Muntahkab Hadis - Bab Solat

 

Hadis 021

Dan Dari Abu Umamah • meriwayatkan bahawa baginda pernah ditanya orang: Ya Rasulullah Maria safukah doa yang lebih didengari (dimakbulkan)? Baginda Rasulullah menjawab: Dibahagian akhir daripada malam dan selepas sembahyang fardhu. (HR. Tirmizi)

Hadis 022

Dari Abu Said AI-Khudri meriwayatkan bahawa beliau mendengar baginda Rasulullah §"N bersabda. Sembahyang lima waktu akan menjadi kifarah kepada dosa-dosa yang dilakukan diantara kedua sembahyang tersebut. laitu dari satu sembahyang ke sembahyang yang lain jika melakukan dosa-dosa kecii akan terampun berkat sembahyangnya. Kemudian baginda Rasulullah st4N bersabda: Tidakkah kamu lihat kalau seorang yang bekerja disebuah kilang dan terdapat lima buah anak sungai yang mengalir di hadapan rumahnya. Apabila dia bekerja sudah pasti dipenuhi dengan kotoran, debu atau peluhnya dan setiap kali dia berlalu disungai tersebut dia akan

Hadis 023

Dari Zaid ibn Thabit • meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi ) selepas setiap kali selesai sembahyang lima waktu supaya membaca "Subhanallah" 33 kali, "Alhamdulillah" 33 kali dan "Allahu Akbar" 34 kali. Seorang sahabi daripada ansar telah bermimpi dan berkata kepada seorang sahabatnya yang lain: Adakah kamu telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk membaca `Subhanallah' 33 kali, `Alhamdulillah' 33 kali, dan Allahu Akbar 34 kali? Beliau menjawab: la benar! Sahabat itu menambah lagi katanya: Bacalah setiap kalimah 25 kali dan selepas itu tambahkanlah dengan bacaan kalimah Lailaha Illallah (sebanyak 25 kali). Maka pada waktu paginya mereka datang kepada baginda Rasulullah Y dan menceritakan mimpi tersebut: Baginda Rasulullah bersabda: Buatlah begitu! (yakni Nabi memberi keizinan membaca sedemikian). (HR.Tirmizi)

Hadis 024

Dari Abu Hurairah 4 meriwayatkan bahawa satu ketika telah datang beberapa orang miskin dikalangan orang-orang muhajirin kepada baginda Rasulullah dan berkata: Orang-orang kaya sentiasa mendahului kami dalam amal dan menerima nikmat-nikmat yang tinggi daripada kami. (Nabi a) bersabda : Bagaimana? Mereka berkata: Sebagaimana kami bersembahyang, mereka pun bersembahyang, sebagaimana kali berpuasa, merekapun berpuasa, (tetapi) mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka membebaskan hamba sahaya sedangkan kami tidak dapaf membebaskan hamba. Maka baginda Rasulullah bersabda: Tidakkah aku ajarkan kepadamu sesuatu yang dengannya kamu dapat mencapai darjat yang lebih tinggi dari orang-orang yang mendahului kamu? Dan sentiasa dihadapan dari orang-orang yang lebih rendah darjahnya daripada kamu? Mereka menjawab: Bahkan Ya Rasulullah! Baginda bersabda: Bacal.ah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar setiap kali selesai sembahyang sebanyak 33, 33 kali (maka mereka pun mulalah mengamalkan apa yang diajarkan oleh Nabi . Orang-orang kaya apabila mendengar amalan ini dari Nabi it& lantas mereka juga mengamalkannya). Telah berkata Abu Salleh; Datang semula orang-orang miskin dari kalangan muhajirin kepada Nabi dan berkata: Telah mendengar sahabat-sahabat kami dari kalangan orang-orang kaya dan mereka juga mengamalkannya. Nabi bersabda : lni ialah kurniaan Allah . Dia memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. (HR.Muslim)

Hadis 025

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa membaca Subhanallah 33 kali setiap kali selesai sembahyang, Alhamdulillah 33 dan Allahu Akbar 33 kali mencukupi bilangannya sebanyak 99 dan dicukupkan 100 dengan membaca : akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih-buih dilautan. (HR Muslim)

