Muntahkab Hadis - Bab Solat

 

Hadis 101

Dari Anas ra meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf adalah se-bahagian dari kesempurnaan sembahyang. (HR. Bukhari)

Hadis 102

Dari Uthman ibn Affan. meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang berwudhuk dengan sempurna untuk bersembahyang dan berjalan untuk menunaikan sembahyang fardhu, kemudian dia bersembahyang bersama orang atau berjemaah atau didalam masjid, maka diampuni oleh Allah taala akan dosa-dosanya. (HR. Muslim)

Hadis 103

Dari Umar ibn Al Khattab, meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah 414 bersabda: Sesungguhnya Allah swt sangat menyukai sembahyang secara berjemaah. (HR. Musnad Ahmad)

Hadis 104

Dari Abdullah ibn Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Kelebihdn sembahyang seseorang secara berjemaah daripada sembahyang bersendirian adalah 20 kali ganda darjatnya. (HR. Musnad Ahmad)

Hadis 105

Dari Abu Hurairah 4 meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Sembahyang seorang secara berjemaah adalah digandakan sebanyak 25 kali ganda daripada sembahyang dirumahnya atau dikedainya. (HR. Bukhari)

Hadis 106

Dari Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah z= bersabda: Sembahyang berjemaah adalah 27 kali lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian. (HR. Muslim)

Hadis 107

Dari Qubas ibn Asyyam Al Laisiy meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah sttkbersabda:Sembahyang dua orang lelaki secara berjemaah seorang menjadi imam, seorang menjadi makmum adalah lebih disukai oleh Allah taala daripada empat orang yang bersembahyang secara bersendirian. Begitu juga empat orang yang ber sembahyang secara berjemaah adalah lebih disukai oleh Allah taala lebih daripada lapan orang yang bersembahyang bersendirian dan lapan orang yang ber sembahyang berjemaah adalah lebih disukai oleh Allah taala lebih daripada seratus orang, yang bersembahyang bersendirian. (HR. Tabrani)

Hadis 108

Dari Ubai ibn Kaab ra meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Seorang yang bersembahyang dengan seorang sahabatnya yang lain, adalah lebih balk daripada sembahyang bersendirian. Tiga orang yang bersembahyang secara berjemaah lebih balk daripada dua orang yang bersembahyang secara berjemaah. Begitulah seterusnya, lebih ramai bilangan jemaahnya maka lebih disukai oleh Allah taala. (HR. Abu Daud)

Hadis 109

Dari Abu Said Al Khudri ra meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Ganjaran sembahyang berjemaah menyamai dengan 25 kali sembahyang dan apabila seseorang bersembahyang didalam hutan yang sunyi dengan ruku' dan sujud yang sempurna dan membaca tasyahud dengan penuh khusyuk, maka ganjaran sembahyang tersebut boleh menyampaikan kepada 50 kali sembahyang. (HR. Abu Daud)

Hadis 110

Dari Abu Darda berkata; Aku mendengar Rasulullah bersabda: Dimana-mana kampung atau hutan yang mana terdapat tiga orang, namun sembahyang jemaah tidak didirikan, maka syaitan menguasai mereka. Oleh itu lazimkanlah kamu dengan sembahyang berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan seekor kambing yang ketunggalan (dan serigala bagi manusia ialah syaitan). (HR. Abu Daud)

Hadis 111

Dari Aisyah r.ha menceritakan; Ketika Nabi A sakit dan keadaan Baginda yang bertambah tenat, maka Baginda telah memohon keizinan kepada isteri-isterinya yang lain iaitu pada hari-hari sakitnya Baginda dirawat di rumahku. Mereka mengizinkannya, (ketika waktu sembahyang tiba) beliau telah dipapah oleh dua orang (untuk pergi kemasjid) yang (disebabkan lemah) kedua belah kakinya telah terseret kebumi. (HR. Bukhari)

