Muntahkab Hadis - Bab Iman

 

Hadis 161

Dari Mutalib ibn Rabi'ah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Sembahyang malam dikerjakan dua-dua rakaat. Apabila kamu mengerjakan sembahyang ini, maka bacalah tasyahud disetiap dua rakaat dan berdoalah seumpama seorang yang benar-benar berhajat, zahirkanlah ketidakupayaan dan kelemahanmu. Barang-siapa yang tidak berbuat demikian ini, sembahyangnya tidak sempurna. (HR Musnad Ahmad) Keterangan; Doa boleh dilakukan selepas tasyahud dalam sembahyang, dan juga selepas memberi salam.

Hadis 162

Dari Huzaifah bin Yaman • menceritakan bahawa pada suatu malam aku berlalu kepada Nabi dan aku mendapati beliau sedang bersembahyang dimasjid Nabi 4.4 di Madinah Munawwarah. Lantas aku bersembahyang dibelakangnya, dan aku menyangka baginda tidak sedar yang aku bersembahyang dibelakangnya. Baginda ;4., mula membaca Surah Al-Baciarah. Aku berkata didalam hatiku mungkin baginda segk akan ruku' apabila sampai keayat yang ke seratus. Namun apabila sampai ke ayat yang keseratus beliau meneruskan pembacaannya. Aku menyangka mungkin pada ayat yang kedua ratus baginda akan ruku', namun apabila sampai ayat yang kedua ratus baginda tidak ruku'. Aku menyangka apabila Nabi = menamatkan pembacaan surah Al-Baciarah beliau akan ruku'. Namun apabila tamat beliau tidak ruku'. Lantas membaca: "Allahumma Lakal Hamdu" sebanyak tiga kali kemudian meneruskan pembacaannya pada surah Ali-Imran. Aku menyangka beliau saw akan ruku'apabila tamat membaca surah Ali-Imran. namun setelah tamat beliau saw tidak ruku' dan beliau membaca: "Allahumma Lakal Hamdu" sebanyak tiga kali dan menyambung pembacaannya pada surah Al-Maidah. Aku berkata(dalam hatiku), Baginda saw akan ruku' apabila menamatkan pembacaannya. Apabila tamat(surah Al-Maidah), Baginda saw ruku' dan aku Baginda saw membaca:"Subhana Rabbial Adzim" dan Baginda saw terus menggerak-gerakkan bibirnya. Aku faham yang Baginda saw membaca sesuatu yang aku tidak dengar. Kemudian Baginda saw bersujud dan aku mendengar Baginda saw membaca:"Subhana Rabbial A'la" dan Baginda saw terus mengerak-gerakkan bibirnya. Aku faham Baginda saw terus membaca sesuatu yang aku tidak faham. Kemudian(di rakaat yang kedua), Baginda saw mula membaca surah Al-An'am. (Pada rakaat ini) aku keluar meninggalkan Baginda saw(kerana aku tidak tahan untuk terus bersembahyang bersama beliau)(Musannif Abdul Razak)

Hadis 163

Dari Ibn Abas ra berkata: Selepas bersembahyang tahajjud, aku mendengar Baginda Rasulullah saw membaca doa ini:

