sama lain. (HR Abu Daud)

Keterangan:
Malaikat berkata bahawa orang-orang kafir telah berbohong memberi maksud jawapan kepada soalan yang diberikan menzahirkan pembohongan. Pada hakikaTnya, mereka mengingkari akan ke-Esaan Allah swt, risalah keNabian dan agama Islam.