Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 101

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya. Para sahabat bertanya apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda saw menjawab: Majlis-majlis zikirullah. (HR Tirmizi)

Hadis 102

Dan Muawiah ra meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah saw datang ke sualu majlis para sahabat dan bersabda: Apakah yang menyebabkan kamu duduk berkumpul di sini? Mereka menjawab: Kami duduk disini untuk berzikir kepada Allah, dan memujiNya yang telah memberi petunjuk kepada kami dalam Islam dan menganugerahkan kepada kami segala nikmat. Nabi saw bertanya: Demi Allah! Adakah hanya kerana ini kamu duduk di sini? Sahabat r.hum menjawab: Demi Allah! Hanya kerana ini kami duduk disini. Nabi saw bersabda: Aku bersumpah bukan kerana ragu terhadap mu tetapi sebenarnya ialah Jibrail as telah datang kepadaku dan memberitahu bahawa kerana kamu Allah swt telah berbangga-bangga di kalangan para malaikatNya. (HR Muslim)

Hadis 103

Dari Abu Razin ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Tidakkah aku khabarkan kepadamu beberapa perkara asas yang mana kamu akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat? Hendaklah kamu duduk di dalam majlis-majlis ahli zikir, dan apabila kamu bersunyi diri hendaklah kamu menggerakkan lidah kamu setakat mana yang kamu mampu untuk berzikrullah. (HR Baihaki)

Hadis 104

Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw ditanya: Siapakah orang yang baik untuk kami duduk bersama dengan mereka? Baginda saw menjawab: Orang yang apabila kamu melihatnya kamu teringat akan Allah. Yang mana perkataannya meningkatkan lagi amalan kamu, dan orang yang amalannya menjadikan kamu teringat akan akhirat. (HR Abu Ya'la, Majma az Zawaaid)

Hadis 105

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa berzikir kepada Allah swt dan kerana ketakutannya kepada Allah swt mengalir air matanya hingga jatuh ke bumi, Allah swt tidak akan mengazabnya pada hari Kiamat. (HR Hakim)

Hadis 106

Dari Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Tidak ada yang dicintai oleh Allah swt lebih dari dua titisan dan dua kesan. Titisan ialah satu titisan air mata kerana takut kepada Allah. Kedua ialah titisan darah yang mengalir di Jalan Allah. Dan dua kesan ialah kesan yang terjadi di Jalan Allah(seperti parut-parut luka atau kesan cedera yang berlaku di Jalan Allah) dan kedua ialah kesan dari melaksanakan perintah-perintah Allah yang fardhu(seperti tanda-tanda sujud atau kesan perjalanan haji dan lain-lain) (HR Tirmizi)

Hadis 107

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Tujuh golongan akan berada dibawah naungan rahmat Alah swt pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. (Pertama) Raja yang adil, (kedua) pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah. (Ketiga): Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid. (Keempat) dua orang yang berkasih sayang semata mata kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. (Kelima): Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah. (Keenam) Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Dan (Ketujuh) seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata. (HR Bukhari)

Hadis 108

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis yang tidak menyebut nama Allah swt dan tidak berselawat kepada nabi saw maka majlis itu akan menjadi sebab kerugian pada hari kiamat. Maka sekiranya mahu, Allah swt mengazab mereka dan sekiranya mahu, mengampunkan mereka. (HR Tirmizi)

Hadis 109

Dori Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis yang tidak menyebut nama Allah swt maka majlis itu akan membawa kerugian kepadanya. Begitu juga seorang yang berbaring yang tidak berzikir kepada Allah swt maka baringnya juga akan membawa kerugian kepadanya. (HR Abu Daud)

Hadis 110

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis tanpa berzikir kepada Allah swt, dan tidak berselawat kepada nabi saw maka pada hari kiamat kelak apabila melihat kepada ganjaran(zikir dan selawat) nescaya akan menyesal. Walaupun dia dapat memasuki syurga (melalui amal-amal kebaikan yang lain). (HR Ibnu Hibban)

Hadis 111

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa bangun meninggalkan majlis yang tidak menyebut nama Allah swt adalah seumpama seorang yang bangun dari bangkai keldai di sisinya dan pada hari kiamat kelak dia akan menyesal kerananya." (HR Abu Daud)

