Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 141

Dari Abu Hurairah ra dan Abu Said AI-Khudri ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt telah memilih empat kalimah daripada perkataanNya: Barangsiapa berkata: "Subhanallah" akan dituliskan untuknya dua puluh kebaikan dan dihapuskan baginya dua puluh kejahatan. Barangsiapa berkata " Allahu Akbar" akan dituliskan untuknya ganjaran seumpama itu. Barangsiapa berkata "La ilaha Illallah" juga ganjarannya seumpama itu, dan barangsiapa berkata "Alhamdulillahi Rabbil Alamin" secara mendalam di dalam hatinya akan dituliskan tiga puluh kebaikan untuknya dan dihapuskan baginya tiga puluh kejahatan. (HR Nasal')

Hadis 142

Dari Abu Said AI-Khudri ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Perbanyakkanlah amal soleh. Seorang bertanya; Apakah amal soleh itu? Baginda saw menjawab: la adalah asas-asas dalam agama millat. Ditanya lagi; Apakah asas-asas agama? Baginda saw menjawab: Iaitu takbir(membaca Allahuakbar), tahlil(membaca Laailaha illallah), tasbih(membaca Subhaanallah), tahmid(membaca Alhamdulillah) dan Laahaulawalaa quwwataillabillah. (HR Hakim)

Keterangan:
Amal-amal soleh bermaksud ialah segala amal kebaikan, yang mana ganjarannya sentiasa di perolehi. Baginda saw mengatakan kalimat itu sebagai millat kerana kalimat-kalimat ini sebagai asas di dalam Islam. (Fathul Rabbani)

Hadis 143

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Katakanlah:

Sesungguhnya ia adalah Baaqiyatussolihaat, kalimat ini menghapuskan dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga. (HR Tabrani, Majma uz Zawaaid)

Hadis 144

Dari Abdullah ibn Amr ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Tiada salah seorang di atas muka bumi ini yang mengucapkan:

melainkan diampuni segala dosa-dosanya walaupun dosanya sebagaimana buih-buih di lautan. (HR Tirmizi)

Dalam satu riwayat yang lain kelebihan ini ditambahkan dengan:

(Mustadrak Hakim)

Hadis 145

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa mengucapkan:

dengan ikhlas di dalam hatinya, maka Allah swt berfirman: HambaKu telah menjadi orang yang taat dan dia telah menyerahkan dirinya kepadaKu. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 146

Dari Abu Said Al-Khudri ra dan Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Apabila seorang mengucapkan Lailaha Ilallah Wallahu Akbar, maka Allah membenarkannya dengan berfirman: Tiada yang patut disembah kecuali Aku dan Aku Maha Besar. Dan apabila mengucapkan La ialaha Illallahu Wahdahu (Tiada yang patut disembah kecuali Allah yang mana Esa) Maka Allah swt berfirman: Tiada yang patut disembah kecuali Aku dan Akulah yang Maha Esa. Dan apabila pembaca mengucapkan :Lailaha Illallahu Wandahula Syarikalahu, Allah swt akan berfirman dengan membenarkannya: Tiada yang patut disembah kecuali Aku, Aku yang Esa, Aku yang tidak mempunyai sekutu.

Apabila pembaca mengucapkan Lallaha Illallahu Lahul Mulku Walahul Hamdu, maka Allah swt membenarkannya dan berfirman: Tiada yang patut disembah kecuali Aku dan Akulah pemilik segala kerajaan dan hanya padaKulah segala pujian. Dan apabila pembaca membaca: Lailaha Illallahu - Walahaula wala Kuwwata Illabillah. Allah swt akan membenarkan dan berfirman: Tiada yang patut disembah kecuali Aku, Tiada daya dan kekuatan selain Aku.

