Muntahkab Hadis - Bab Iman

 

Hadis 161

Dari Abi Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Allah swt berfirman di dalam hadith Qudsi; Aku telah menyediakan berbagai-bagai kenikmatan kepada hamba-hambaKu yang soleh yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati manusia, sekira kamu mahu bacalah ayat ini;

Terjemahan;
Tiada seorang pun mengetahui akan nikmat-nikmat yang disembunyikan untuk mereka, yang menjadi penyejuk matanya. (Surah Sajadah ayat 17) - (H.R. Bukhari)

Hadis 162

Dari Sahal ibn Saad As Sai'di ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Di dalam syurga terdapat satu tempat bagi meletakkan tali cambuk, Iebih balk(Iebih berharga) daripada dunia dan seisinya. (H.R. Bukhari)

Hadis 163

Dari Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Tempat meletak busar panah seorang dari kamu dan tempat pemijak kaki dari syurga adalah Iebih balk daripada dunia dan seisinya dan jika salah seorang daripada wanita-wanita (bidadari) syurga muncul ke bumi nescaya akan bercahaya-cahaya daripada syurga hingga ke bumi dan akan dipenuhi keduanya dengan bau yang harum dan selendang atau tudungnya Iebih bernilai daripada dunia dan seisinya. (H.R. Bukhari)

Hadis 164

Dari Abu Hurairah ra yang sampai riwayatnya daripada Nabi saw satelah bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang mana untuk mengelilingi bayang-bayangnya dengan berkenderaan selama seratus tahun, tidak akan putus-putus. Bacalah sekiranya kamu mahu,


Terjemahan;
Di dalam syurga terdapat teduhan-teduhan yang panjang.
Surah Al-Waqiah ayat 30

(H.R. Bukhari)

Hadis 165

Dari Jabir ra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya ahli-ahli syurga, mereka akan makan dan minum, mereka tidak berludah dan tidak membuang air kecil dan air membuang air besar dan tidak perlu membuang hingus. Para Sahabat bertanya: Habis, apa yang akan terjadi pada makanan yang dimakan? Baginda saw menjawab: Dia akan bersendawa dan akan menjadi peluh yang harum lebih harum dari bauan kasturi. Mereka akan terus bertasbih, bertahmid memuji Allah seperti suara nafas yang terus bergerak. (H.R.Muslim)

Hadis 166

Dari Abu Said Al-Khudri ra dan Abi Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Satu seruan akan menyeru ahli-ahli syurga: (Wahai ahli-ahli syurga!)Sesungguhnya kamu akan terus sihat, tidak ada lagi sakit untukmu selama-lamanya. Untuk mu kehidupan, tidak ada lagi kematian untukmu. Kamu akan terus muda tidak ada tua untukmu, kamu akan terus bergembira tidak ada lagi kesedihan untuk mu. Hadith ini ialah sebagai penjelasan kepada firman Allah dalam Al-Quran:

Dan mereka akan diseru; Inilah syurga untukmu sebagai balasan daripada amalan yang kamu lakukan. Surah Al-A'rat ayat 43. (HR Muslim)

Hadis 167

Dari Shuhaib ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Apabila ahli-ahli syurga masuk ke dalam syurga Allah swt berfirman: Adakah kamu mahu supaya aku tambahkan sesuatu kurniaan yang khas untukmu? Ahli-ahli syurga berkata: Tidakkah engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Tidakkah engkau memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka? Kemudian Allah telah menyingkap hijab(yang mana mereka dapat melihat wajah Allah). Maka tidak ada sesuatu dari pemberian yang lebih disukai daripada melihat wajah Tuhan mereka Yang Maha Agung. (H.R.Muslim)

Hadis 168

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Jangan kamu iri hati terhadap nikmat-nikmat yang diberikan kepada orang yang melakukan dosa. Kamu tidak tahu apa akan berlaku kepadanya selepas dia mati. Allah swt telah menyediakan kepadanya pembunuh yang mana selepas itu tidak akan ada lagi mati. (Pembunuh yang dimaksudkan disini ialah api neraka jahannam sebagai tempat tinggal yang kekal untuknya). (H.R. Tabrani)

