Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 021

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Ahli Al-Qur'an akan datang pada hari kiaMat(di mahkamah Allah) dan Al-Qur'an akan bermohon kepada Allah untuk memberikan kepadanya pakaian. Kemudian dia. akan dipakaikan dengan mahkota kemuliaan. Al-Qur'an akan bermohon sekali lagi: Wahai Allah! Tambahkanlah baginya! Maka dia akan diberikan sebuah pakaian kemulian yang sempurna. Al-Qur'an sekali lagi akan meminta: Wahai:Allah! Engkau redhalah pada orang ini, maka Allah akan redha dengannya dan dia akan terus diminta untuk membaca Al-Qur'an dan terus menaiki tangga demi tangga syurga dan bagi setiap ayat yang dibaca akan ditambah satu hasanah (untuknya). (HR Tirmizi)

Hadis 022

Hazrat Buraidah ra berkata, pada satu hari Rasulullah saw sedang duduk bersamaku, lalu Baginda saw bersabda; "Sesungguhnya pada hari Kiamat Al-Qur'an akan bertemu dengan orang yang membacanya dengan istiqamah, apabila terbelah kuburnya dan dia keluar darinya kelihatan warnanya berubah kerana keletihan, maka dia berkata kepada pembacanya, 'Adakah kamu mengenaliku?' Jawabnya, 'Tidak! Aku tidak mengenalimu!' Maka Al-Qur'an itu bertanya kepadanya sekali lagi, 'Adakah kamu mengenaliku?' Jawabnya lagi, 'Daku tidak mengenalimu'. Lantas Al-Qur'an berkata, `Aku adalah sahabatmu, Al-Qur'an yang menjadikan kamu kehausan di musim panas pada siang hari dan menjadikan kamu berjaga pada malam hari. Sesungguhnya setiap peniaga mahu meraih keuntungan di dalam perniagaannya, dan kamu sebenarnya pada hari ini meraih setiap perniagaanmu sendiri'. Maka diberikan kerajaan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya diberikan hidup kekal di dalam syurga, serta diletakkan Mahkota Kemuliaan di atas kepalanya. Kedua orang tuanya akan dipakaikan dua pasang pakaian yang sangat bernilai yang tiada pernah dipakai oleh penduduk dunia ini. Dan kedua ibubapanya akan berkata; Mengapakah kami dipakaikan dengan pakaian ini? Akan dikatakan kepada mereka: Kerana Al-Qur'an yang dihafal oleh anak-anakmu! Dan dia akan diminta untuk membaca Al-Qur'an dan dia akan terus naik tingkat demi tingkat sampai darjat paling tinggi di syurga. (HR Ahmad)

Keterangan:
Al-Qur'an kelihatan letih dan berubah warnanya, yang datang menyerupai manusia adalah kerana dialah sebenarnya amalan yang lahir dari pembacaan di waktu malam dan puasa di siang hari dan perintah-perintah yang lain. Hakikat amal inilah yang menjadikan Al-Qur'an kelihatan seperti seorang yang letih.

Hadis 023

Dari Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Bagi Allah swt ada sekumpulan manusia adalah seperti anggota keluargaNya yang istimewa. Para sahabat r.hum bertanya; Siapakah mereka itu ya Rasulullah? Baginda Rasulullah bersabda: Mereka adalah orang-orang Al-Qur'an, orang-orang Allah dan anggotaNya yang istimewa. (Mustadrak Hakim)

Hadis 024

Dari lbnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang tiada sesuatu daripada(penghafalan) Al-Qura'an di dalam dadanya adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong(sebagaimana rumah akan kelihatan ceria apabila ada penghuninya begitulah hati manusia ini akan hidup dan ceria apabila ada ayat-ayat Al-Qur'an yang dihafal didalam dadanya). (HR Tirmizi)

Hadis 025

Dari Saad ibn Ubadah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca Al-Qur'an kemudian melupakannya akan bertemu Allah pada hari Kiamat dalam keadaan berpenyakit kusta sehingga terputus-putus anggota badannya.

Keterangan:
Banyak maksud daripada lupa Al-Quran. Di antaranya ialah dia tidak dapat membaca walaupun melihat lembaran Al-Qur'an, dia lupa membaca secara hafalan atau dia lalai daripada membaca Al-Qur'an atau dia tahu segala hukum-hukum dalam AI-Qur'an tetapi tidak mahu mengamalkannya. (Badhal Majhud)

Hadis 026

Dari Abdullah ibn Amr ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidak akan faham seseorang akan Al-Qur'an yang dibacanya bagi mereka yang membacanya kurang daripada tiga hari. (HR Abu Daud)

Keterangan:
Sabdaan baginda saw ini ialah untuk orang awam secara umum. Namun terdapat juga riwayat yang mensabitkan bahawa setengah sahabat mengkhatamkan pembacaan Al-Qur'an kurang dari tiga hari.(HR Abu Daud)