Hadis 026

Dari Fadzal bin Hassan Dzamri meriwayatkan bahawa dua orang daripada anak Zubair bin Abdul Mutalib iaitu Hadzrat Ummu Hakim atau Hadzrat Dzubcrah yang menceritakan kisah ini dimana kefika beberapa orang tawanan dibawa kepada Nabi beliau berkata: Ketika itu aku bersama-sama adik perempuanku dan anak Nabi iaitu Hadzrat Fatimah r.ha datang kepada Nabi dan menceritakan kesusahan kami agar diberi nya seorang khadim untuk kami. Baginda bersabda: Anak- anak yatim Badar telah mendahului kamu dari menerima khadim, tetapi aku akan khabarkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik daripada khadim iaitu hendaklah kamu membaca "Subhanallah" 33 kali "Alhamdulillah" 33 kali dan Allahu Akbar" 33 kali dan sekali kamu membaca: (Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah, Dialah yang satu, tiada sekutu bagiNya, Dialah Raja, dan segala pujian bagiNya dan Dialah Yang Maha Berkuasa diatas segala sesuatu.) (HR Abu Daud)

Hadis 027

Dari Kaab bin Ujrah • meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Setiap kali selesai sembahyang sesiapa yang membacakan kalimat ini tidak akan pernah kecewa, kalimat itu ialah 'Subhanallah' 33 kali, `Alhamdulillah' 33 kali, dan `Allahuakbar' 34 kali. (HR Muslim)

Hadis 028

Dari Saib dari Ali, meriwayatkan bahawa; Ketika Rasulullah mengahwinkannya dengan Fatimah, telah di hantar bersamanya sehelai cadar, sebuah bantal daripada kulit yang di isi penuh dengan daun-daun kurma, dua buah batu giling, sebuah bekas air daripada kulit dan dua bekas air daripada tanah (sebagai hadiah perkahwinan). Hadzrat All berkata; Satu hari aku berkata kepada Fatimah r.ha; Demi Allah! Oleh kerana kerja-kerja menarik timba daripada telaga, dadaku telah merasai sakit, pergilah kepada bapamu yang telah diberi oleh Allah Taala beberapa orang tahanan dan mintalah kepadanya seorang hamba sahaya. Fatimah r.ha pula berkata; Tanganku juga menjadi kasar, kulitnya tebal kerana mengisar batu giling. Maka pergilah Fatimah r.ha kepada Nabi A . Lantos Baginda bertanya: Wahai anak kesayanganku, apakah yang menyebabkan kamu datang ke sini?Hadzrat Fatimah r.ha menjawab; Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu dan oleh kerana terasa malu, beliau tidak dapat menzahirkan keperluannya dan pulang dengan tangan kosong. Aku bertanya kepadanya; Apa yang terjadi? Fatimah berkata; Aku tidak dapat meminta hamba sahaya kerana malu. Kemudian kami pergi bersama kepada Nabi dan Ali 4 berkata; Wahai Rasulullah Oleh kerana menimba air dari telaga aku merasa sakit pada dadaku. Fatimah r.ha berkata; Tangan-tanganku menjadi tebal kulitnya kerana mengisar batu gilingan. Allah swt telah menghantar kepadamu beberapa orang hamba sahaya dan memberi beberapa kemudahan, maka berikan lah kepada kami seorang hamba sahaya. Rasulullah bersabda: Demi Allah! Ahli-ahli suffah dalam keadaan kelaparan, penderitaan yang dihadapinya menyebabkan perut-perud mereka sakit, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu uniuk dibelanjakan ke atas mereka. Oleh itu aku akan menjual hamba sahaya dan menbelanjakan wang itu ke atas ahli-ahli suffah. Mendengar jawaban itu kanlipun pulang. Pada malam itu, kami berdua sedang tidur dalam sehelai selimut yang sangat kecil yang apabila kami menutup kepala kami, kaki-kaki kami akan terbuka, dan apabila kami menutup kaki-kaki kami, kepala kami akan terbuka. Tiba-tiba Rasulullah datang kepada kami. Kami segera bangun. Baginda bersabda: Tetaplah berbaring pada tempatmu, kamu meminta seorang hamba sahaya, tidak sukakah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih balk? Kami berkata; Beritahulah kepada kami. Baginda .04 bersabda: Jibrail as, telah mengajarkan kepadaku beberapa perkataan. Selepas setiap sembahyang, bacalah 10 kali Subhaanallah (Maha Suci Allah), 10 kali Alhamdulillaah (segala puji bagi Allah) dan 10 kali Allahuakbar (Allah Maha Besar). Dan apabila kamu hendak tidur maka bacalah Subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. All ra berkata: Demi Allah semenjak Rasulullah mengajarkan kepadaku kalimat-kalimah itu aku tidak pernah lupa mengamalkannya. Ibnu Kawa Rahmatullah alaih bertanya; apakah kamu tidak melupakannya pada malam peperangan Siffin? Dia berkata: Allah bunuh kamu wahai orang-orang Iraq! (Aku tidak pernah meninggalkannya) walau pada malam peperangan Siffin (HR. Ahmad)

