Muntahkab Ahadis - Bab Solat

 

Hadis 121

Dari Salmon Al-Farsi ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Mandi pada hari Jumaat dan bersuci dengan sebaik yang mungkin, memakai minyak dengan minyaknya sendiri, memakai bau-bauan yang baik dan berjalan ke masjid. Apabila sampai di masjid janganlah duduk di antara dua orang yang telah sampai lebih dahulu dan bersembahyanglah beberapa rakaat sunat yang boleh sebelum sembahyang Jumaat.

Apabila imam berkhutbah hendaklah kamu duduk diam dengar dengan tawajuh, maka akan diampuni dosa-dosanya daripada Jumaat itu sehingga Jumaat yang akan datang. (HR Bukhari)

Hadis 122

Dari Abu Hurairah ra meriwayatlkan bahawa Baginda Rasulullah saw satu ketika pada hari Jumaat bersabda; Wahai orang-orang Islam! Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan hari ini sebagai Hari Raya untuk kamu. Oleh itu mandilah kamu dan lazimkanlah dengan bersugi gigi. (HR Tabrani)

Hadis 123

Dari Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar-akar rambut(dan bulu-bulu roma). (HR Tabrani, Majma' Azzawaid)

Hadis 124

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah bersabda; Apabila tiba hari Jumaat, malaikat akan berdiri di pintu masjid dan akan menulis orang-orang yang datang ke masjid. Orang yang datang dahulu akan di tulis dahulu dan orang yang datang kemudian akan di tulis kemudian(begitulah seterusnya). Orang yang datang di awal hari ganjarannya adalah seumpama orang yang bersedekah seekor unta dan selepas daripada itu adalah seperti orang bersedekah seekor lembu dan selepas daripada itu adalah seperti seorang yang bersedekah seekor kibas dan selepas daripada itu adalah seperti seorang yang bersedekah seekor ayam. Dan selepas daripada itu adalah seperti seorang yang bersedekah sebiji telur. Dan apabila Imam datang untuk membaca Khutbah maka malaikat akan menutup buku catitannya dan mereka semua sibuk mendengar khutbah. (HR Bukhari)

Hadis 125

Dari Yazid ibn Abu Maryam rahimahullah berkata satu ketika aku bertemu dengan Hadzrat I'bayah ibn Rifa'ah ibn Rafi' r.alaih ketika aku sedang berjalan menuju ke masjid pada hari Jumaat, lalu beliau berkata; Berita gembira untukmu iaitu langkang-langkahmu ini ialah langkah-langkah di jalan Allah swt. Aku mendengar lbnu Abbas ra berkata, beliau mendengar Baginda Rasulullah saw bersabda; Mana-mana langkah di jalan Allah yang terkena debu-debu, maka langkah itu akan diharamkan dari api neraka. (HR Tarmizi)

Hadis 126

Dari Aus ibn Aus As Saqafi ra berkata Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan sebaik-baik mandi dan pergi ke masjid lebih awal dengan berjalan kaki dan tidak menunggang kenderaan dan duduk berhampiran dengan imam, mendengar khutbah dengan teliti dan penuh perhatian, tidak berkata-kata yang sia-sia, maka setiap langkah yang dilangkahinya akan mendapat ganjaran berpuasa selama satu tahun dan mendapat ganjaran satu tahun beribadat pada waktu malam. (HR Abu Daud)

Hadis 127

Dari Abdullah ibn Amar ibn As ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa yang mana pada hari Jumaat dengan sempurna kemudian pergi ke masjid lebih awal untuk bersembahyang Jumaat, duduk berhampiran dengan imam dan mendengar khutbah Jumaat dengan penuh tawajuh dan sentiasa senyap mendengarnya, maka setiap langkah yang dilangkahi untuk datang ke masjid akan diberikan ganjaran satu tahun pahala tahajud dan satu tahun pahala berpuasa. (HR Musnad Ahmad)

Hadis 128

Dari Abu Lubabah ibn Abdil Munzir ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda; Hari Jumaat adalah merupakan penghulu bagi semua hari. Di sisi Allah swt ia adalah hari yang paling agung. Hari itu juga di sisi Allah swt adalah lebih mulia daripada Hari Aidil Adha dan Aidil Fitri. Pada hari Jumaat telah berlaku lima perkara; Pada hari inilah Allah swt menciptakan Nabi Adam as. Pada hari Jumaat juga dia diturunkan ke bumi. Pada hari Jumaat juga dia meninggal dunia. Pada hari tersebut terdapat satu masa yang mana barangsiapa yang berdoa nescaya Allah swt akan mengurniakannya dengan syarat jangan meminta sesuatu benda yang haram dan pada hari itu juga Kiamat akan berlaku. Semua para malaikat langit, bumi, angin, gunung-ganang dan lautan semua takut kepada hari Jumaat(Ini semua kerana Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat). (HR lbnu Majah)

