Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 001

Dari Abu Said ra berkata bahawa Rasulullah saw membacakan Hadith Qudsi: Allah swt berfirman: Barangsiapa yang menyibukkan dirinya dengan Al-Qur'an dari mengingatiKu(dan berdoa kepadaKu), Aku memberinya lebih baik daripada apa yang diberikan kepada seorang yang berdoa, ketinggian perkataanKu(Al-Qur'an), ke atas semua perkataan-perkataan lain adalah seperti ketinggian Allah(pencipta) ke atas semua ciptaan Nya. (HR Tirmizi)

Hadis 002

Dari Abu Zar Al-Ghifari ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Tiada sesuatupun yang lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah, yakni Al-Qur'an. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 003

Dari Jabir ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Al-Qur'an adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya diterima dan pendakwa yang mana dakwaannya disokong Barangsiapa yang meletakkannya (Al-Qur'an) dihadapan nya(sebagai petunjuk, maka ia akan membawanya ke syurga dan barangsiapa meletakkannya di belakang(tidak mengamalkannya), akan membawanya ke neraka. (HR ibnu Hibban)

Keterangan:
Al-Qur'an adalah pendakwa yang hujahnya diterima bermaksud ia akan bersumpah bagi orang-orang yang membaca dan beramal ke atasnya di mahkamah Allah dan ia akan menuntut dari orang-orang yang melalaikannya, mengapa mereka tidak menunaikan hak-haknya.

Hadis 004

Dari Abdullah ibn Amr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Puasa dan Al-Qur'an, keduanya akan memberi syafaat bagi hamba Allah pada hari kiamat. Puasa akan berkata: Wahai Tuhanku! Aku telah menegahnya dari makan minum dan nafsu syahwatnya, oleh itu terimalah syafaatku baginya. Dan Al-Qur'an akan berkata; Wahai Tuhanku, Aku telah menegahnya dari tidur dimalam hari, (kerana sibuk membaca Al-Qur'an dan bersembahyang nafil) oleh itu terimalah syafaatku baginya. Maka keduanya(puasa dan Al-Qur'an) akan memberi syafaat untuknya. (HR Musnad Ahmad dan Tabrani)

Hadis 005

Dari Umar ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah meninggikan ramai orang melalui Kitab ini(Al- Qur'an), dan merendahkan(menghinakan) ramai orang dengannya. (HR Muslim)

Hadis 006

Dari Abu Zar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda kepadaku: Adalah wajib ke atas kamu untuk membaca Al-Qur'an dan mengingati Allah Azza wa Jalla, kerana sesungguhnya ia adalah zikir untukmu dilangit dan cahaya(petunjuk) bagimu di dunia ini. (HR Baihaqi)

Hadis 007

Dari Abdullah ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Hanya ada dua jenis manusia yang(dibolehkan) untuk dicemburui. Seorang yang telah Allah diberikan kepadanya Al-Qur'an dan dia telah membacanya di waktu siang dan malam, dan seorang lagi yang mana Allah berikan harta kekayaan dan dia telah membelanjakannya(di jalan Allah) siang dan malam. (HR Muslim)

Hadis 008

Dari Abu Musa Asy'ariy ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al-Qur'an adalah seperti utrujjah(limau manis) yang bau dan rasanya manis, dan perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al-Qur'an adalah seperti buah tamar, yang tidak mempunyai bau tetapi rasanya manis. Dan perumpamaan seorang munafik yang membaca Al-Qur'an adalah seperti raihan(sejenis buah) yang baunya harum tetapi rasanya pahit dan perumpamaan seorang munafik yang tidak membaca AI-Qur'an adalah seperti Khanzolah yang tidak mempunyai bau dan rasanya pahit. (HR Muslim)

Keterangan:
Khanzolah ialah sejenis buah yang bentuknya seperti buah tembikai susu, rupanya yang sangat cantik tetapi rasanya yang sangat pahit.