Hadis 112

Dari Fadhalah ibn U' bald 4 meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah ik berdiri untuk sembahyang ada sebahagian sahabat ahli suffah yang terjatuh daripada saf sembahyang kerana menanggung kelaparan yang amat sangat, sehingga ada diantara orang-orang luar dari kampung pendalaman menyangka mereka orang yang terkena penyakit sawan atau gila. Apabila selesai sembahyang lantas baginda Rasulullah mengalihkan pandangannya kepada mereka dan berkata: Sekiranya kamu mengetahui ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kepada kamu, nescoya kamu akan lebih suka dalam keadaan kelaparan dan berhajat lebih daripada ini. Hadzrat Fudhalah berkata pada hari itu aku ada bersama-sama Rasulullah (HR Tirmizi)

Hadis 113

Dari Uthman bin Affan4 berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah Artk bersabda: Barangsiapa bersembahyang Isyak secara berjemaah adalah seumpama dia bersembahyang separuh daripada malam, dan barangsiapa bersembahyang subuh secara berjemaah adalah seumpama dia bersembahyang seluruh daripada malam. (HR Muslim)

Hadis 114

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sembahyang yang paling berat bagi orang munafik ialah sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh.(HR Muslim)

Hadis 115

Dari Abu Huarairah • meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah 44N bersabda: Kalaulah mereka tahu ganjaran bagi mereka yang pergi ke masjid untuk bersembahyang Zuhur dipanas matahari yang terik nescaya mereka akan pergi dalam keadaan berlari dan barang siapa yang mengetahui ganjaran bagi mereka yang pergi kemasjid untuk bersembahyang Isyak dan Subuh nescaya mereka akan pergi (tidak mengira mereka sakit) walaupun mereka terpaksa merangkak. (HR Bukhari)

Hadis 116

Dari Abi Bakrah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barang siapa bersembahyang subuh berjemaah, dia adalah didalam pemeliharaan Allah. Dan barangsiapa menganiaya orang yang berada didalam pemeliharaan Allah, dia akan dicampakkan kedalam api neraka dalam keadaan mukanya dahulu di humbankan.(HR Tabrani)

Hadis 117

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa bersembahyang berjemaah selama 40 haridengan takbiratul Ula akan mendapat dua jaminan:Terhindardaripada api neraka jahanam dan bebas daripada sifat munafik. (HR Tirmizi)

Hadis 118

Dari Abu Hurairah • meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s074 bersabda: Aku mahu untuk menyuruh beberapa orang pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi kerumah orang-orang yang bersembahyang dirumah masing-masing tanpa uzur syarie' dan membakarnya. ( HR Abu Daud) °J,:4 °&.". : ,113J.43 —‘

Hadis 119

Dari Abu Hurairah • meriwayatkan bahwa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk kemudian pergi untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian, dan diam akan diampunkan diantara Jumaat itu sehingga Jumaat yang akan datang dan ditambahkan dengan tiga hari, dan barangsiapa bermain-main (mencarik-carik tikar atau batu kerikil ketika khutbah dibacakan) maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang sia-sia. (akibatnya tidak mendapat pahala khas Jumaat) - (HR Muslim)

Hadis 120

Dari Abu Ayyub Al Ansari • berkata: Aku rnendengar baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa mandi pada hari Jumaat kemudian memakai minyak wangi sekiranya ada dan memakai pakaian yang paling balk, kemudian berjalan ke masjid. Setelah sampai di masjid bersembahyang dua rakaat sekiranya masih ada waktu, dan tidak menyusahkan orang lain (dengan melangkahi ahli-ahli jemaah untuk mendapatkan tempat dihadapan) Kemudian duduk dengan diam ketika Imam datang untuk berkhutbah sehinggalah sampai waktu sembahyang, amalan seperti ini menjadi asbab diampuni dosa-dosanya dari Jumaat itu sehingga Jumaat akan datang. (HR Ahmad)

5
6
7