Muntahkab Hadis - Bab Solat

 

Hadis 041

Dari Kharijah ibn Khuzafah ra meriwayatkan bahawa; Pada ,&* suatu hari Rasulullah telah datang kepada kami dan bersabda: Sesungguhnya Allah Taala telah mengurnia kan kepada kamu satu lagi sembahyang, yang mana lebih balk dari unta merah bagi kamu, iaitu ialah sembahyang witir. Allah Taala telah menetapkan bagimu waktunya iaitu selepas sembahyang Isyak sehinggalah terbitnya Fajar. (HR. Abu Daud) Keterangan: Orang-orang arab menanggap bahawa unta-unta merah adalah satu bentuk harta yang amat tinggi nilainya.

Hadis 042

Dari Abu Darda *(ir berkata; Aku telah di wasiatkan oleh kekasihku Rasulullah h dengan tiga perkara, (pertama) berpuasa tiga hari setiap bulan, (kedua) bersembahyang witir sebelum tidur, (ketiga) bersembahyang dua rakaat sunat sebelum sembahyang Subuh. (HR. Tabrani, Majma uz Zawaid) Keterangan: Bagi orang-orang yang telah biasa bangun malam, untuk mereka bangun dan bersembahyang witir adalah afdhal dan bagi orang-orang yang tidak biasa bangun, dia hendaklah mengerjakan witir dahulu sebelum tidur.

Hadis 043

Dari ibn Umar e4i-e) berkata; Rasulullah Stik telah bersabda: Tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak ada wudhuk. Dan tidak ada agama bagi orang-orang yang tidak • sembahyang. Sesungguhnya kedudukan sembahyang didalam agama, adalah seumpama kepala kepada badan. (HR. Tabrani dan Targhib)

Hadis 044

Dari Jabir ibn Abdullah r.huma berkata aku mendengar baginda Rasulullah bersabda: Meninggalkan sembah-yang boleh menyampaikan seseorang itu kepada syirik dan kufur. (HR Tabrani , At- Targhib)

Hadis 045

Dari Ibnu Rasulullah Abbas ra meriwayatkan bahawa baginda bersabda: Barangsiapa meninggalkan sembahyang dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya. (HR Bazzar, Tabrani)

Hadis 046

Dari Nufal bin Muawiah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa terluput sembahyangnya adalah seumpama dia kehilangan ahli keluarganya, hartanya dan segala kekayaannya. (HR Ibn Hibban)

Hadis 047

Dari Abdullah bin Amr Ibn As‘,4k)meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Perintahkanlah anak-anakmu bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan rotanilah dia jika tidak mahu bersembahyang ketika diumur sepuluh tahun dan pisahkanlah diantara tempat tidur mereka (antara adik beradik lelaki dan perempuannya) (HR Abu Daud) Keterrangan: Mendidik anak-anak dengan rotan ialah dengan kadar tidak memberi mudharat dan mencederakan jasmani kanak-kanak tersebut.

Hadis 048

Dari Abu Hurairah • meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Dosa-dosa seorang muazzin akan diampuni sejauh mana kedengaran suara azannya. (maksudnya kalaulah dosa-dosanya memenuhi seluruh tempat sejauh mana kedengaran suara azannya itu pun akan diampunkan oleh Allah 4t) setiap sesuatu yang hidup atau tidak bernyawa yang mendengar suara muazzin akan menjadi saksi pada hari Kiamat. Akan dituliskan bagi setiap orang yang bersembahyang kerana azannya itu dua puluh lima kali ganda sembahyang dan diampuni dosa-dosanya dari satu waktu sembahyang dengan sembahyang yang lain. (HR.Abu Daud). Keterangan: Sebahagian ulama berpendapat bahawa dua puluh lima ganjaran sembahyang muazzin dan diampuni dosa-dosanya dari azan yang lalu hingga keazan yang akan datang. (Badhal Majhud)

Hadis 049

Dari Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Allah 4t mengampuni dosa-dosa seorang muazzin sejauh mana suaranya itu kedengaran. Dan setiap yang bernyawa atau tidak bernyawa yang mendengar suara azannya memohon keampunan baginya, dan didalam satu riwayat yang lain setiap yang bernyawa atau tidak bernyawa menjawab seruan azan yang didengarinya. (HR Ahmad)

