Muntahkab Hadis - Bab Solat

 

Hadis 181

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa mengerjakan enam rakaat sesudah sembahyang Maghrib, tanpa diselangi percakapan yang sia-sia diantaranya, akan mendapat pahala sama dengan dua belas tahun ibadah. (HR Tarmizi) Keterangan: Sesudah dua rakaat sunat Maghrib (sunat muakkadah), dikerjakan empat rakaat sunat ini akan menjadi enam rakaat. Menurut setengah ulama', enam rakaat ini adalah tambahan kepada dua rakaat sunat Maghrib. (Mirqat, Mazahir Haq) ,35-14 -4 ill:, zsti —1AY :34 af1;4; ,e)01 Al

Hadis 182

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan, suatu ketika Nabi bertanya kepada Bilal pada waktu sembahyang Subuh: Wahai Bilal! Beritahulah kepadaku suatu amalan sesudah kamu masuk Islam, yang mana engkau mendapat pahala yang begitu banyak, kerana aku mendengardalam mimpiku langkah kakimu dihadapanku disyurga. Bilal 9 menjawab; Aku tidak melakukan amalan yang luarbiasa, kecuali ketika aku mengambil wudhu' pada waktu slang atau malam hari, aku mengerjakan sembahyang (tahiyyatul wudhu') sesudah itu sebanyak yang Allah beri taufik kepada ku. (HR Bukhari)

Hadis 183

Dari Ibn Abbas meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah sa4, bersabda: Ya Abbas! Wahai Pakcikku! Tidakkah aku berikan kepadamu, Tidakkah aku hadiahkan kepada mu! Tidakkah aku anugerahkan kepadamu! Tidakkah aku beritahu satu amalan kepadamu, sekiranya kamu mengamalkannya kamu akan mendapat sepuluh menafaat daripadanya? Yaitu Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu, dosa-dosa dahulu dan akan datang, dosa-dosa baru dan lama, dosa-dosa yang sengaja dan tidak sengaja, dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, dosa-dosa secara sembunyi atau secara terang-terangan semua akan diampuni oleh Allah. (Amalan itu ialah) Hendaklah kamu bersembahyang empat rakaat. (sembahyang Tasbih) Selepas membaca surah Fatihah disetiap rakaat kamu membaca mana-mana surah dan selepas itu dalam masa clic:1m sebelum ruku' membaca: ,1 „ „ , , J.Y1 4.UN1 kIN) sebanyak 15 kali, kemudian ruku', dalam masa ruku' juga hendaklah membaca kalimat tersebut sebanyak 10 kali, kemudlan bangun dart rukuk dan membaca kalimat tersebut 10 kali, kemudian sujud dan membaca kalimat tersebut 10 kali, kemudian bangun daripada sujud dan membaca kalimat tersebut 10 kali, kemudian dalam sujud yang kedua juga membaca kalimat tersebut 10 kali, selepas sujud, sebelum bangun ke rakaat yang kedua, dalam keadaan duduk membaca 10 kali. Begitulah seterusnya setiap rakaat, sebanyak empat rakaat, setiap rakaat mempunyai 75 kali tasbih. (Wahai pakcikku!) Sekiranya kamu berkemampuan sembahyanglah pada setiap hari sekali. Sekiranya kamu tidak dapat berbuat demikian, maka setiap hari jurnaat kerjakanlah sekali. Sekiranya tidak dapat, kerjakaniah setiap Puian sekali don sekiranya !idak dapat, kerjakaniah setahun sekali dan sekiranya kamu tidak dapat juga kerjakanlar seumur hidupmu sekali. (HR Abu Daud) 15it zsti:; 411 331.6 A t al;11 4ftil : lOa:t iL.;;%31

Hadis 184

Dari Ibn Umar r.huma katanya; Baginda Rasulullah telah menghantar Jaafar bin Abu Talib ke Habsyah. Apabila beliau kernbali ke Madinah, maka Baginda Rasulullah memeluk dan mencium dahinya, kemudian Baginda bersabda: Tidakkah aku berikan kepada kamu satu hadiah, tidakkah aku khabarkan satu berita gembira untukmu? Tidakkah aku berikan sesuatu? Dia berkata; Berilah tahu wahai Rasulullah! Kemudian Baginda Rasulullah menjelaskan tentang sembahyang tasbih secara terperinci. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 185