Hadis 027

Dari Wasthilah bin Ashqa' ra meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda: Aku diberi (Sab'a)tujuh surah bagi tempat Taurat, dan Mi'in bagi tempat Zabur, Al- Masani bagi tempat Injil, dan aku telah diberi kelebihan dan keisfimewaan dengan Mufassal. (HR Ahmad)

Keterangan:
Tujuh ayat-ayat yang panjang ialah bermula dari surah Al-Baqarah sehingga surat At-Taubah,dengan mengira surah Al-Anfal dan At Taubah menjadi satu. Mi'in ialah surah-surah kedua panjang selepas tujuh surah yang utama. Dinamakan Mi'in kerana surah-surah ini mengandungi lebih seratus ayat atau kurang sedikit daripadanya. Al-Mathani ialah ayat-ayat yang selepas mi'in(Lebih kurang dua puluh surah yang berulang-ulang) dan selebihnya dikenal sebagai surah Mufassal yang bermakna "yang menjelaskan"(Fathul Bari)

Hadis 028

Dari Abdul Malik bin Umair rah.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: mengenai Surah Fatihah ia adalah penyembuh segala penyakit. (HR Darami)

Hadis 029

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu membaca "Amin" Para Malaikat dilangit juga akan berkata "Amin". Barangsiapa menyamai aminnya maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu.(HR Bukhari)

Hadis 030

Dari Nawwas bin Sam'an ra meriwayatkan bahawa beliau mendengar baginda Rasulullah saw bersabda: Pada Hari Kiamat akan diberikan Al-Qur'an kepada ahli-ahlinya iaitu mereka yang mengamalkan Al-Quran, didahului dengan surah Al-Baqarah, kemudian surah Al-Imran. (HR Muslim)

Hadis 031

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Janganlah jadikan rumah-rumah kamu sebagai perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah. (HR Muslim)

Hadis 032

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah dua surah yang bercahaya iaitu surah Al-Baqarah dan surah Al-lmran, kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari Kiamat seperti dua awan atau dua naungan, atau dua kelompok burung yang bersaf-saf sebagai pembela bagi orang yang membacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana membaca dan memahaminya adalah berkah, dan meninggalkannya akan menyesal dan tidak bermenafaat bagi orang yang berniat jahat. Muawiah berkata: Telah dilapurkan kepadaku bahawa orang-orang yang berniat jahat ialah tukang-tikang sihir (Barangsiapa membaca surah Al-Baqarah secara istiqamah akan terselamat dari segala bentuk sihir) (HR Muslim)

Hadis 033

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Di dalam surah Al-Baqarah terdapat satu ayat yang menjadi ketua kepada segala ayat. Barangsiapa yang membacanya di dalam rumah nescaya akan keluar semua syaitan-syaitan daripadanya. Dia itu ialah Ayatul Kursi. (HR Musnad Hakim)

Hadis 034

Dari Abu Hurairah ra berkata: Aku telah dipilih sebagai amil zakat dibulan Ramadhan, tiba-tiba datang seorang yang mengambil segenggam makanan, lantas aku menangkapnya dan mengatakan pasti aku akan membawanya kehadapan Rasulullah. Orang itu menjawab: Aku orang miskin, aku mempunyai anak-anak yang menggantungkan hidupnya kepadaku. Mendengarkan rayuannya maka aku membiarkannya pergi. Pada waktu pagi Nabi bertanya: Abu Hurairah! Apa yang telah dibuat oleh tawananmu malam tadi? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Dia mengeluh dalam kesusahan yang amat sangat dan dia mempunyai anak yang bergantung kepadanya, dan aku merasa kasihan kepadanya lalu melepaskannya. Baginda saw bersabda: Berwaspadalah, sesungguhnya dia berbohong dan dia akan datang lagi.

Aku yakin dia akan datang kembali kerana Rasulullah telah memberitahu kepadaku. Aku menunggu kedatangannya. Apabila ia datang dan mulai mengambil segenggam makanan aku telah menangkapnya dan memberitahu akan ku lapurkan kepada Rasululah saw. Ia berkata: Lepaskanlah aku! Aku dalam kesempitan dengan tanggungan anak-anakku, aku tidak akan datang lagi, Aku kasihan lantas aku lepaskan dia. Keesokan paginya Nabi saw bertanya: Wahai Abu Hurairah! Apa yang telah berlaku pada tawananmu malam tadi? Aku menjawab; Ya Rasulullah, dia mengeluh dalam kemiskinan dan kesempitan, dan aku merasai kasihan dan aku lepaskan dia pergi. Rasulullah bersabda: Berhati-hatilah! Dia bercakap bohong dan dia akan datang lagi.