Hadis 169

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Api dunia kamu adalah sebahagian daripada satu pertujuh puluh daripada api neraka. Seorang bertanya: Ya Rasulullah saw, bukankah api dunia sudah cukup panas? Rasulullah saw menjawab: (Api dunia kalau dibandingkan dengan api neraka)adalah enam puluh sembilan kali lebih panas dan setiap satu kepanasan itu adalah sama dengan panasnya api dunia. (H.R. Bukhari)

Hadis 170

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Pada hari kiamat seorang daripada ahli neraka yang telah hidup dengan penuh kesenangan akan dibawa dan dimasukkan seketika ke dalam api neraka, kemudian dia akan ditanya; Wahai anak Adam, pernahkah kamu melihat satu keadaan atau kamu pernah melalui satu kehidupan yang penuh kesenangan? Dia bersumpah dengan nama Allah swt akan berkata: Sekali-kali tidak, wahai Tuhanku. Begitu juga dengan seorang daripada ahli syurga yang menempuh kehidupannya dengan penuh penderitaan, akan dibawa dan dimasukkan seketika ke dalam syurga. Kemudian dia akan ditanya; Wahai anak Adam, pernahkah kamu melihat akan keadaan ini dan pernahkah kamu melalui satu kehidupan yang penuh penderitaan? Maka dia akan bersumpah dengan nama Allah swt, tidak wahai Tuhanku, aku tidak pernah menempuh penderitaan dalam hidup dan aku tidak pernah melihat satu penderitaan pun. (H.R. Muslim)

Hadis 171

Dari Samurah ibn Jundab ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Di antara mereka(ahli neraka) dimakan oleh api hingga sampai ke buku lalinya dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke lututnya. Dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke pinggang mereka dan sebahagian dari mereka ada yang dimakan oleh api sampai ke tulang dadanya. (H.R. Muslim)

Hadis 172

Dari lbnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw membaca ayat ini:


Terjemahan:
Bertakwalah kamu kepada Allah swt dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati kecuali dalarn keadaan Islam.
(Surah Al-lmran ayat 102).

Rasulullah saw bersabda: Kalaulah satu titik daripada zaqqum dijatuhkan ke dunia nescaya akan rosak ke atas sernua ahli dunia, maka bagaimana bagi mereka menjadikan buah zaqqum sebagui makanannya? (H.R. Tirmizi)

Hadis 173

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila Allah swt menciptakan syurga, maka Allah berfirman kepada Jibrail; Pergilah ke syurga dan lihatlah kepadanya. Maka pergilah Jibrail as dan melihat syurga. Kemudian datang semula dan berkata; Wahai Tuhanku, demi Kemuliaanmu, tidak mendengar seseorang akan keindahan syurga kecuali dia memasukinya. Kemudian ditutupi syurga dengan perkara-perkara, yang dibenci(semua bentuk ketaatan seperti sembahyang, puasa dan semua syariat yang berlawanan dengan tabiat manusia). Allah swt berfirman: Wahai Jibrail, pergilah lihat ke syurga. Maka pergilah Jibrail ke syurga melihatnya. Setelah kembali dia berkata; Wahai Tuhanku, demi Kemuliaanmu sesungguhnya aku takut tidak akan ada seorang pun yang masuk ke dalamnya. Kemudian Allah swt menciptakan neraka dan berfirman; Wahai Jibrail pergilah melihat neraka itu. Maka dia pergi melihatnya dan setelah kembali dia berkata; Wahai Tuhanku, demi Kemuliaan dan Kebesaranmu, tidak mendengar seorang tentangnya kecuali dia menghindarkan diri daripadanya. Maka Allah swt meliputi neraka dengan syahwat dan keinginan, kemudian berfirman; Wahai Jibrail, pergilah lihat ke neraka. Setelah dia kembali, dia berkata; Wahai Tuhanku, demi Kemuliaan dan Kebesaranmu, sesungguhnya aku khuatir tidak akan tinggal seorang pun kecuali dia memasukinya. (H.R. Abu Daud)