Dari Fadhalah ibn Ubaid berkata; Satu hari Baginda Rasulullah duduk bersama kami. Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu dia bersembahyang. Selepas bersembahyang dia berdoa, : (Ertinya; Wahai Allah! Ampunilah aku dan kasihanilah aku) Lantas Baginda Rasulullah bersabda: Kamu tergesa-gesa di dalam doamu. Apabila kamu duduk selepas sembahyang, hendaklah kamu memuji Kebesaran dan Keagungan Allah dan berselawatlah ke atasku, kemudian berdoalah. Fadhalah ra berkata; Kemudian seorang lelaki telah bersembahyang dan beliau telah memuji Allah dan memohon selawat ke atas Baginda Rasulullah keN . Kemudian Baginda Rasulullah .;4.; telah bersabda: Sekarang mohonlah doa dan permohonan itu akan dikabulkan. (HR Tarmizi)

Hadis 186

Dari Anas meriwayatkan bahawa; Satu ketika Baginda Rasulullah melintasi seorang arab badwi yang sedang berdoa didalam sembahyangnya. Beliau telah berdoa; Ertinya; Wahai Zat Yang tidak dapat dilihat oleh mata, Yang tidak dapat dibayangkan melalui fikiran dan Zat yang tidak dapat disifatkan oleh orang yang ahli menerangkan sifat, Yang tiada terkesan ketika berlakunya malapetaka dan Tidak takut kepada malapetaka. Wahai Allah yang mengetahui beratnya gunung-ganang! Yang mengetahui takungan sungai-sungai dan titisan hujan. Yang mengetahui bilangan daun-daun dipokok dan Yang mengetahui segala sesuatu yang ditimpa kegelapan malam dan yang disinari oleh cahaya siang. Wahai Allah! Yang tidak tersembunyi sesuatu dari satu langit ke satu langit yang lain dari pengetahuanNya, Yang mengetahui apa yang tersembunyi dari satu bumi ke satu bumi yang lain. Dan Yang tidak tersembunyi apa yang ada di laut hingga ke dasar-dasarnya dan Yang tidak tersembunyi apa yang ada di gunung dan di dalam kepejalan batu batannya. Jadikanlah akhir umurku dengan kebaikan dan jadikanlah akhir amalku dengan amal yang terbaik dan jadikanlah hari yang terbaik bagiku ketika aku bertemu denganMu (yakni hari kematian). Kemudian Rasulullah telah menugaskan seorang lelaki supaya membawa orang itu bertemu dengan Baginda setelah selesai sembahyangnya. Setelah selesai sembahyang orang itu datang kepada Nabi 41t, . Pada ketika itu Nabi i telah menerima hadiah berbentuk emas galian dari seseorang, lantas menghadiahkan emas tersebut kepada lelaki itu. Baginda p bertanya: Daripada kaum mana kamu wahai badwi? Beliau menjawab: Dari kabilah Ibn Amir bin Saksa'ah wahai Rasulullah! Nabi bersabda: Tahukah kamu kenapa aku menghadiahkan emas ini kepadamu? Lelaki itu menjawab: Kerana ada hubungan persaudaraan diantara kita. Nabi Af4 bersabda: Sesungguhnya hubungan persaudaraan itu ada hak tetapi aku menghadiahkan emas ini kepadamu ialah kerana puji-pujianmu yang amat balk kepada Allah. (HR Tabrani, Majmaa uz Zawaaid) Keterangan: Didalam sembahyang nafil doa-doa seperti ini boleh dibaca dimana-mana bahagian rukun dalam sembahyang.

Hadis 187

Dari Abu Bakar meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Seseorang yang melakukan dosa kemudian dia berwudhu' dengan sempurna kemudian ber sembahyang dua rakaat nescaya Allah mengampuni dosa-dosa nya. Kemudian baginda membaca ayat Al-Quran seperti berikut: it • ' L.:, t I;! Ertinya: Dan juga orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka segera ingot kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa-dosa mereka - dan sememangnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)- (Surah Al-Imran ayat 135). (HR Abu Daud)

Hadis 188

Dari Hassan Rahimahullah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Sesiapa diantara manusia yang melaku kan dosa, kemudian berwudhu' lalu pergi ketanah lapang mendirikan dua rakaat sembahyang sunat dan beristighfar memohon ampun kepada Allah nescaya diampuni dosa-dosanya. (HR Baihaki)