Keterangan:
Menjadi sebab kepada penyesalan pada hari kiamat ialah kerana dalam satu majlis sudah pasti tidak terlepas dari perkataan yang sia-sia. Namun dalam majlis yang menyebut nama Allah ia akan menjadi pelindung dari tangkapan Allah. (Bazal Majhud)

Hadis 112

Dari Sa'di ra menceritakan bahawa satu ketika kami duduk bersama-sama Nabi saw. Nabi saw bersabda: Adakah salah seorang daripada kamu sanggup melakukan kebaikan seribu kali setiap hari? Salah seorang daripada kami yang duduk di majlis itu bertanya: Bagaimana seseorang boleh memperolehi seribu kebaikan setiap hari? Nabi saw bersabda: Bertasbih(subhanallah) seratus kali akan dituliskan ganjaran untuknya seribu kebaikan. Dan seribu dosa akan dimaafkan. (HR Musliim)

Hadis 113

Dari Nu'man ibn Basyir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Di antara perkataan-perkataan dengan mana kamu memuji Allah adalah: Subhaanallah, Laailaahaillallah, Alhamdulillah - Kalimah ini berpusing-pusing mengelilingi Arasy Allah dan bunyinya seperti suara lebah. Dengan cara yang sama tasbih-tasbih ini menyebutkan orang yang membacanya kepada Allah. Tidak sukakah kamu bahawa ada orang yang sentiasa mengingat kamu di hadapan Allah? (HR Ibnu Majjah)

Hadis 114

Hazrat Yusairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda kepada kami, "Hendaklah kamu sentiasa bertasbih, bertahlil, bertaqdis dan hitunglah tasbih-tasbih ini dengan jari-jari kamu kerana ia akan ditanya(apakah amalan yang kamu telah lakukan dengannya dan sebagai jawapannya) berkata: Untuk melakukan kebaikan, dan janganlah kamu lalai dari mengingati Allah swt atau kamu akan kehilangan rahmat Allah ta'ala". (HR Tirmizi)

Hadis 115

Dari Abdullah ibn Amr ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca

maka akan di tumbuhkan baginya sebatang pokok kurma di syurga. (HR Bazzar, Majma uz Zawaaid)

Hadis 116

Dari Abu Zan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ditanya; Ucapan manakah yang paling baik? Baginda saw menjawab: Ucapan yang Allah swt pilih bagi para malaikatNya dan hambaNya iaitu : Subhanallahi wabihamdihi ". (HR Muslim)

Hadis 117

Dari Abu Talhah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa mengucapkan Laailaaha illallah, dia akan memasuki syurga atau syurga wajib baginya. Dan barangsiapa mengucapkan"Subhanallahi wabihamdihi" seratus kali, maka 124'000 kebaikan akan ditulis baginya. Para sahabat r.hum bertanya; Wahai Rasulullah! Jika demikian, maka (pada hari kiamat)tiada seorang dari kami yang akan binasa(kerana kebaikan akan melebihi dosa-dosa)? Nabi saw menjawab: (Sebahagian manusia akan tetap binasa)Mereka akan datang dengan membawa begitu banyak kebaikan yang jikalau kebaikan-kebaikan ini diletakkan di atas sebuah gunung nescaya ia akan hancur, tetapi apabila dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah swt semua kebaikan itu akan habis. Kemudian akan diberi pertolongan oleh Allah swt bagi mereka yang dikehendaki semata-mata dengan rahmatNya. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 118

Dari Abu Zar ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidakkah aku beritahukan kepada kamu ucapan yang paling dikasihi Allah? Aku menjawab; Wahai Rasulullah! Beritahukanlah kepadaku ucapan yang paling dikasihi Allah. Rasulullah saw bersabda: Ucapan yang paling dikasihi Allah adalah: "Subhanallahi wabihamdihi". (HR Muslim)

Dalam riwayat yang lain mengatakan, ucapan yang paling disukai Allah adalah "Subhaana Rabbi wabihamdihi. (HR Tirmizi)

Hadis 119

Dari Jabir ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang membaca: "Subhanallahil Aziim wabihamdihi" (Mahasuci bagi Allah yang Maha Agung dan segala pujian baginya) maka akan tertanam baginya sebatang pohon kurma di syurga. (HR Tirmizi)

Hadis 120

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Dua kalimah yang sangat dikasihi oleh Ar-Rahman, sangat ringan pada lidah, dan sangat berat di timbangan. Kalimah itu ialah

(HR Bukhari)