Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 121

Dari Safiyyah r.ha menceritakan bahawa Rasulullah saw mengunjungiku di mana di hadapanku ada empat ribu biji kurma dan aku sedang bertasbih memuji Allah. Baginda Rasulullah saw bersabda: Wahai puteri Huyai! Apa ini? Aku menjawab: Biji-biji yang ku gunakan untuk bertasbih kepada Allah. Baginda saw bersabda: Semenjak aku berdiri di sisimu aku telah bertasbih lebih banyak daripada ini. Aku berkata: Ya Rasulullah, ajarkanlah kepadaku, Baginda saw bersabda:

Ertinya: Apa sahaja yang Allah ciptakan daripada sesuatu semuanya mensucikan Allah swt (Mustadrak Hakim)

Hadis 122

Dari Juwairiah r.ha meriwayatkan bahawa sekali baginda saw meninggalkan beliau ketika beliau sedang duduk berzikir di tempatnya selepas sembahyang subuh. Baginda saw datang semula selepas beliau bersembahyang sunat Dhuha' dan dia masih tetap duduk di tempatnya. Baginda saw bertanya: Adakah kamu masih berada di tempat dudukmu ketika aku tinggalkan kamu tadi? Aku berkata: Benar, Aku telah membaca empat kalimat selepas meninggalkan kamu tadi sebanyak tiga kali, kalaulah ditimbang empat kalimat ini dengan apa yang engkau baca nescaya kalimat ini lebih berat lagi. Kalimat itu ialah:

(HR Muslim)

Hadis 123

Hazrat Saad Bin Abu Waqqas ra meriwayatkan bahawa, beliau bersama Rasulullah saw menemui seorang sahabiah ketika itu di hadapannya terdapat biji-biji kurma atau batu-batu kecil yang dia gunakan untuk mengira-ngira zikirnya. Maka Nabi saw bersabda: "Aku akan memberitahukan kamu sesuatu yang lebih mudah daripada yang sedang kamu lakukan ini atau lebih afdal?" Lalu Baginda saw bersabda:

Ertinya: Aku bertasbih kepada Allah sebanyak mana makhluk-makhluk di langit. Aku bertasbih kepada Allah sebanyak mana makhluk-makhluk di bumi. Aku bertasbih kepada Allah sebanyak mana makhuk-makhluk di antara keduanya. Aku bertasbih kepada Allah sebanyak makhluk-makhluk yang akan diciptakan. Kemudian Nabi s.a.w bersabda, "Begitulah seterusnya dengan kalimah Allahu Akbar, Alhamdulillah. Laahilaha Ilallah dan Wala haula wala quwatta illa billah....iaitu selepas membaca kalimah-kalimah tersebut disambung dengan A'dada maa khalkihi fissamaai dan A'dada maa Khalka fil arti dan A'dada maa hua khalik dan A'dada maa khala baina zaalik diakhirnya." (HR Abu Daud)

Hadis 124

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy ra meriwayatkan satu ketika baginda Rasulullah saw datang ketika aku sedang duduk berzikir dengan menggerak-gerakkan mulutku. Baginda saw bertanya: Apakah yang menyebabkan bibirmu bergerak-gerak? Aku menjawab: Aku sedang berzikir. Baginda saw bersabda: Tidak sukakah engkau apabila aku memberitahu kamu ucapan yang jikalau kamu membacanya, bahkan zikirmu siang dan malam itu tidak dapat menyamai ucapan-ucapan itu? Aku menjawab; Beritahukanlah kepadaku! Rasulullah saw bersabda: Ucapkanlah:

"Segala pujian bagi Allah sebagaimana banyaknya sesuatu yang tercatit di dalam kitabNya, Segala pujian bagi Allah sebagaimana banyaknya sesuatu yang diciptaNya. Segala pujian bagi Allah sebanyak mana memenuhi apa yang diciptaNya. Segala pujian bag! Allah sebanyak mana sesuatu yang memenuhi ruang langit dan bumi. Segala pujian bagi Allah ke atas segala sesuatu." Begitu juga ucapkanlah Subhaanallah dan Allahuakbar bersama dengan kalimah ini.