Hadis 029

Dari Abdullah bin Umar berkata bahawa baginda Rasulullah sgM, bersabda: Dua doa yang mana tidal< seorang muslim yang membacanya dengan istigamah melainkan ia dimasukkan kedalam syurga. Kedua doa ini mudah tetapi amat sedikit orang yang mengamalkannya. is adalah membaca Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali, Allahhu akbar 10 kali. Hadzrat Abdullah meriwayat kan bahawa aku melihat baginda menghitung kalimat-kalimat itu dengan jari tangannya (ketiga-tiga kalimat ini dibaca setiap selepas sembahyang lima waktu. (selepas membaca ketiga-tiga kalimat dalam sembahyang lima waktu) membacanya hanya seratus lima puluh kali sahaja tetapi dalam timbangan mencapai 1,500 (kerana setiap amal digandakan kepada sepuluh kali ganda)Kedua apabila kamu hendak fidur bacalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar seratus kali. Pembacaannya hanyalah seratus kali sahaja tetapi ganjarannya difulis seribu kebaikan. (sekarang dalam sehari semalam terfulis dua ribu lima rafus kebaikan) Baginda bersabda: Dalam satu hari adakah sesiapa yang melakukan dosa sebanyak dua ribu lima ratus kali? Hadzrat Umarra berfanya: Ya Rasulullah apakah sebab yang menjadikan orang beramal (dengan zikir) ini kurang? Nabi bersabda §i* (lni kerana) telah datang syaitan didalam sembahyang seseorang clan felah membisikkan didalam hatinya, diingatkan itu dan ini sehinggalah sibuk dengan memikirkan kerja-kerja dan terluput dari membaca kalimat ini. Begitu juga syaitan datang ketika manusia mahu tidur dengan, cepat diitidurkannya sehingga terlelap tanpa membaca kalimat ini. (HR lbnu Hiban)

Hadis 030

Dari Muaz bin Jabal berkata bahawa baginda Rasulullah telah memegang tangannya dan bersabda: Wahai Muaz! Demi Allah aku mencintai kamu. Aku ber wasiat kepadamu supaya setiap kali selesai sembahyang janganlah kamu tinggalkan daripada membaca doa ini: Ertinya: Ya Tuhanku!, berilah bantuan kepada ku supaya aku sentiasa berzikir dan bersyukur kepadamu dan aku beribadat kepadamu dengan baik. (HR Abu Daud)

Hadis 031

Dari Abu Umamah berkata, Rasulullah bersabda: Barangsiapa membaca Ayatul-Kursi setiap kali selesai sembahyang Fardhu tidak ada yang menegahnya daripada memasuki syurga kecuali maut. Dalam hadith yang lain dinyatakan selepas membaca ayatul kursi hendaklah membaca Qul Huallahu Ahad ((HR Tabrani) Lls ze.°7(114t t ;1133L6 ,:)(3 t.41-s/ixi -r .L.;%?'411 jt ;11 .4.4-"*. 4.0 .°.)L:alt .7;") 11' Al • jit

Hadis 032

Dari Hassan bin AN 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah A bersabda: Barangsiapa membaca Ayatul Kursi selepas sembahyang fardhu, dia adalah didalam peme liharaan Allah sehinga ke sembahyang yang akan datang. (HR Tabrani)

