Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 061

Dari Naufal ra berkata Nabi saw bersabda: Bacalah surah (Kafirun) "Qulya Ayyuhal Kafirun" kemudian tanpa berkata-kata terus tidur, kerana sesungguhnya surah ini menghindarkan dari syirik. (HR Abu Daud)

Hadis 062

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda kepada seorang lelaki: Wahai Fulani Adakah kamu sudah berkahwin? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah! Saya belum berkahwin. Saya orang miskin, tidak ada harta, bagaimanalah saya dapat berkahwin. Nabi bertanya: Tidakkah kamu hafal surah Al-lkhlas? Dia menjawab: Ya! Saya hafal. Nabi bersabda: Ini(ganjarannya) menyamai satu pertiga daripada Al-Qur'an. Tidakkah kamu hafal surah An Nasru ("Idza Jaa-Anasrullahiwal Fath")? Dia menjawab: Ya, saya hafal! Nabi bersabda: Surah ini(ganjarannya) menyamai satu perempat dari AI-Qur'an. Tidakkah kamu hafal surah Al Kafirun (Qulyaa ayyuhal Kaafiruun)? Dia menjawab; Ya, saya hafal! Nabi bersabda: Surah ini(ganjarannya) menyamai satu perempat dari AI-Qur'an. Tidakkah kamu hafal surah (Izaa zulzilatil Ardhu)? Dia menjawab; Ya, saya hafal! Nabi saw bersabda: Ini(ganjarannya) menyamai satu perempat dari Al-Qur'an. Kahwinlah kamu! Kahwinlah kamu! (HR Tirmizi)

Keterangan:
Maksud kepada sabdaan baginda saw ialah kalaulah kamu dapat menghafal surah-surah ini, bermakna kamu seorang yang kaya, oleh itu kamu boleh berkahwin.

Hadis 063

Dari Abu Hurairah ra menceritakan bahawa satu ketika aku bersama-sama Nabi saw kesatu tempat. Baginda saw mendengar seorang lelaki membaca surah Al-Ikhlas. Lantas baginda saw bersabda: Sudah Wajib! Aku bertanya: Apakah yang telah wajib ya Rasulullah? Baginda saw menjawab: Sudah wajib baginya syurga. Aku ingin untuk memberitahu berita gembira ini kepada pemuda tersebut, tetapi aku takut tertinggal waktu makan bersama baginda saw lantas aku kemudiankan niatku itu(kerana makan bersama nabi adalah satu kemuliaan). Kemudian aku pergi ketempat pemuda itu tetapi pemuda itu telah meninggalkan tempat itu. (HR Malik)

Hadis 064

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Adakah di antara kamu yang tidak berkemampuan untuk membaca satu pertiga daripada Al-Qur'an dalam satu malam? Mereka menjawab: Bagaimana kami dapat membaca satu pertiga Al-Qur'an? Nabi bersabda: Qul huwalla hu ahad adalah bersamaan dengan satu pertiga daripada Al-Qur'an. (HR Muslim)

Hadis 065

Dari Muaz ibn Anas Al-Juhaniy ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa membaca surah Al-lkhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. Umar Ibn Khattab ra berkata: Ya Rasulullah! Kalau begitu saya akan membaca dengan lebih banyak lagi!". Nabi menjawab: Allah sebaik-balk pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR Musnad Ahmad)

Hadis 066

Dari Aishah r.ha menceritakan bahawa satu ketika baginda saw menghantar seorang lelaki sebagai amir jemaah dalam satu ketumbukan tentera. Orang itu mengimami sembahyang bagi mereka dan setiap kali membaca surah akan diakhiri dengan membaca surah "Qul huallahu ahad". Sekembalinya(ke Madinah) mereka menceritakan hal itu kepada nabi. Baginda berkata: Tanyalah kepadanya kenapa dia berbuat demikian. Mereka bertanya kepada lelaki tersebut kenapa berbuat demikian. Lelaki itu menjawab oleh kerana di dalam surah Al-lkhlas itu menerangkan sifat-sifat Ar-Rahman maka dia sangat mencintai dan suka untuk membacanya. Nabi saw bersabda: Beritahulah kepada orang itu bahawa Allah juga mencintainya. (HR Bukhari)

Hadis 067

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa telah menjadi satu amalan nabi saw apabila pergi ke tempat tidurnya beliau akan menadahkan kedua belah tapak tangannya dan membacakan surah (Al-Ikhlas) (Qul Huwallahuahad', ( Al-Falaq )Qul a'udzu birabbil falaq, dan (An-nas) Qul a' udzubirabbin Naas) sebanyak tiga kali kemudian beliau akan menghembuskan pada tangannya dan menyapukan pada seluruh anggota badannya bermula dari kepalanya, mukanya, kemudian di anggota sebelah hadapannya. Beliau akan berbuat demikian sebanyak tiga kali. (HR Abu Daud)

Hadis 068

Abdullah bin Hubaib ra menceritakan bahawa sekali baginda saw bersabda kepadaku: Katakanlah! Aku diam. Baginda saw bersabda lagi: Katakanlah! Aku diam. Kemudian bersabda lagi: Katakanlah! Aku bertanya: Apakah yang harus aku kata Ya Rasulullah? Nabi saw bersabda: Bacalah surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang sebanyak tiga kali. Surah ini cukup bagi kamu dari segala bencana. (HR Abu Daud)

Keterangan:
Sebahagian ulama menyatakan kalaulah tidak dapat membaca dengan banyak, paling kurang membaca tiga surah ini di waktu pagi dan petang. Insyaallah akan terhindar dari segala malapetaka. (Syarah Tibi)