Hadis 189

Dari Jabir ibn Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah= mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai suatu kerja atau amalan), dalam segala hal sebagaimana dia mengajarkan kami surah-surah dari Al-Quran. Baginda tet, bersabda: Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan suatu pekerjaan (hal urusan seseorang), maka kerjakanlah dua rakaat sembahyang sunat dan berdoa sebagaimana berikut: Ertinya: Wahai Allah! Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepadaMu dari keutamaan Mu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib. Wahai Allah! Jikalau Engkau mengetahui bahawa urusan ini balk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta akhir urusanku, maka takdirkanlah bagiku dan mudahkan lah bagiku kemudian berkatilah aku didalamnya. Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagi ku dalam agamaku, penghidupanku dan akhir urusanku atau buat masa dekat dan masa depanku, maka singkir kanIch is dariku dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana pun juga kemudian jadikanlah aku redha dengan Nya. Rasulullah menambahkan bahawa seseorang kemudian boleh menyebutkan keperluannya (dalam sembahyang pada kedua tempat ketika dia membaca "haazal amr" iaitu kerja ini). (HR Bukhari) Keterangan: Sebagai contoh, jikalau isfikharah dilakukan untuk bermusafir, maka katakanlah "haazal safar" sebagai ganti "haazal amr" dan dalam urusan nikah, katakan "Haazal nikah".

Hadis 190

Dan Abu Bakrah • meriwayatkan; Pada masa Nabi sO, apabila terjadi gerhana matahari, maka dia pergi ke masjid (tergesa-gesa), dia menarik jubahnya don para sahabat r.hum berkumpul mengelilinginya. Dia mengimami mereka dalam sembahyang duo rakaat. Dan ketika gerhana telah menjadi terang, Baginda Rasulullah .ii,„bersabda:Sesungguhnya matahari dan bulan adalah duo fanda-tanda diantara kebesaran Allah. la berlaku bukanlah kerana kematian seseorang. (Bahkan sebagai mono makhluk-makhluk dibumi dan dilangit yang berada di dalam perinfahNya begitulah cahaya dan kegelapan yang ada padanya adalah didalam perinfahNya. Oleh itu selagi matahari dan bulan masih dalam gerhana hendaklah sibukkan diri dalam sembahyang dan doa. Pada hari kematian anakanda baginda yang bernama Ibrahim berlakunya gerhana. Oleh itu gerhana ini telah dikaitkan dengan kematian seseorang. Tanggapan yang seumpama ini menyebabkan baginda melafazkan hadith ini. (HR Bukhari)

Hadis 191

Dan Abdullah bin Zaid Al-Mazini meriwayatkan satu ketika bahawa baginda Rasulullah 30, keluar untuk bersembahyang meminfa hujan di sebuah tanah lapang (tempat untuk ber sembahyang hari raya), Beliau mengadap kiblat dan membalik kan serbannya. (semoga dikembalikan keadaan yang asal dari kemarau kepada awan yang membawa hujan) ( HR Muslim)

Hadis 192

Dari Huzaifah • meriwayatkan bahawa apabila Nabi tersua dengan sesuatu kesulitan lantas baginda akan bersembahyang. (HR Abu Daud)

Hadis 193

Dari Makmar r.a'laih dari seorang lelaki Quraish mencerita kan bahawa apabila Nabi dan ahli keluarganya menghadapi kesempitan rezeki, baginda akan memerintahkan ahli keluarganya bersembahyang dan membacakan ayat ini: .4i4,11111°A Ertinya: Perintahkanlah ahli keluargamu untuk bersembahyang dan bersabarlah daiam mengerjakannya Kami tidak meminta rezeki kepadamu bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan akibat yang balk bagi orang-orang yang bertakwa. (Musanif Abd Razak.)