Hadis 009

Dari Abdullah ibn Mas'ud ra berkata; Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan. (HR Tarmizi)

Hadis 010

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Pelajarilah AI-Qur'an dan bacalah ia, sesungguhnya perumpamaan orang yang mempelajari Al-Qur'an dan membacanya dan bertahajjud dengannya, adalah seumpama satu bekas kasturi yang terbuka lagi semerbak harum baunya ke semua tempat. Dan perumpamaan orang yang mempelajari Al-Qur'an dan dia terus tidur, sedangkan di dalam dadanya terdapat Al-Qur'an, adalah seumpama bekas yang dipenuhi dengan kasturi tetapi mulutnya tertutup. (HR Tirmizi)

Keterangan:
Al-Qur'an ul Karim adalah seumpama kasturi dan seorang yang hafiz Al-Qur'an adalah seumpama sebuah bekas yang mengandungi kasturi, oleh itu seorang hafiz yang sentiasa menbaca Al-Qur'an adalah seumpama bekas kasturi yang sentiasa terbuka. Seorang hafiz yang tidak membaca Al-Qur'an adalah seumpama bekas kasturi yang mulutnya tertutup.

Hadis 011

Dari Imran ibn Husain ra berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca Al-Qur'an maka hendaklah dia meminta kepada Allah melalui perantaraan Al-Qur'an, kerana sesungguhnya akan datang satu masa di mana orang membaca Al-Qur'an dan dengan Al-Qur'an itu dia meminta-minta kepada manusla yang lain. (HR Tirmizi)

Hadis 012

Dari Abu Said Al-Khudri ra menceritakan bahawa; Pada suatu malam Usaid bin Khudair ra sedang membaca Al-Qur'an di rumahnya. Ketika itu kuda betinanya melompat-lompat di sekelilingnya. Dia meneruskan bacaannya. Kuda betinanya terus melompat ke sana ke mari. Aku khuatir kuda betina itu akan memijak anak lelakiku Yahya yang ada di situ. Oleh itu aku bangun ke arah kuda betina itu dan pada ketika itu aku melihat di kepalaku sesuatu seperti awan yang bercahaya. Tidak lama kemudian arakan awan itu mulai naik ke ufuk langit sehingga aku tidak dapat melihatnya lagi. Aku pergi menemui Rasulullah saw di pagi hari dan aku berkata; Ya Rasulullah! Pada malam tadi ketika aku membaca Al-Qur'an di rumahku, kuda betinaku telah melompat-lompat. Rasulullah saw bertanya: Adakah kamu meneruskan bacaanmu? Ibn Khudair menjawab; Aku meneruskan bacaanku dan kuda betinaku tetap melompat ke sana sini lagi. Maka Rasulullah saw bertanya lagi; Adakah kamu meneruskan bacaanmu lagi? Dia berkata; Aku meneruskan bacaanku, namun kuda betina itu tetap meronta-ronta. Kemudian aku pergi ke tempat itu dan aku melihat di atas kepalaku sesuatu seperti awan yang bergerak dan bercahaya-cahaya sehingga arakan itu naik perlahan-lahan ke ufuk langit dan tidak kelihatan lagi. Rasulullah saw bersabda: itu adalah para malaikat yang mendengar bacaanmu. Jika kamu meneruskan bacaanmu sehingga pagi, nescaya orang akan melihat para malaikat di pagi hari dan para malaikat tidak menyembunyikan diri mereka kepada manusia. (HR Muslim)

Hadis 013

Dari Abu Said Al-Khudri ra menceritakan; Ketika aku sedang duduk di dalam satu majlis bersama orang-orang Muhajirin yang miskin. Beberapa orang di antara mereka telah menyembunyikan diri di antara satu sama lain kerana ada di antaranya tidak cukup pakaian. Salah seorang daripada mereka membacakan Al-Qur'an untuk kami. Tiba-tiba Baginda Rasulullah saw datang menghampiri kami lantas Qari itu memberhentikan bacaannya. Rasulullah saw memberi salam kepada kami dan bertanya: Apakah yang sedang kamu lakukan? Kami berkata: Ya Rasulullah, Dia adalah seorang qari, sedang membacakan Al-Qurian untuk kami dan kami sedang mendengar bacaan Kitabullah dengan penuh perhatian. Rasulullah saw bersabda: Segala pujian bagi Allah yang telah mengutus aku di kalangan umatku di antara mereka yang dengannya aku diperintahkan untuk duduk bersama-sama. Kemudian Rasulullah saw duduk di antara kami menjadi sama jarak di antara kami dan kemudian dia memberi isyarat dengan tangannya supaya membuat lingkaran mengelilingi di hadapannya. Aku memerhatikan bahawa Rasulullah saw tidak dapat mengenal kami kecuali diriku. Baginda Rasulullah saw bersabda: Berilah khabar gembira wahai kaum Muhajir yang miskin! Dengan nur yang sempurna pada hari kiamat, yang mana kamu akan memasuki ke dalam syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya dengan setengah hari lebih dahulu dan setengah hari adalah lima ratus tahun lamanya. (HR Abu Daud)