Hadis 050

Dari Abi Saksa'ah meriwayatkan bahawa Hadzrat Abu Kudri • berkata: Apabila kamu berada di dalam hutan, tinggikan dan kuatkanlah suara azan kamu kerana aku mendengar baginda Rasulullah bersabda: Semua pokok-pokok, ketulan-ketulan tanah, batu-batu, jin dan manusia yang mendengar seruan czan akan menjadi saksi pada hari Kiamat kelak. (HR Ibn Khuzairr ah) Sembahyang Sembahyang Fardhu Ls:CP;L:44**yall‘ (4)- :3t3 4;11:15,10-c S) I.! 43-.) -71,3 t 09) .4i41.51"4" C.? .7rC

Hadis 051

Dari Barra bin Azib ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah 414 bersabda: Sesungguhnya Allah& dan para malaikatNya memohon selawat keatas orang-orang yang berada didalam saf pertama (dalam sembahyang) dan Muazzin akan diampuni dosa-dosanya sejauh mana kedengaran suara azannya dan dibenarkan oleh siapa sahaja yang mendengarnya samada yang bernyawa atau tidak bernyawa. Dan Muazzin akan mendapat ganjaran yang sama seramai mana orang yang datang bersembahyang bersama-sama dengannya. (HR Nasal) Keterangan: Sebahagian dari ulama menafsirkan mengenai ayat yang kedua daripada hadith diatas ialah dosa-dosa muazzin yang dilakukan dari mana dia berazan sehingalah ke tempat terakhir suara azannya kedengaran akan diampunkan oleh Allah. Satu lagi maksudnya ialah dosa-dosa orang yang tinggal disekitar mana suara muazzin itu kedengaran dengan syafaatnya muazzin akan diampunkan oleh Allah (Badhal Majhud)

Hadis 052

Dari Muawiah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasululah bersabda: Pada hari Kiamat kelak Muazzin ialah orang yang paling panjang lehernya. (HR Muslim) Keterangan: (1) Mengenai makna hadith tersebut ulama menerangkan bahawa oleh kerana melalui azan yang dilaungkan oleh seorang muazzin maka orang ramai akan datang kemasjid untuk bersembahyang. Disini orang ramai sebagai pengikut dan Muazzin ialah (asal) sebagai pemimpin. Oleh kerana sebagai pemimpin maka Allah meninggikan leher nya supaya kepalanya dapat dilihat oleh semua orang. (2). Muazzin memperolehi ganjaran yang sangat banyak. Oleh kerana sukakan kepada ganjaran yang diperolehinya dia telah meninggi-ninggikan lehernya. Oleh itu lehernya kelihatan lebih panjang. (3) Pada hari Kiamat para Muazzin berleher panjang kerana dia tidak akan menyesali diatas amalan-amalannya. Sebaliknya seorang yang menyesal diatas amalan-amalannya akan merasa malu, menyesal dan menundukkan lehernya. Kerana itu lehernya kelihatan pendek. (4) Leher Muazzin kelihatan panjang kerana di Padang Mahsyar kelak dialah orang yang paling unggul dan sebahagian ulamak menterjemahkan hadith ini sebagai; Muazzin ialah orang yang paling pantas menuju kesyurga. (An Nawawi)

Hadis 053

Abdullah ibn Umar , - meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa memberi azan selama dua betas tahun, adalah wajib baginya syurga dan dituliskan baginya setiap kali azan ialah sebanyak enam puluh kebaikan, dan setiap kali lqamat akan dituliskan baginya tiga puluh kebaikan. (HR Al Hakim) :64;6 J at °I» ‘g3 A O f Y 0)P Ot9. .4s, :44 j cjk.-411