Hadis 125

Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Orang yang pertama sekali akan dipanggil untuk memasuki syurga ialah orang yang sentiasa berzikir memuji-muji Allah dalam keadaan senang atau susah. (HR Hakim)

Hadis 126

Dari Anas ibn Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah amat meredhai seorang hambaNya yang makan sesuap makanan dan bersyukur kepada Allah atau seorang yang meminum seteguk air lalu bersyukur kepadaNya. (HR Muslim)

Hadis 127

Dari Muaz bin Jabal ra meriwayatkan bahawa beliau mendengar baginda Rasulullah saw bersabda: Dua kalimah yang mana tiada tempat untuk meletakkannya sebelum Arash dan kedua(ganjarannya) memenuhi di antara langit dan bumi. Kalimah itu ialah: Lailahaillallah dan Allahu Akbar. (HR Tabrani)

Hadis 128

Dari seorang lelaki Bani Sulaim berkata: Baginda saw telah mengira di atas tanganku atau dengan tangannya membaca Subhanallah ganjarannya separuh daripada neraca timbangan. Alhamdulillah memenuhi keseluruhan neraca timbangan dan Allahu Akbar memenuhi antara langit dan bumi. (HR Tirmizi)

Hadis 129

Dari Said ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulull saw bersabda: Tidakkah aku khabarkan kepadamu salah satu daripada pintu-pintu syurga Allah? Aku berkata: Khabarkanlah kepadaku Ya Rasulullah! Baginda bersabda:

(HR Mustadrak Hakim)

Hadis 130

Dari Abu Ayub Al-Ansari ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Ketika malam Mikraj baginda Rasulullah saw dan Hadzrat Jibrail as bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Lalu beliau bertanya: Wahai Jibril siapakah bersama kamu ini? Jibrail as menjawab: Beliau ialah Muhammad saw. Ibrahim as berkata: Beritahulah kepada ummatnya supaya banyak menanam benih di dalam syurga kerana sesungguhnya tanah di syurga amatlah subur dan buminya yang amat luas. Ditanya: Apakah tanaman di dalam syurga? Dijawab:

(HR Musnad Musnad Ahmad, Majma az Zawaaid)

Hadis 131

Dari Samurah ibn Jundub ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Empat kalimah yang sangat di sukai Allah Kalimat itu ialah:

barangsiapa membaca yang mana di dahulu atau kemudiankan adalah di bolehkan. (HR Muslim)

Dalam riwayat lain menyatakan bahawa selepas Al-Qur'an, empat kalimah ini adalah kalimah paling afdhal dan ia adalah kalimah Al-Qur'an. (HR Musnad Ahmad)

Hadis 132

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Aku lebih suka membacakan:

daripada segala benda yang dipancari oleh matahari(kerana ganjarannya akan berkekalan sedangkan segala benda didalam dunia ini satu hari nanti akan binasa). (HR Muslim)

Hadis 133

Dari Abu Salma ra berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sungguh menakjubkan! Sungguh menakjubkan! Lima perkara yang amat berat di dalam timbangan. Subhanallah(Maha Suci Allah) Alhamdulillah(Segala Pujian Bagi Allah) Lailaha Illallah(Tiada Tuhan kecuali Allah) dan seorang yang saleh 'kematian anak lelakinya dan dia bersabar, dan mengharapkan ganjaran daripada Allah. (HR Hakim)

Hadis 134

Dari Abdullah Ibn Umar ra meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca:

akan dituliskan baginya setiap huruf dengan sepuluh ganjaran. (HR Tabrani)