Hadis 194

Dari Abdullah ibn Abu Aufa Al Aslami meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah datang kepada kami dan bersabda: Barangsiapa mempunyai hajat sesuatu samada berhubung dengan Allah atau sesama makhluk hendaklah dia berwudhu' dan bersembahyang dua rakaat, kemudian bacalah doa ini: Ertinya: Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah yang maha lembut Magi belas kasihan. Mahasuci Allah yang memiliki Arash Yang Maha Agung. Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon segala yang mewajibkan dengan rahmatMu, Keselamatan dari segala dosa dan keuntungan dari segala kebajikan. Janganlah Engkau tinggalkan suatu dosapun kecuali Engkau ampunkan dan tiada kegelisahanku kecuali Engkau hilangkan. Tiada kesusahan kecuali Engkau lapangkan, tiada kemelaratan kecuali Engkau lenyapkan, dan tiada satu hajatpun yang Engkau redhai kecuali Engkau berikan. Sesudah mengucapkan doa ini dari keperluan dunia atau akhiratmu nescaya akan diperkenankan. (HR Ibn Majah,) 4 L5; ii Zi.:4111L,...?") ;Itt o :441 3 ).°6;4i1 L$11 E:.);1 141 j1

Hadis 195

Dari Abdullah bin Masood 4 meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada baginda Rasulullah lantas berkata: Ya Rasulullah Sesungguhnya aku ingin pergi ke Bahrain untuk urusan perniagaan. Maka baginda Rasulullah bersabda: (Sebelum memulakan perjalanan) hendaklah kamu mendirikan sembahyang sunat dua rakaat. (HR Tabrani)

Hadis 196

Dari Abu Hurairah 4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Apabila kamu masuk kedalam rumah kamu hendaklah kamu dirikan sembahyang sunat dua rakaaf kerana sembahyang dua rakaat yang kamu kerjakan ini akan menghalang kamu dari segala kejahatan. Begitu juga sebelum kamu keluar dari rumah, hendaklah kamu bersembahyang dua rakaat kerana sembahyang dua rakaat ini akan menghalang dari kejahatan selepas kamu keluar dari rumah kamu. (HR Bazzar, Majma uzzawaid)

Hadis 197

Dari Ubai bin Kaab 9 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Apakah yang kamu baca diawal sembahyang? Hadzrat Kaab menjawab: Aku membaca surah Fatihah. Rasulullah bersabda: Demi Allah Zat yang memegang nyawaku ditanganNya Allah tidak menurunkan didalam Taurat, tidak didalam Injil, tidak di Zabur dan tidak didalam Al-Quran ayat yang seumpamanya. Inilah dia (surah Fatihah) yang terdiri dari tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang didalam sembahyang disetiap rakaat. (HR Musnad Ahmad)

Hadis 198

Dari Abu Hurairah *e) meriwayatkan, aku mendengar bahawa baginda Rasulullah ;tit bersabda: Allah berfirman: Aku telah membahagikan surah Fatihah kepada dua diantara Aku dan hamba-hambaKu. Dan hambaKu akan menerima apa yang diminta. Apabila hambaKu membaca Alhamdulillahi rabbil Alamin (segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam) Allah akan berfirman: HambaKu telah memujiKu. Apabila HambaNya membaca: Ar Rahmanir Rahim (Maha PPengasih Maha Penyayang) Allah berfirman: HambaKu telah memuliakanKu. Apabila hambaKu membaca: Maalikiyaumiddin (Raja hari pengadilan) Allah berfirman: HambaKu telah mengagungkan Ku dan apabila membaca: lyyakana'budu wa lyyakanasta'iin (hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan) Allah berfirman: Ini antara Aku dan hambaKu. Apa sahaja yang dia minta Aku akan berikan. Apabila dia membaca: c'") 641i )J iJ (Al-Fati)m()064H17) (Tunjukkanlah kepa.daku jalan yang lurus, Jalan-jalan orang yang telah Engkau beri nikmat dan bukanlah jalan-jalan orang yang telah Engkau sesaikan) Allah berfirman: Ini untuk hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang dia minta. (HR Muslim)

Hadis 199

Dari Abu Musa Al Asy'arly • meriwayatkan (dalam hadith yang panjang) bahawa Rasulullah & bersabda: Apabila imam membaca Ghairil maghdhuubi alaihim waladhaalliin, katakanlah amiin, Allah akan memperkenan kan doa-doa kamu. (HR. Muslim) :s!) •

Hadis 200

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Apabila imam membaca Ghairil maghdhuubi alaihim waladhalliin, maka hendaklah kamu membaca amiin kerana sesungguhnya barangsiapa yang aminnya menyamai dengan amiin para malaikat, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu. (HR Bukhari)

8
9
10