Ertinya:
1. Wahai Allah aku memohon kepadaMu akan rahmatMu. Yang dengannya Engkau memberikan petunjuk ke dalam hatiku. Yang dengannya Engkau memudahkan pekerjaanku dan menghilangkan kesusahanku dan dengan rahmatMu Engkau menyempurnakan keperluan-keperluanku dalam ketiadaanku. Engkau membersihkan amalanku darisifat munafik dan kufur dengan rahmatMu dan meletakkan di dalam hatiku sesuatu yang balk, sesuai dan yang aku sukai. Berikanlah kepadaku dengan rahmatMu dan lindungilah aku daripada kejahatan. 2. Wahai Allah! Berikanlah kepadaku keyakinan yang sesudah itu tidak ada lagi kekafiran dan kurniakanlah kepada ku kemuliaan dan kehormatan didunia dan diakhirat. 3. Wahai Allah berikanlah kejayaan didalam setiap keputusan yang ku ambil, aku memohon kepada Mu sebagai mati Syahid dan jadikanlah kehidupanku sebagai yang bernasib balk. Dan berilah pertolongan kepadaku daripada musuh-musuh. 4. Wahai Allah! Aku meletakkan dihadapanMu keperluan-keperluanku walaupun pengetahuanku tidak sempurna dan amalan-amalanku lemah, sesungguhnya aku sangat me-merlukan akan rahmatMu. Wahai Pengatur segala Urusan dan Penyembuh segala hati, sebagaimana Engkau dengan kekuasaanMu menjadikan lautan yang berpisah menjadi satu dari yang lain (yang masin tetap berpisah dari yang manis dan yang manis tetap berpisah dari yang masin) demikian pula aku memohon jauhkanlah aku daripada api neraka dan siksaannya, ketika orang mula meratapi (dan beroa bagi kematian) dan jauhkanlah aku dari siksa kubur. 5. Wahai Allah! Pengetahuanku amat kurang, dan amalan ku amat lemah, untuk memperolehi kebaikan itu dan jauh dari jangkaan niatku yang belumku minta kepadaMu, kerana Engkau telah berjanji kepada setiap ciptaanMu, dan setiap kebaikan hamba-hambaMu, aku amat berkeinginan semuanya itu. Maka aku memohon kepadaMu dengan rahmatMu wahai Tuhan Sekalian Alam. 6. Wahai Allah! Zat yang memegang tali perjanjian yang kukuh, Tuhan segala amal kebajikan! Aku memohon kepada engkau kebahagiaan pada hari azab untuk berada dikalangan ahli-ahli syurga pada hari Qiamat. Orang-orang yang Engkau sukai dan yang menghadziri mahkamahMu yang ruku' dan yang sujud dan yang memenuhi janji-janjiMu. Tiada keraguan, Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang Tiada Keraguan apa sahaja yang Engkau suka Engkau pasti melakukannya. 7. Wahai Allah! Berilah petunjuk kepada ku, dan jadikanlah aku sebagai orang yang memimpini kearah petunjukMu. Janganlah sesatkan aku, dan jangan membawa orang lain kepada kesesatan. Berada didalam kesejahteran dengan sahabat-sahabatmu dan memusuhi semua musuh-musuh mu. Jadikanlah aku sebagai orang yang mencintai orang-orang yang mencintaiMu, dan membenci orang-orang yang membenciMu. 8. Wahai Allah! Kewajibanku hanya berdoa, dan kewajiban Mu untuk menerimanya. lnilah usandku dan hanya kepada Mu aku berserah. 9. Wahai Allah jadikanlah Nur dalam hatiku, dan jadikanlah kuburku bercahaya, jadikanlah nur dihadapanku, nur pada belakangku, nur pada bahagian kiriku, nur pada bahagian kananku,nur dari atasku,nur dari bawahku (nurmu merliputi ku)Nur pada telingaku, nur pada mataku, nur pada setiap rambutku, nur pada kulitku, nur pada dagingku, nur pada darahku, nur pada setiap tulangku. Wahai Allah tambahkanlah nurku, dan berikanlah kepadaku nur, dan jadikanlah nur nasibku. 10. Mahasuci Allah yang tinggi kekuasaanNya. Kehormatan adalah hijabNya. PerintahNya adalah yang terhorrnat. Kemuliaan , Penerimaan , Kemurahan hati adalah pakaian Nya. Maha suci Allah yang tinggi kekuasaanNya Dialah yang bebas dari segala kecacatan. Maha suci Allah yang Maha Besar pengurniaanNya. Dan nikmatNya. Maha Suci Allah yang Maha Perkasa dan Tuhan yang Penuh Kemuliaan. (HR Tarmizi)

Hadis 164

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda.: Barangsiapa bersembahyang malam dengan membaca seratus ayat, Allah tidak akan menggolong kannya pada malam itu dikalangan orang-orang yang lalai. Dan barangsiapa bersembahyang dengan membaca dua ratus ayat dia akan digolongkan pada malam itu dikalangan orang yang beribadat dengan ikhlas. (HR Hakim)

Hadis 165

Dari Abdullah bin Amru bin As 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah " bersabda: Barangsiapa bersembahyang Tahajjud dengan membaca sepuluh ayat tidak akan digolongkan dikalangan orang yang lalai. Dan barangsiapa bertahajjud dengan membaca dua ratus ayat akan digolongkan dikalangan orang menghabiskan masanya dalam beribadat. Dan barangsiapa yang membaca seribu ayat akan digolongkan dikalangan orang yang mendapat ganjaran sebesar Qintar. (HR Ibn Huzaimah)