Hadis 135

Dari Ummi Hani binti Abi Talib r.ha menceritakan bahawa satu hari baginda Rasulullah saw datang kepadaku, lantas aku berkata: Ya Rasulullah, aku telah tua dan lemah, khabarkanlah kepadaku satu amalan yang mana dengan duduk-duduk dapat ku amalkannya. Baginda Rasulullah saw bersabda: Bacalah Subhanallah seratus kali, ganjarannya adalah sama seperti kamu memerdekakan hamba dari Bani Ismail, bacalah Alhamdulillah seratus kali, ganjarannya adalah sama seperti kamu membelanjakan seratus ekor kuda yang siap dengan pelana dan kekang untuk berjihad di jalan Allah. Dan bacalah Allahu Akbar seratus kali, ganjarannya adalah sama seperti kamu mengorbankan seratus ekur unta yang slap bertanda dibonggolnya untuk dikorbankan. Bacalah La ilaha Illallah seratus kali ganjarannya memenuhi di antara langit dan bumi. Tiada seorang pun yang dapat menandingi kamu pada hari itu dari amalan yang telah diterima kecuali dia melakukan amalan sebagaimana kamu lakukan.

Dalam satu riwayat yang lain Ummu Hani r.ha menceritakan beliau bertanya kepada baginda Ya Rasulullah, aku telah tua dan tulang anggotaku telah lemah tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang dengannya aku memasuki syurga. Nabi saw bersabda: Syabas! Syabas! Amat balk sekali soalanmu, bacalah Allahu Akhbar seratus kali, ganjarannya adalah sama sebagaimana kamu mengorbankan seratus ekor unta yang slap bertanda dibonggolnya untuk disembelih di Makkah. Dan bacalah Laa ilaaha illallaah sebanyak seratus kali, ganjarannya adalah lebih balk daripada segala yang meliputi di antara langit dan bumi. Dan ketika kamu baca kalimah-kalimah ini, tiada seorang pun yang amalannya akan melebihimu kecuali beramal seperti amalmu atau yang melebihinya.

Dalam satu riwayat lain baginda s.a.w. bersabda; Bacalah La ilaha illallah kerana kalimah ini tidak akan meninggalkan satu dosapun dan tiada satu amalan yang menyerupai dengannya. (HR Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Tabrani, Mustadrak Hakim, Majma uz Zawaaid))

Hadis 136

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa sekali baginda Rasulullah saw lalu dihadapannya ketika dia sedang menanam tanam-tanaman. Nabi saw bertanya: Ya Abu Hurairah! Apakah yang kamu tanam? Aku menjawab: Menanam tanaman untukku Ya Rasulullah. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu tanaman yang lebih balk daripada ini? Berkata: Bahkan ya Rasulullah! Nabi saw bersabda: Bacalah:

akan ditumbuhkan untukmu dari setiap kalimah dengan sebatang pohon didalam syurga. (HR Ibn Majah)

Hadis 137

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah saw datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat r.hum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda saw bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu dari api neraka. (Bacalah:

Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, di sebelah belakangnya, di kanannya dan di kirinya dan inilah amal kebaikan yang sentiasa rnendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma'ul Bahrain)

Keterangan: Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada di hadapan pembacanya" bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan "berada di sebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Hadis 138

Dari Anas ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya

ia akan menggugurkan dosa-dosa sebagaimana daun-daun gugur daripada pokok (dimusim dingin). - (HR Ahmad)

Hadis 139

Dari Imran ibn Husain ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Siapakah di kalangan kamu yang mampu beramal setiap hari seumpama Gunung Uhud? Para sahabat r.hum berkata: Siapakah di antara kami yang mampu beramal seperti Gunung Uhud? Baginda saw bersabda: Kamu semua mampu berbuat demikian! Para sahabat r.hum bertanya: Ya Rasulullah apakah amalan itu? Jawab nabi saw: Subhanallah (ganjarannya)lebih besar daripada Uhud, Alhamdulillah (ganjarannya)lebih besar daripada Uhud, La ilaha Ilallah (ganjarannya)lebih besar daripada Uhud dan Allahu Akbar (ganjarannya)lebih besar daripada Uhud. (HR Tabrani)

Hadis 140

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka bergembalalah kamu dengan balk. Aku bertanya: Apakah dia taman-taman syurga itu ya Rasulullah? Baginda saw menjawab: Masjid-masjid. Aku bertanya: Apakah gembalaan itu Ya Rasulullah? Baginda saw menjawab;

Setiap kalimah yang kamu baca, untukmu akan ditumbuhkan dengan sebatang pohon di dalam syurga. (HR Tarmizi)