Rasulullah saw bersabda; Jikalau seorang mengucapkan dalam keadaan sakit kemudian dia mati maka Allah tidak akan membakarnya. (HR Tirmizi)

Hadis 147

Dari Ya'qub ibn 'Asim r.alaih meriwayatkan bahawa; Dua orang sahabat r.huma mendengar Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang hamba rnengucapkan:

"Tiada yang patut disembah kecuali Allah. Yang satu, Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang mempunyai Kerajaan dan hanya kepadaNya milik segala pujian. Dan Dialah yang berkuasa segala sesuatu."

Membacanya dengan keikhlasan hatinya sementara hatinya membenarkan lidahnya, maka pintu-pintu langit terbuka baginya dan Allah memandangnya dengan rahmat. Sesungguhnya dia berhak di atas apa yang dia mohon. (HR Nasal)

Hadis 148

Dail Amar bin Syuib dari bapanya dari datoknya r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik kalimat yang Aku dan nabi-nabi sebelumku membacanya ialah:

"Tiada Tuhan kecuali Allah yang satu, tiada sekutu bagiNya, bagiNya yang memiliki kerajaan, dan segala pujian untukNya, dan Dia berkuasa di atas segala sesuatu" (HR Tirmizi)

Hadis 149

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa berselawat ke atasku sekali Allah swt akan berselawat ke atasnya sepuluh kali dan akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan. (HR Tirmizi)

Hadis 150

Dari Umair Al-Ansari ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa di kalangan ummatku berselawat kepadaku dengan ikhlas sebanyak sepuluh kali Allah swt akan menurunkan rahmat untuknya sepuluh rahmat. Dan di angkat darjatnya sepuluh kali darjat, dan dituliskan untuknya sepuluh kebaikan dan diampunkan daripadanya sepuluh kejahatan. (HR Nasai)

Hadis 151

Hadzrat Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda; " Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana selawat ummatku akan diserahkan kepadaku setiap hari Jumaat. Setakat mana banyaknya seseorang itu berselawat kepadaku maka setakat itulah kedudukan dan darjatnya di sisiku(pada hari kiamat)." (H.R. Baihagi, At-Targhib)

Hadis 152

Hadzrat Anas ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda, "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail as diutus oleh Allah Ta'ala datang kepadaku lalu berkata: 'Barangsiapa di kalangan orang Islam berselawat kepadamu(Muhammad) sekali, Aku(Allah) dan para malaikatKu akan berselawat(memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." ( H.R. Tabrani)

Hadis 153

Dari Abdullah bin Masood ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR Tirmizi)

Hadis 154

Dari Kaab ra meriwayatkan bahawa apabila waktu melebihi dua pertiga daripada malam baginda Rasulullah saw akan bangun(untuk bertahajud) dan bersabda: Wahai Manusia! Ingatlah Allah! Ingatlah Allah! Penggoncang akan datang dan goncangan yang seterusnya akan datang(maksudnya ialah tiupan sangkakala pertama akan tiba dan disusuli dengan tiupan kedua yang hampir. Maut akan datang dengan penuh kengerian! Maut akan datang dengan penuh kengerian! Lantas Ubai bin Kaab ra berkata: Ya Rasulullah! Aku akan memperbanyakkan selawat untukmu, berapa lamakah waktu yang ditetapkan untuk berselawat itu? Baginda saw bersabda: Lakukanlah sebagaimana kamu sukai. Aku berkata: Satu perempat. Baginda saw menjawab: Setakat mana yang kamu mahu tetapi kalau kamu tambahkan lagi adalah lebih baik bagimu. Aku berkata: Separuh? Baginda saw menjawab: Setakat mana yang kamu mahu, tetapi kalau kamu tambahkan lagi adalah lebih baik bagi kamu. Aku berkata: Dua pertiga? Baginda saw menjawab: Setakat mana yang kamu mahu tetapi kalau kamu tambahkan lagi adalah lebih baik bagi kamu. Aku berkata: Kalau begitu aku akan menjadikah keseluruhan waktuku untuk berselawat kepadamu. Baginda saw bersabda: (Kalau kamu berbuat demikian)Allah akan melepaskan dari segala kebimbangan dan dosa-dosa kamu akan diampuni. (HR Tirmizi)