Hadis 166

Dari Abu Hurairah 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Sat.0 Qintar bersamaan dua belas ribu uqiah dan setiap uqiah lebih bernilai daripada segala benda-benda yang berada diantara langit dan bumi. (HR Ibn Hibban)

Hadis 167

Dari Abu Hurairah 4 meriwayatkan bahawa Rasulullah sgiY4 bersabda: Semoga Allah merahmati orang yang bangun pada malam hari dan mengerjakan tahajjud dan membangunkan isterinya supaya dia juga mengerjakan sembahyang. Jika dia tidak bangun (dan tetap di tempat tidur kerana mengantuk), dia memercikkan air ke mukanya untuk menolongnya bangun dan semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun pada malam hari dan mengerjakan sembahyang tahajjud dan membangunkan suaminya untuk tahajjud dan jika dia tidak bangun, dia mernercikkan air ke mukanya untuk membangun kannya. (HR Nasaai) Keterangan: Hadith ini berkenaan dengan pasangan suarni isteri yang suka melakukan sembahyang tahajjud dan mem-bangunkan satu sama lain dengan cara yang tidal< menye-babkan kemarahan antara keduanya. (Ma'ariful Hadith)

Hadis 168

Dari Abu Hurairah dan Abu Said 4 meriwayatkan bahawa Rasulullah ks% bersabda: Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada malam hari dan keduanya mengerjakan (paling kurang) dua rakaat sembahyang tahajjud, maka mereka dicatat dari golongan orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah dari kalangan lelaki dan berzikir kepada Allah dari kalangan perempuan. (HR Abu Daud)

Hadis 169

Dari 'Atta rahmatullah alaih berkata; Aku meminta Hadzrat A'isyah r.ha memberitahuku sesuatu yang ta'jub yang dilihat atau didengar dari Rasulullah 44. A'isyah r.ha berkata; Apakah satu amalan Nabi yang tidak menakjubkan. Pada suatu malam Nabi telah datang kepadaku dan berbaring, berselimut ditempat tidurku. Tiba-tiba baginda bangun dan berkata: Tinggalkan lah aku untukku beribadat kepada tuhanku. Setelah berkata demikian beliau bangun, berwudhu' dan sembahyang. Dalam sembahyangnya beliau telah menangis sehingga air matanya membasahi dadanya yang mulia. Begitu juga semasa baginda ruku', baginda menangis, sujud terus menangis, dan mengangkat kepalanya dalam keadaan menangis sehinggalah Hadzrat Bilal datang• memanggilnya untuk bersembahyang Subuh. Aku berkata kepada baginda : Ya Rasulullah kenapakah tuan menangis begitu sekali.? Sedangkan tuan telah dijanjikan keampunan diatas segala dosa yang terdahulu dan yang akan datang. Baginda menjawab: Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang bersyukur kepada Allah? Dan tidakkah aku patut berbuat demikian dimana pada malam ini telah diturunkan oleh Allah ayat yang ini: (Ayat dari surah All lmran sehingga akhir surah diturunkan) (HR Ibnu Hibban, lqamatul Hujjah)

Hadis 170

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa Istiqamah mendirikan sembahyang Tahajjud, kemudian tertidur pada malam itu kerana mengantuk menguasainya, Allah akan menuliskan ganjaran sebagaimana dia bertahajjud. Dan tidurnya pada malam itu dikira sebagai satu hadiah kerana tanpa tahajjud telah mendapat pahala bertahajjud.(HR Nasal)

Hadis 171

Dari Abu Darda 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa datang ketempat tidurnya clan dia berniat untuk bangun bersembahyang Tahajjud diwaktu malam,tetapi terlelap hinggalah menjelang subuh, maka diatas niatnya akan dituliskan baginya pahala sembahyang Tahajjud. Dan tidurnya malam itu akan dikira sebagai safu hadiah daripada Allah. (HR Nasal)

Hadis 172

Dari Muaz bin Anas Al-Juhaini 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa selesai sembahyang Subuh kemudian duduk ditempat duduknya, tidak bercakap-cakap kecuali kebaikan kemudian bersembahyang sunat Ishraq dua rakaat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya walaupun lebih banyak daripada buih-buih dilautan. (HR Abu Daud)

Hadis 173

Dari Hassan ibn All ih berkata Aku mendengar baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa bersembahyang subuh kemudian sibuk berzikir sehingga matahari terbit kemudian bersembahyang sunat dua atau empat rakaat tidak akan tersentuh kulitnya daripada api neraka. (HR Baihaki)