Maka aku menunggu kali ketiga. Apabila dia datang dan mengambil segenggam, dari barang makanan maka aku telah menangkapnya. Aku berkata: Aku akan bawa kamu kepada Nabi dan inilah kali terakhir kedatanganmu, telah tiga kali kamu datang, yang mana kamu berjanji tidak akan datang lagi! Orang itu berkata: Lepaskanlah aku! Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu kalimat yang mana Allah akan memberi menafaat kerananya? Aku berkata: Apakah kalimat itu? Orang itu berkata: "Apabila kamu pergi ke tempat tidurmu maka bacalah Ayatul Kursi sehingga akhir, sesungguhnya Allah akan menjaga kamu dengannya. Syaitan tidak akan dapat menghampiri kamu sehingga ke pagi". Selepas mendengarnya lantas aku lepaskan dia.

Keesokan paginya Nabi saw bertanya: Wahai Abu Hurairah, apakah yang kamu buat pada tawanan kamu malam tadi: Ya Rasulullah dia telah mengajarkan kepadaku satu kalimat yang Allah memberi menafaat kepadaku, lantas aku lepaskan dia. Apakah kalimah itu? Aku menjawab: Dia mengajarkan kepadaku apabila datang ke tempat tidurku hendaklah membaca ayatul Kursi sehingga akhir, dimana syaitan tidak dapat menghampiri sehingga ke pagi. Dan ia adalah sebaik-baik pengawal di waktu malam. Nabi bersabda: Sesungguhnya dia telah berkata benar kepadamu sedangkan dia adalah seorang pembohong besar. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu dengan siapakah kamu bercakap-cakap selama tiga malam, yang datang kepadamu itu? Aku berkata: Tidak! Nabi saw bersabda: Itulah syaitan (yang datang mencuri dan menipu dengan tipu dayanya) (HR Bukhari)

Dalam satu riwayat yang lain hadrat Abi Ayub Al Ansori ra berkata barang siapa membacakan ayatul qursi di dalam rumahnya maka syaitan tidak akan memasuki ke dalam rumahnya begitu juga dengan perbuatan sihir dan lain-lainnya. (HR Tarmizi )

Hadis 035

Dari Ubai bin Kaab ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Wahai Aba Mundzir! (Nama panggilan bagi Ubai bin Kaab). Tahukah kamu apakah ayat dari kitabullah yang paling tinggi dan agung sekali? Aku menjawab; Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Kemudian baginda bertanya lagi: Wahai Aba Mundzir tahukah kamu apakah ayat dari kitabullah yang paling tinggi sekali? Maka aku menjawab: (Ayatul Kursi) Kemudian baginda menepuk dadaku sambil bersabda: Semoga Allah swt memberkati Ilmu yang ada pada kamu, wahai Aba Munzir! (HR Muslim)s

Hadis 036

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Setiap sesuatu terdapat keunggulannya(Paling utama dan istimewa). Keunggulan Al-Qur'an ialah surah Al-Baqarah, dan di dalamnya terdapat satu ayat yang menjadi penghulu kepada semua ayat Al-Qur'an yaitu Ayatul. (HR Tirmizi)

Hadis 037

Dari Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa satu ketika Hadzrat Jibril as duduk bersama-sama Nabi saw tiba-tiba terdengar satu suara yang kuat dari langit. Jibril as mengangkat mukanya dan berkata: Sebuah pintu telah terbuka pada hari ini yang tidak pernah dibuka sebelumnya. Dan seorang malaikat telah diturunkan melaluinya yang tidak pernah turun kedunia sebelumnya. Malaikat ini datang dan mengucapkan salam dan berkata: Khabar gembira kepada kamu, kamu telah diberi dua cahaya yang belum pernah diberi kepada seorang nabi sebelum ini. Satu ialah surah Fatihah dan kedua ialah dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah. Tidak kamu membaca satu huruf daripadanya kecuali akan diberi ganjarannya. (HR Muslim)

Hadis 038

Dari Nukman bin Bashir ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt telah menulis kitab dua ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Di antara ayat yang terkandung di dalam kitab-kitab itu ialah dua ayat yang terakhir daripada surah Al-Baqarah. Barangsiapa membaca dua ayat ini selama tiga malam di dalam rumahnya nescaya tidak akan dimasuki syaitan didalamnya. (HR Tirmizi)

Hadis 039

Dari Abu Masood Ansari ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir surah Al-Baciarah pada waktu malam sudah cukup baginya. (HR Tirmizi)

Keterangan:
Cukup dengan membaca dua ayat ini bermaksud pembacanya akan terhindar dari segala bentuk keburukan dan malapetaka. Kedua ialah dua ayat ini cukup sebagai ganti sembahyang Tahajjud. (Nawawi)

Hadis 040

Dari Saddad bin Aus ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Tidaklah seorang muslim yang pergi tidur dan membaca satu surah dari kitab Allah melainkan Allah swt menugaskan seorang malaikat untuk menjaganya dan tiada suatu yang dapat menyakitinya sehinggalah dia terjaga dari tidurnya. (HR Tirmizi)