Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 041

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca (Al-Quran) pada suatu malam sebanyak seratus ayat akan dikira sebagai orang-orang yang beribadat sepanjang-panjang malam. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 042

Dari Fudhalah bin Ubaid ra dan Tamimdari ra meriwayatkan dari Nabi saw bersabda: Barangsiapa membaca sepuluh ayat pada suatu malam akan dituliskan baginya satu Qintar. Dan satu Qintar lebih baik dari dunia dan seisi-isinya. (HR Tabrani)

Hadis 043

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca sepuluh ayat pada suatu malam tidak akan digolongkan dikalangan orang-orang yang lalai. (HR Hakim)

Hadis 044

Dari Abu Musa Al-Ashari ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya aku dapat mengenal suara dari sahabat-sahabat Ashariyin ketika mereka membaca Al-Qur'an dimalam hari. Aku dapat mengenal mereka dari bacaan Al-Qur'annya walaupun aku tidak melihat mereka pada slang hari ketika mereka balik kerumah-rumah mereka. (HR Muslim)

Hadis 045

Dari Jabir4 meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang khuatir tidak dapat berjaga di waktu malam hendaklah dia bersembahyang sunat witir di akhir daripada malam (sebelum dia tidur). Sesungguhnya pembacaan Al-Qur'an di akhir malam, malaikat akan datang dan membaca Al-Qur'an di waktu itu adalah lebih afdhal. (HR Tirmizi)

Hadis 046

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah Al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. (HR Tirmizi)

Hadis 047

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah Al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah AI-Kahfi. (HR Muslim)

Hadis 048

Hazrat Tsauban ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa membaca sepuluh ayat akhir Surah Al Kahfi, sesungguhnya ia menghindarkan orang yang membacanya dari fitnah Dajjal". (HR Nasa'i)

Hadis 049

Dari Ali ra berkata; Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang, walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya. (Tafsir Ibnu Kathir)

Hadis 050

Dari Abu Said Al-Khudri ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi(dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dia tidak dapat menguasainya. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 051

Hazrat Ma'qil Bin Yasar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Surah Al Baqarah ialah tiang Al Quran dan yang terunggul. Bersama setiap ayat turun lapan puluh malaikat mengiringinya serta keluar ayat

(Ayat Kursi) dari bawah Arasy, lalu dicantumkan kepada Surah Al Baqarah. Sedangkan Surah Yaasin pula ialah hati Al Quran. Barangsiapa membacanya semata-mata kerana Allah Tabaraka Wataala dan Darul Akhirat, diampunkan dosa-dosanya, dan bacakanlah ia ke atas orang-orang yang hampir meninggal dunia(supaya mudah keluar ruhnya)". (HR Ahmad)

Keterangan:
Dari hadis ini dinyatakan bahawa Surah Al Baqarah ialah surah yang terunggul kerana di dalam surah ini terdapat asas-asas dalam Islam, akidah dan hukum ahkam syarak seceara terperinci berbanding surah-surah yang lain di dalam al Quran. (Maariful hadis)

Hadis 052

Dari Jundub ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca surah Yaasin pada waktu malam, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, akan diampuni baginya. (HR lbnu Hibban)

Hadis 053

Dari Abdullah ibn Mas'ud ra berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca surah Waqi'ah setiap malam kemiskinan tidak akan menimpanya. (HR Baihaqi)

Hadis 054

Dari Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak akan tidur sehingga beliau membaca Alif Laam Miim Tanziil (surah As-Sajdah) dan Tabarokallazi (surah Al-Mulk). (HR Tirmizi)

Hadis 055

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya di dalam Al-Qur'an terdapat satu surah yang mengandungi tiga puluh ayat, yang akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga diampuni dosa-dosanya iaitulah surah Tabarokallazi biyadihil mulku. (HR Tirmizi)