Hadis 174

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa baginda Rasululah s bersabda: Barangsiapa bersembahyang subuh dengan berjemaah kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian bersembahyang sunat dua rakaat akan mendapat pahala haji dan umrah. Anas • berkata nabi bersabda: Pahala haji dan umrah yang sempurna, pahala haji dan umrah yang sempurna, pahala haji dan umrah yang sempurna. (sebanyak tiga kali)-(HR Tirmizi)

Hadis 175

Dari Abu Darda meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah A bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai anak Adam! Janganlah kamu putus asa daripada bersembahyang empat rakaat diawal hari kerana Allah akan menyempurnakan segala kerja-kerja kamu sepanjang hari itu. (HR Ahmad) Keterangan: Ini ialah kelebihan sembahyang sunat lshraq dan mungkin juga ini yang dimaksudkan dengan sembahyang Dhuha.

Hadis 176

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah menghantar sepasukan tentera yang kembali dalam waktu yang singkat dan membawa harta rampasan yang begitu banyak. Seorang sahabi berkata: Ya Rasulullah, tidak pernah aku melihat lasykar yang balik dalam waktu yang singkat dan membawa harta rampasan perang yang banyak seperti ini. Nabi bersabda: Mahukah aku khabarkan kepada kamu waktu yang Iebih singkat dan harta yang Iebih banyak daripada ini? Dia ialah seorang yang mengambil wudhu' dengan sempurna kemudian pergi ke masjid untuk bersembahyang Subuh, kemudian bersembahyang Ishraq. Ini Iebih singkat dan Iebih banyak keuntungannya. (HR Abu Ya'Ia)

Hadis 177

Dari Abu Zar d,w meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: Setiap pagi sedekah mesti dibayar oleh setiap orang sebagai bersyukur kerana kesihatan dari setiap sendi-sendi ditubuhnya. Setiap ucapan Subhaanallah adalah sedekah. Dan setiap ucapan Laa ilaha Illallah adalah sedekah, setiap ucapan Allahu Akbar adalah sedekah, mengajak kepada ma'ruf adalah sedekah. Mencegah dari yang mungkar adalah sedekah dan mengerjakan dua rakaat Dhuha adalah mencukupi sebagai kesyukuran atas setiap persendian badan. (HR Muslim)

Hadis 178

Dari Buraidah meriwayatkan; Bahawa aku mendengar Rasulullah stk bersabda: Ada tiga ratus enam puluh persendian dalam tubuh seseorang dan sedekah adalah hak dari setiap persendian. Para sahabat r.hum bertanya; Wahai Nabi Allah! Siapakah yang sanggup membayar sedekah sebanyak itu? Baginda bersabda: Menghilangkan air ludah yang dibuang dimasjid adalah sedekah, membuang sesuatu halangan atau sesuatu yang menyakitkan dari jalan adalah sedekah. Mengerjakan sembahyang Dhuha dua rakaat sudah mencukupi sebagai sedekah (bagi semua persendian dari tubuh). (HR. Abu Daud) -•ft ‘- • - zr. :, - 43041P:21 0"lib Z.5,1 1 ygt IrA „si 4-1-1A YLe ,;yii 1 4.4) LA? .35 c:4JS 411.s.

Hadis 179

Dari Abu Hurairah 4): meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa istiqamah mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, dosa-dosanya dihapuskan walaupun sebanyak buih dilautan. (HR lbnu Majah)

Hadis 180

Dari Abu Darda 4:kg, meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, tidak akan dicatat dikalangan hamba-hamba Allah yang lalai dan barangsiapa mengerjakan empat rakaat akan dicatatkan diantara hamba-hamba Allah yang ahli ibadah. Dan barangsiapa mengerjakan enam rakaat, maka keperluannya pada hari itu akan dicukupi dan barangsiapa mengerjakan lapan rakaat, maka akan dicatat diantara orang yang tacit dan barang siapa mengerjakan dua belas rakaat, Allah membangun kan sebuah istana baginya dalam syurga. Tidaklah berlalu suatu hari atau suatu malam, yang mana Allah tidak mengurniakan sedekah dan kebajikan atas hamba-hamba Nya. Dan kebajikan paling besar dari Allah keatas hamba-hambaNya adalah memberi kesempatan kepada mereka untuk berzikir. (HR Tabrani, Majmaa uz Zawaaid)

8
9
10