Hadis 033

Dari Abu Ayub 4 berkata: Setiap kali aku ber sembahyang dibelakang nabi kamO, aku mendengar nabi berdoa selepas sembahyang dengan doa ini: i:$41) Ls.40:1

Hadis 034

Dari Abu Musa 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barang siapa bersembahyang pada dua waktu yang sejuk akan masuk syurga. (HR Bukhari) Keterangan: Dua sembahyang yang sejuk ialah sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Sembahyang Subuh ialah waktu sejuk yang terakhir dan waktu Asar ialah bermulanya sejuk. Dikhaskan kepada dua sembahyang ini ialah kerana waktu Subuh suhunya yang sejuk dan waktu Asar manusia akan sibuk dengan pekerjaan. Jika dua sembahyang ini dapat dijaga maka sembahyang-sembahyang yang lain juga dapat dijaga. (Mirqat)

Hadis 035

Dari Abu Dzar berkata aku mendengar Rasulullah bersabda: Sekali-kali tidak akan dimasukkan kedalam api neraka kepada orang yang sembahyang sebelum terbitnya matahari dan sebelum tenggelamnya matahari, yakni sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. (HR Muslim)

Hadis 036

Dari Abu Zarb meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang selepas sembahyang Subuh (sambil duduk dalam tasyahud) sebelum bercakap dengan orang lain, membaca 10 kali : . L,74.1...;JCAY.511:1111:d

Hadis 037

Dari Jundud AlQasriy • meriwayatkan bahawa Rasulullah ett bersabda: Barang siapa bersembahyang Subuh sesungguhnya dia berada didalam perlindungan Allah. (Oleh itu awaslah kamu!) Janganlah kamu menganiaya orang-orang yang telah diberi perlindungan oleh Allah. Kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari pembalasan bagi orang yang telah dilindungi oleh Allah, Dia pasti akan menangkapnya dan dengan mukanya dahulu dihumbankan kedalam api neraka. (HR. Muslim) kamu, kerana sesungguhnya Allah itu witir dan menyukai orang-orang yang sembahyang witir. (HR. Abu Daud) Keterangan: Witir ialah; Bilangan-bilangan yang ganjil. Yang di maksudkan witir bagi Allah Taala itu ialah; Dia tidak mempunyai pasangan dan menyukai sembahyang witir ialah kerana terletak kepada bilangan-bilangan rakaatnya yang ganjil. (Majmak Bihal Anwar)

Hadis 038

Dari Muslim bin Haris Tamimi ra berkata bahawa satu ketika Baginda Rasulullah saw berkata secara senyap-senyap kepadaku: Selepas kamu bersembahyang Maghrib hendaklah kamu membaca "Allahumma Ajirni Minan-naar"(Wahai Allah, hindarkanlah aku daripada api neraka) sebanyak 7 kali. Apabila kamu baca doa ini dan kamu mati pada malam itu nescaya Allah hindarkan kamu daripada api neraka. Dan apabila kamu membaca doa itu selepas sembahyang Subuh sebanyak 7 kali dan kamu mati pada hari itu nescaya Allah akan hindarkan kamu daripada api neraka. (H.R Abu Daud) Keterangan: Rasulullah saw berkata secara sembunyi ialah supaya hati orang yang mendengar merasai perkataan itu amat penting dan bernilai.

Hadis 039

Dari Ummi Farwah r.ha berkata Rasulullah saw telah ditanya oleh seseorang, apakah amalan terafdhal? Baginda menjawab: Sembahyang di awal waktu. (H.R Abu Daud)

Hadis 040

Dari Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Wahai ahli-ahli Al-Quran! Bersembahyang witirlah kamu kerana sesungguhnya Allah itu witir dan menyukai orang-orang yang sembahyang witir. (H.R Abu Daud) Keterangan: Witir ialah bilangan yang ganjil. Yang dimaksudkan witir bagi Allah swt itu ialah: Dia tidak mempunyai pasangan dan menyukai sembahyang witir kerana terletak kepada bilangan-bilangan rakaatnya yang ganjil.(Majmak Bihal Anwar)

1
2
3
4