Hadis 129

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Tidak ada satu hari di mana terbit dan tenggelamnya matahari itu lebih afdhal daripada hari Jumaat(Ini kerana Jumaat ialah hari yang paling mulia). Seluruh makhluk di atas muka bumi kecuali manusia dan jin amat takut pada hari Jumaat(takut kalau-kalau berlakunya kiamat pada hari itu). (HR Ibnu Hibban)

Hadis 130

Dari Abu Said Al-Khudri ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang mana tiada seorang daripada hamba Muslim yang berdoa kepada Allah swt nescaya akan diperkenankan segala doanya. Waktu itu ialah selepas Asar. (HR Musnad Ahmad)

Hadis 131

Dari Abu Musa Al-Asari ra berkata aku mendengar Baginda Rasulullah bersabda; Masa(yang terafdhal untuk berdoa) ialah di antara bermulanya imam membaca khutbah hinggalah selesainya sembahyang Jumaat. (HR Muslim)

Hadis 132

Dari Abi Umamah ra meriwayafkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Tidak ada sesuatu yang lebih disukai oleh Allah swt dari seorang hambaNya daripada dua rakaat sembahyang. Sesungguhnya kebaikan akan mengelilingi di atas kepala seorang yang sibuk bersembahyang. Dari tidak ada sesuatu yang lebih menghampirkan diri seorang hamba kepada Tuhannya kecuali dengan sesuatu yang keluar daripada ZatNya sendiri laitu Al-Quran. (HR Tirmizi)

Hadis 133

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa sekali Baginda saw melalui sebuah tanah perkuburan lantas bertanya; Kubur siapakah ini? Para Sahabat r.hum menjawab; Ini kubur Si Fulan. Baginda saw bersabda; Dua rakaat sembahyang yang dilakukan oleh pemilik kubur ini lebih di cintai daripada seluruh dunia yang ada pada kamu. (HR Tabrani)

Keterangan:
Maksud daripada hadis Nabi saw ini ialah dua rakaat sembahyang yang itu lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. Ini dibuktikan apabila dia sendiri telah sampai ke alam kubur.

Hadis 134

Dari Abu Zar ra meriwayatkan bahawa satu ketika Baginda saw keluar pada musim gugur dan banyak daun-daun berguguran dari pohon. Lantas Baginda saw mengambil sebatang ranting dan menggoncang-goncangkannya sehingga daun-daunnya gugur dan berkata; Wahai Abu Zar! Aku menjawab: Labbaik Ya Rasulullah! Baginda saw bersabda; Sesungguhnya seorang muslim apabila bersembahyang semata-mata untuk menggembirakan Allah swt, dosa-dosanya akan tergugur sebagaimana daun-daun ini gugur dari pohonnya. (HR Ahmad)

Hadis 135

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda; Barangsiapa yang istiqamah bersembayang 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga(12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak, dan 2 rakaat sebelum Subuh. (HR Nasai)

Hadis 136

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa tidak pernah Nabi saw memberati sembahyang-sembahyang sunat sebagaimana memberati sembahyang dua rakaat sunat sebelum Subuh. (HR Muslim)

Hadis 137

Dari Aishah r.ha meriwayatkan mengenai sembahyang dua rakaat sebelum Subuh, Rasulullah saw bersabda; Dua rakaat ini daku lebih sukai daripada dunia dan seisi-isinya. (HR Muslim)

Hadis 138

Dari Ummi Habibah binti Abi Sufian r.ha meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda; Barangsiapa menjaga empat rakaat sebelum Zohor dan empat rakaat selepas Zohor, Allah swt mengharamkan daripada api neraka. (HR Nasai)

Hadis 139

Dari Ummi Habibah r.ha meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah bersabda; Barangsiapa di kalangan orang mukmin, bersembahyang empat rakaat selepas Zohor, insyaAllah tidak akan tersentuh api neraka. (HR Nasai)

Keterangan :
4 rakaat sebelum solat Zohor bererti 4 rakaat sunat muakkadah(sunat yang dituntut). Sesetengah ulama berpendapat 4 rakaat selepas(waktu) zawal ialah sunat muakkadah selain sunat sebelum Zohor.

Hadis 140

Dari Abdullah ibn Saaib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersembahyang empat rakaat sebelum Zohor selepas waktu zawal dan beliau bersabda; Inilah masanya di mana pintu langit dibuka dan aku suka supaya di waktu ini mana-mana amal kebaikanku naik ke langit. (HR Tirmizi)