Hadis 069

Dari Uqbah bin Amir ra meriwayatklan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Wahai Uqbah bin Amir! Bagimu tidak ada satu surah yang lebih dicintai Allah dan lebih cepat penerimaannya melainkan surah Al-Falaq. Oleh itu selagi mana kamu boleh, janganlah kamu tinggalkan pembacaannya di dalam sembahyangmu. (HR Ibn Hibban)

Hadis 070

Dari Uqbah bin Amir ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Wahai Uqbah bin Amir! Tidakkah kamu tahu bahawa Allah telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan seumpamanya sebelum ini pada malam tadi? Ayat itu ialah Qul A'udzubirabbil Falaq dan Qui A' udzubirabbin Naas. (HR Muslim)

Hadis 071

Hazrat Uqbah Bin Amir ra meriwayatkan bahawa, "Tatkala aku berada di dalam perjalanan bersama Rasulullah saw di antara Juhfah dan Abwa'. Tiba-tiba datang angin kencang dan keadaan serta-merta diselubungi gelap-gelita. Lantas Baginda saw membaca dua surah sebagai memohon perlindungan iaitu Surah Al Falaq dan surah An Naas. Kemudian Baginda saw bersabda kepadaku, "Wahai Uqbah! Mohonlah perlindungan dengan membaca dua surah ini. Tidak terdapat ayat perlindungan yang lebih diterima perlindungannya dari seumpamanya". Hazrat Uqbah ra berkata, "Aku dengar Rasulullah saw membaca kedua surah tersebut ketika mengimami solat kami". (HR Abu Daud)

Keterangan:
Juhfah dan Abwa' ialah dua tempat termasyhur yang terletak di perjalanan di antara Mekah dan Madinah. (Badhal Majhud)

Hadis 072

Daripada Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Tiada satu amal yang dapat menyelamatkan manusia dari azab Allah yang lebih daripada zikrullah. Ketika ditanya: Walaupun Jihad di Jalan Allah? Nabi saw bersabda: Walau pun Jihad Fi Sabilillah tidak dapat menandingi Zikrullah, kecuali dia berjuang dengan berani memukul dengan pedangnya ke sana ke mari sehingga pedangnya patah. (HR Tabrani)

Hadis 073

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda Allah swt berfirman: Aku adalah sebagaimana sangkaan hambaKu kepadaKu. Apabila dia mengingatiKu, Aku akan sentiasa bersama dengannya. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya, Aku akan mengingati nya di dalam hatiKu. Jika dia mengingatiKu di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak ramai yang lebih baik daripada mereka(yakni dari kalangan para malaikat). Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Jika dia menghampiriKu sehasta, Aku akan menghampirinya sedepa. Jika dia datang kepadaku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari. (HR Ibn Majah)

Hadis 074

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt berfirman: Aku akan sentiasa bersama hambaKu selagimana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu. (HR Ibnu Majah)

Hadis 075

Dari Abdullah bin Busrin ra meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada baginda Rasulullah saw: Ya Rasulullah, sesungguhnya hukum-hukum Islam telah banyak(yang semestinya kami amalkan tetapi) berikanlah kepada ku satu amal supaya tetap menjadi amalanku. Baginda saw bersabda: Janganlah putus-putus lidah kamu basah dari mengingati Allah. (HR Tirmizi)

Hadis 076

Dari Muaz bin Jabal ra menceritakan bahawa kali terakhir percakapanku bersama baginda Rasulullah saw dan perpisahan ku dengannya ialah ketika aku bertanya: Ya Rasulullah, khabarkanlah kepadaku apakah satu amalan yang lebih afdhal disisi Allah? Dalam satu riwayat yang lain: Ya Rasulullah! Khabarkanlah kepadaku apakah amalan yang lebih baik dan lebih menghampirkan aku kepada Allah? Nabi saw bersabda: Kamu mati dalam keadaan lidahmu basah mengingati Allah swt(dan ini hanya akan berlaku apabila semasa hidupnya istiqamah berzikir kepada Allah). ( Amalal Yaum Bazzar)

Keterangan:
Maksud "perpisahanku dengannya" ialah ketika baginda Rasulullah saw menghantar Muaz bin Jabal ra sebagai gabenor ke negeri Yaman. Di akhir pertemuan itu jugalah hadith ini diperkatakan.

Hadis 077

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Tidakkah aku khabarkan kepada mu sebaik-baik amalan bagimu, lebih suci di sisi Tuhanmu, dan lebih meninggikan darjatmu, lebih baik bagi kamu daripada membelanjakan emas dan perak, lebih baik dari jihad memerangi musuh, kamu membunuhnya dan dia membunuhmu, Para sahabat ra berkata: Bahkan! Beritahulah kepada kami! Nabi saw bersabda: Amal itu ialah berzikir kepada Allah. (HR Tirmizi)

Hadis 078

Dari Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Empat perkara barangsiapa mendapatinya sesungguhnya dia telah rnendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar dalam menanggung kesusahan, isteri yang sentiasa menjaga dari khianat pada dirinya dan pada harta suaminya. (HR Tabrani)

Hadis 079

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hambaNya KeehsananNya dan sedaqah. Dan tiada keehsanan yang lebih balk daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)

Hadis 080

Dari Hanzolah Usaidi ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Aku bersumpah demi yang nyawaku ditanganNya kalaulah kamu merasai sebagaimana aku rasai dan berada di tempatku dalam mengingati Allah nescaya para malaikat akan sentiasa berjabat tangan denganmu sehingga ketempat tidurmu dan di jalan-jalan yang kamu lalui. Tetapi wahai Hanzalah keadaan ini jarang terjadi. Baginda saw mengulangi perkataan ini tiga kali(lni bermakna manusia tidak berada di dalam satu keadaan dan ia sentiasa berubah-uban mengikut keadaan) (HR Muslim)