Hadis 014

Hazrat Saad bin Abi Waqqas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Al Quran ini turun dengan kesedihan, maka apabila kamu membacanya, menangislah. Jika kamu tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis. Dan bacalah Al Quran dengan suara lunak merdu kerana barangsiapa yang membaca Al Quran dengan suara yang tidak merdu, maka dia bukan dari golongan kami(yakni bukan dari pengikut yang sempurna)". (H.R. lbnu Majah)

Hadis 015

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Tidak pernah Allah mendengar bacaan dari seseorang dengan penuh tawajuh sebagaimana Allah mendengar Nabi membaca Al-Qur'an dengan suara yang baik dan lunak merdu. (HR Muslim)

Hadis 016

Dari Barra' ra meriwayatkan bahawa baginda Rasuiullah saw bersabda: Hiasilah Al-Qur'an dengan suaramu yang balk kerana membaca Al-Qur'an dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Qur'an. (HR Hakim)

Hadis 017

Hazrat Uqbah Bin `Amir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Ganjaran orang yang membaca Al Quran secara kuat(jahar) ialah seumpama orang yang bersedekah secara terang-terangan, seterusnya orang yang membaca Al-Quran secara perlahan ialah seumpama orang yang bersedekah secara tersembunyi". (HR Tirmizi)

Keterangan:
Di dalam hadis ini kelebihan membaca Al Quran secara perlahan adalah lebih utama. Keadaan ini berlaku jika ditakuti timbul perasaan riak atau pun menganggu orang yang lain seperti orang yang sedang bersolat. Di dalam hadis yang lain ada disebutkan bahawa membaca Al Quran secara jahar(kuat) adalah lebih afdal. (Syarah Tibi)

Hadis 018

Dari Abu Musa ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Jikalau engkau melihat aku pada malam tadi, mendengar bacaanmu dengan penuh minat dan teliti(pastinya menyukakan kamu) kerana sesungguhnya kamu telah diberi sebahagian dari kebagusan suara Nabi Daud as. (HR Muslim)

Hadis 019

Dari Abdullah ibn Amri ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: (Pada hari kiamat)Akan dikatakan kepada ahli Al-Qur'an, teruskan bacaan Al-Qur'anmu dan teruslah menaiki tangga demi tangga syurga dan bacalah dengan penuh tartil sebagaimana engkau baca semasa hidup di dunia kerana sesungguhnya tempat tinggalmu(maqam di syurga) adalah apabila sampai pada ayat yang terakhir yang kamu telah baca. (HR Tirmizi)

Keterangan:
Ahli Al-Qur'an bermakna seorang hafiz Al-Qur'an atau seorang yang banyak membacanya atau seorang yang beramal dengan AI-Qur'an. (Tibi, Mirqat)

Hadis 020

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Seorang hafiz Al-Qur'an yang menghafal dan membacanya dengan dengan baik akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama dengan para malaikat yang membawa Al-Qur'an dari Lauh Mahfuz dan barangsiapa yang tersekat-sekat membaca dan sabar dengan kesusahan ini akan mendapat pahala dua kali ganda. (HR Muslim)

Keterangan:
Orang yang tersekat-sekat mungkin seorang hafiz yang tidak mengingati Al-Qur'an dengan baik dan dia sentiasa berusaha untuk mengingatinya. lni juga termasuk pembaca Al-Qur'an dengan melihat Al-Qur'an yang tersekat-sekat dalam bacaannya, tetapi dia berusaha untuk membacanya denpan betul. Maka orang yang sedemikian mendapat pahala dua kali ganda, yang pertama kerana bacaannya dan yang kedua kerana usahanya dan kesusahannya untuk terus menghafal (Tibi, Mirqat)