Hadis 174

Dari Abu Hurairah ra mertiwayatkan bahawa Baginda Rasululah saw bersabda: Segerakanlah amal kebaikan sebelum datangnya tujuh perkara. Adakah kamu mahu menunggu masa miskinmu yang akan menjadikan kamu lupa atau kaya mu yang menyebabkan kamu selalu engkar, atau sakitmu yang akan menjadikan kamu lemah, atau masa tuamu yang menyebabkan kamu hilang akal, atau kematianmu yang datang dengan cara mengejut (sehingga tidak sempat untuk bertaubat) atau menunggu Dajjal yang melahirkan orang-orang yang jahat dengan seburuk-buruk kejahatan, atau Hari Kiamat? Kiamat adalah hari yang paling derita dan pahit. (H.R. Tirmizi)

Keterangan:
Maksud daripada hadith ini ialah manusia harus bersegera dengan amal kebaikan sebelumnya datang 1ujuh perkara. Melaksanakan amal kebajikan untuk persiapan akhirat. Janganlah sampai bertangguh-tangguh sehingga datang berbagai rintangan dan terluput dari amal saleh.

Hadis 175

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Tiga perkara akan mengikuti mayat. Dua akan kembali dan tinggal yang satu. Akan mengikutinya(ke kubur) ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Kemudian harta dan ahli keluarganya akan kembali, tinggallah bersamanya amalannya. (H.R. Muslim)

Hadis 176

Dari Umar ra meriwayatkan bahawa pada satu hari Nabi saw telah berkhutbah. Di dalam khutbahnya beliau bersabda: Ingatlah! Sesungguhnya kehidupan dunia adalah sementara(dan tidak ada nilainya). Oleh itu ia dibahagi-bahagi kepada orang yang baik dan orang yang fajir untuk dimakannya. Dan ingatlah bahawa kehidupan akhirat ialah satu ketetapan yang pasti dan ia diputuskan oleh Raja yang Menguasai. Ingatlah bahawa segala kebaikan dan bentuk-bentuk pembalasan kebaikan terdapat di dalam syurga, begitu juga keburukan dan segala bentuk balasan keburukan terdapat di dalam neraka. Fahamilah baik-baik! Apa yang kamu lakukan, lakukanlah kerana semata-mata takut kepada Allah. Ingatlah bahawa apa yang kamu lakukan akan dibawa di hadapan Allah. Barangsiapa yang melakukan satu amal kebaikan walau sebesar zarrah akan diperlihatkan dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarrah juga akan diperlihatkan (H.R. Musnad Syafie)

Hadis 177

Dari Abu Said Al-Khudri ra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang memeluk agama Islam dan memperbaiki Islamnya diampunkan oleh Allah swt segala dosa-dosanya yang telah lalu dan selepas itu Allah membalas setiap kebaikan dari sepuluh kali ganda sehinggalah ke tujuh ratus kali ganda. Dan setiap satu keburukan adalah sama(tidak digandakan) bahkan Allah berlebih kurang dengan mengampuninya. (H.R. Bukhari)

Hadis 178

Dari Umar ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Islam ialah bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bersaksi bahawasanya Muhammad itu ialah pesuruh Allah swt, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah bagi mereka yang mempunyai kemampuan. (H.R. Muslim)

Hadis 179

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Islam adalah engkau menyembah Allah swt dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, menunaikan amalan haji ke Baitullah, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan mengucapkan salam kepada keluargamu. Barangsiapa mengurangi salah satu dari kesemuanya itu, bererti ia telah meninggalkan satu bahagian dari Islam. Dan barangsiapa meninggalkan kesemuanya itu, maka ia telah membelakangkan(terkeluar dari) Islam." (H.R. Al-Hakim)

Hadis 180

Hazrat Huzaifa ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda, Islam itu terdiri dari lapan bahagian(yang penting). Islam(Iman) satu bahagian, mendirikan solat satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taa'la satu bahagian. Sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagian pun daripadanya. (H.R. Al-Bazzar)

8
9
10