Hadis 155

Dari Kaab bin Ujrah ra meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada baginda Rasulullah saw : Ya Rasulullah bagaimanakah caranya kami berselawat kepada Tuan dan ahli keluarga Tuan? Sesungguhnya Allah telah mengajar kami berselawat(melalui perantaraan Tuan kepada Tuan dan ahli keluarga Tuan sebagaimana selawat dalam sembahyang). Nabi saw bersabda: Berselawatlah kamu seperti ini:

Ertinya: Ya Allah! Kurniakan rahmat kepada Muhammad saw dan ahli keluarga Muhammad saw sebagaimana Engkau telah beri rahmat kepada Nabi Ibrahim as dan ahli keluarga Ibrahim as. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mu!la. Ya Allah! Berilah keberkatan kepada Muhammad saw dan ahli keluarga Muhammad saw sebagaimana Engkau telah beri keberkatan kepada Ibrahim as dan ahli keluarga Ibrahim as. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. (HR.Buhari)

Hadis 156

Dari Abi Humaid As-Saidi ra meriwayatkan bahawa Para sahabat r.hum bertanya: Ya Rasulullah saw! Bagaimanakah caranya kami berselawat kepada Tuan? Maka Rasulullah saw bersabda: Katakanlah:

Ertinya: Wahai Allah berilah rahmat keatas nabi Muhammad saw dan isteri-isterinya dan seluruh ahli keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat kepada ahli keluarga Ibrahim dan berilah keberkatan kepada nabi Muhammad saw dan isteri-isterinya dan keturunannya sebagaimana Engkau telah memberi keberkatan kepada nabi Ibrahim dan ahli keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. (HR Bukhari)

Hadis 157

Dari Abu Said AI-Khudri ra meriwayatkan bahawa sekali aku bertanya kepada baginda Rasulullah saw : Ya Rasulullah! lni ialah cara berselawat kepadamu(sebagaimana selawatnya dalam sembahyang) namun tunjukkanlah kepada ku bagaimanakah caranya untuk berselawat kepadamu? Baginda saw menjawab; Berselawatlah kepadaku seperti ini:

Ertinya: Wahai Allah turunkanlah rahmat kepada hambaMu dan rasulMu Muhammad sebagaimana engkau telah memberi rahmat kepada nabi Ibrahim. Dan berilah keberkatan kepada Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada nabi Ibrahim dan ahli keluarganya. (HR Bukhari)

Hadis 158

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa mahu supaya diberi diberi ganjaran dengan timbangan yang berat melalui pembacaan selawat kepadaku dan ahli keluargaku maka bacalah selawat ini:

Erfinya: Ya Allah! Berilah rahmat kepada Nabi Muhammad saw dan para isterinya Ummul Mukminin dan zuriatnya serta ahli keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat ke atas ahli keluarga Ibrahim as. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia (HR Abu Daud)

Hadis 159

Dari Ruwaifi' bin Thabit ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa berselawat kepada Muhammad dengan selawatnya:

"Wahai Allah! Berikanlah kedudukan(kepada nabi) yang hampir di sisimu pada hari Kiamat". Maka wajib baginya syafaatku.(HR Bazzar, Tabrani)

Hadis 160

Dari Abu Zar ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Allah swt berfirman: Wahai hambaKu! Selagi mana kamu beribadat kepadaKu dan mengharapkan pengampunanKu, Aku akan sentiasa mengampuni kamu walau pun kamu melakukan dosa sebanyak mana sekalipun. Wahai hambaKu! Walaupun kamu menemuiKu dengan dosa yang memenuhi bumi,ini, tetapi kamu tidak melakukan syirik terhadapKu maka Aku akan menemuimu dengan pengampunanKu yang memenuhi muka bumi ini. Yakni Aku akan mengampunimu sepenuh-penuhnya. (HR Ahmad)