Hadis 056

Dari Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah memasang khemah di atas perkuburan, dalam keadaan mereka tidak mengetahui terdapatnya sebuah kubur di situ. Tiba-tiba mereka mendengar suara orang membaca surah Tabarokallazi sehingga ayat yang terakhir, daripada kubur tersebut. Lantas beliau menemui Nabi saw dan berkata; Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku telah memasang sebuah khemah dalam keadaan aku tidak mengetahui di situ adalah tanah perkuburan. Tiba-tiba aku mendengar suara orang membaca surah Tabarokallazi dari kubur tersebut. Nabi saw bersabda: Sesungguhnya surah ini menghalang daripada azab Allah dan penyelamat bagi azab kubur. (HR Tirmizi)

Hadis 057

Dari lbnu Mas'ud ra berkata: Azab kubur akan datang pada seseorang itu melalui kakinya. Kaki akan berkata: Kamu tidak ada jalan untuk mendatangiku dari arah kaki kerana dia telah membaca surah "Mulk". Kemudian dia datang ke arah dada atau perut. Kemudian keduanya akan berkata: Kamu tidak ada jalan untuk mengazab aku dari arah ini kerana dia telah membaca surah `Mulk'. Kemudian azab datang ke arah kepala pula. Kepala akan berkata: Kamu tidak ada jalan untuk mengazab aku dari arah ini, kerana dia telah membaca surah `Mulk'. (Hadzrat Abdullah bin Masud berkata) Surah `Mulk' ini akan menghalang azab kubur. Di dalam Taurat ia dinamakan sebagal surah `Mulk. Barangsiapa membacanya pada waktu malam akan mendapat banyak ganjaran. (Mustadrak Hakim)

Hadis 058

Dari Abdullah bin Umar ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa ingin melihat peristiwa hari kiamat di hadapan matanya hendaklah dia membaca ayat Idhas samsu kuwwirat - Surah (At Takwir 81) ayat Idhas samaun fatarat - Surah (Infithar 82) dan ayat Idhas soma un shaqqat -Surah (Insyiqaq 84) (kerana surah-surah ini banyak mengandungi kedahsyatan hari Kiamat). (HR Tirmizi)

Hadis 059

Dari lbnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Surah Idha zulzilat menyamai separuh daripada Al-Qur'an, surah(Al lkhlas ) ayat: qul huaallahu ahad menyamai satu pertiga daripada Al-Qur'an dan surah(Kafirun) ayat : Qui ya iayuhal kafirun menyamai satu perempat daripada Al-Qur'an. (HR Tirmizi)

Keterangan:
Al-Qur'an telah menerangkan kepada manusia tentang kehidupan di dunia dan di akhirat. Surah (At Takwir) izaazulzilzat telah menerangkan kehidupan akhirat, apa yang akan berlaku kepada manusia di akhirat. Oleh itu surah ini menyamai separuh daripada Al-Qur'an. Surah(al Ikhlas) qul huallahu ahad menyamai satu pertiga daripada Al-Qur'an kerana ia mengandungi asas-asas kehidupan yang terbahagi kepada tiga; Kejadian-kejadian, hukum-hakam dan tauhid. Surah ini menggambarkan tentang keEsaan Allah. Surah( Kafirun): qul ya iayuhal kaffirun menyamai satu perempat daripada Al-Qur'an kerana pada pemahamannya terdapat empat perkara yang asas; KeEsaan kepada Allah, kenabian, hukum-hakam dan kejadian-kejadian. Setengah ulama mengatakan bahawa ketiga-tiga surah ini bersamaan dengan separuh, sepertiga, seperempat adalah mengenai pahala ganjaran bagi pembacanya. (Mazahir Hag)

Hadis 060

Dari Ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidakkah kamu mampu membaca seribu ayat pada setiap hari? Mereka berkata: Siapa di antara kami yang boleh berbuat demikian? Nabi saw bersabda: Jika tidak, tidakkah kamu mampu membaca surah (At Takathur): al ha kumut takathur(kerana membaca surah ini ganjarannya sama dengan membaca seribu ayat dart Al-Qur'an) (HR Mustadrak Hakim)