Hadis 054

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Tiga golongan manusia yang tidal< akan merasai ketakutan yang amat sangat pada hari Kiamat, dan tidal< akan dihisab. Dia akan berada diatas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah seluruh makhluk habis dihisab. Pertama ialah seorang yang membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah. Begitu juga seorang yang mengimami orang ramai dalam keadaan dia disenanginya. Kedua ialah seorang yang menyeru untuk sembahyang semata-mata kerana Allah. Ketiga ialah seorang yang bermuamalah dengan muamalah yang balk dengan Tuhannya dan dengan orang-orang bawahannya. (HR Tirmizi dan Tabrani)

Hadis 055

Dari Abdullah ibn Umar 43 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Tiga jenis orang yang mana pada hari Kiamat nanti akan berada didalam timbunan-timbunan kcisturi. Orang-orang disekelilingnya akan merasai cemburu dengan keadaannya. Pertama dia ialah seorang lelaki yang melaungkan seruan azan untuk bersembahyang lima waktu slang dan malam. Kedua ialah seorang lelaki yang mengimami orang ramai dalam keadaan mereka menyenangi nya dan ketiga ialah seorang hamba yang menunaikan hak Allah dan hal< tuannya. (HR Tirmizi)

Hadis 056

Dari Abu Hurairah 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah At= bersabda: Imam ialah seorang yang bertanggung jawab dan muazzin seorang yang memegang amanah (waktu). Wahai Allah i berilah petunjuk kepada para Imam dan berilah pengampunan kepada para muazzin. (HR Abu Daud) Keterangan: Maksud bagi tanggungjawab Imam ialah selain daripada bertanggungjawab kepada sembahyangnya sendiri beliau juga bertanggungjawab kepada sembahyang para makmum dibelakangnya. Oleh itu seharusnya para imam hendaklah bersembahyang dengan cara yang terbaik secara zahir dan batin. Muazzin sebagai pemegang amanah (waktu) dimana orang ramai menaruh sepenuh kepercayaan kepada muazzin untuk menentukan waktu sembahyang dan bermula puasa atau berbuka. Oleh itu seharusnya bagi muazzin menjaga waktu sembahyang dengan betul, kerana kadang-kadang muazzin berazan diwaktu yang sala h. Oleh itu baginda Rasulullah memohon keampunan untuknya. (Badhal Majhud)

Hadis 057

Dari Jabir ra berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan apabila mendengar seruan azan, akan pergi jauh sehingga sampai ke satu tempat bernama Rauha'. Hadzrat Sulaiman Rahmatullah alaih berkata: Aku bertanya kepada Hadzrat Jabir ra mengenai Rauha'. Beliau menjawab: la adalah satu tempat yang jauhnya tiga puluh enam batu daripada Madinah. (HR Muslim)

Hadis 058

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Apabila azan dilaungkan untuk bersembahyang syaitan akan lari kebelakang dalam keadaan terkentuf-kentut supaya tidak mendengar suara azan. Kemudian apabila azan selesai dia akan datang semula. Begitu juga apabila lqamat dilaungkan dia akan lari kebelakang dan apabila lqamat selesai dia akan datang semula untuk menimbulkan was-was didalam hati orang yang ber sembahyang. Dia akan berkata: Ingatlah itu! Ingatlah ini! Sehingga perkara-perkara yang tidak terfikir sebelumnya. Dan sehingga orang itu tidak dapat mengingat berapa bilangan rakaat yang telah berlalu. (HR Muslim)

Hadis 059

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Jikalau manusia mengetahui apa ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan di saf yang pertama kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka berundi. (HR. Bukhari)

Hadis 060

Dari Salman Al Farsi • meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Apabila seorang berada di dalam hutan dan tibawaktu sembahyang, maka dia berwudhu' dan sekiranya dia tidak menjumpai air dia bertayamum dan ketika lqamat di laungkan untuk bersembahyang, kedua malaikat yang mencatit kan amal kebaikan akan ber sembahyang bersama dengannya dan sekiranya dia melaungkan azan dan lqamat maka sejumlah besar daripada tentera-tentera Allah akan bersembahyang di belakangnya sehingga tidak dapat melihat kedua tepinya. (saf-saf mereka) (HR. Musnaf Abdul Razak) :3°14 a ;11 : 183

1
2
3
4