Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 161

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan: Aku mendengar baginda Rasulullah saw bersabda: Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu memohon pengampunan dariKu Aku tetap akan mengampuni kamu, walau sebanyak mana dosa-dosamu. Wahai anak Adam!, Walaupun dosa-dosamu memenuhi ruang langit dan kamu mengharapkan pengampunanKu nescaya akanKu ampuni segala dosa-dosamu, dan Aku tidak peduli (diatas dosa-dosamu). (HR Tirmizi)

Hadis 162

Dari Abu Hurairah ra meriwayafkan bahawa beliau mendengar baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya seorang hamba apabila melakukan dosa lalu berkata: Wahai Tuhanku! Aku telah melakukan dosa, maka ampunilah aku”. Maka Tuhannya berkata(di hadapan para malaikat): Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia mempunyai Rab yang boleh mengampunkan dosa dan mengazabnya? (Dengarlah!)Sesungguhnya Aku telah mengampuninya. Kemudian tinggallah dia(daripada melakukan dosa) sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian dia melakukan dosa lagi, lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Aku telah melakukan dosa, ampunilah aku!" Tuhannya berkata: Adakah hambaKu mengetahui dia mempunyai Rab yang boleh mengampunkan dosa dan mengazabnya?.(Dengarlah) Sesungguhnya Aku telah mengampuni hambaKu. Maka tinggallah dia daripada melakukan dosa sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian dia melakukan dosa lagi, lalu berkata: Wahai Tuhanku! Aku telah melakukan dosa, ampunilah aku!. Tuhannya berkata: Adakah hambaKu mengetahui yang dia mempunyai Rab yang boleh mengampunkan dosa dan mengazabnya?. (Dengarlah!)Sesungguhnya Aku mengampuni hambaKu, sebanyak tiga kali. Selepas itu perbuatlah apa yang dikehendaki yakni setiapkali melakukan dosa dia bertaubat, Aku sentiasa menerima taubatnya. (HR Bukhari)

Hadis 163

Dari Ummi Asmah Al-Ausiah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Tiada di kalangan orang Islam yang melakukan dosa melainkan malaikat yang menulis kejahatan akan menunggu sehingga tiga saat yakni beberapa ketika lamanya. Sekiranya dia beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah daripada dosanya itu maka pada hari akhirat malaikat tidak akan menzahirkan dosa itu dan pada hari kiamat dia tidak akan diazab. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 164

Dari Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya malaikat di kiri yang menulis kejahatan-kejahatan akan mengangkat tulisannya selama enam saat bagi orang Islam yang melakukan kejahatan. Sekiranya dia menyesal dan beristighfar kepada Allah maka malaikat tidak akan menulis kejahatan itu. Dan sekiranya tidak, maka akan dituliskan baginya satu kejahatan. (HR Tabrani)

Hadis 165

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Seorang hamba apabila melakukan satu dosa, maka satu titik hitam akan melekat di dalam hatinya. Sekiranya dia menyesal, bertaubat dan beristighfar kepada Allah maka Allah akan menghilangkan titik hitam itu dan hatinya menjadi bersih. Sekiranya dia tidak bertaubat dan beristighfar dan terus melakukan dosa maka titik hitam itu akan terus bertambah dan hati akan menjadi berkarat. lnilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al-Qur'an sebagaimana ayat berikut:

Ertinya: Sebenarnya(ayat-ayat kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran(dosa), dengan sebab(perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. (Surah Al-Mutaffifin ayat 14). (HR Tirmizi)

Hadis 166

Dari Abu Bakar As-Siddik ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan di kalangan orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. (HR Abu Daud)

Hadis 167

Dari lbnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang berisfiqamah dalam beristighfar, Allah swt akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. (HR Abu Daud)

Hadis 168

Hazrat Zubair r.anhu meriwayatkan bahawa Rasululah saw bersabda, "Barangsiapa yang ingin melihat buku catitan amalannya dengan gembira(pada hari Kiamat), maka hendaklah dia perbanyakkanlah istighfar." (HR Tabrani)

Hadis 169

Dari Abdullah ibn Busrin ra meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: Bergembiralah bagi orang yang mendapati dalam buku catitan amalnya(pada hari kiamat) dengan banyak beristighfar. (HR lbnu Majah)

Hadis 170

Dari Abu Zar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt berfirman: Wahai hambaKu! Setiap kamu adalah pendosa, kecuali mereka yang Aku selamatkan daripadanya. Oleh itu mohonlah pengampunan dariKu. Aku akan mengampuni kamu. Dan barangsiapa mengetahui bahawa Aku berkuasa untuk memberi pengampunan, mohonlah pengampunan dariKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Dan kamu semua adalah sesat, kecuali mereka yang Ku beri petunjuk kepadanya. Oleh itu mohonlah petunjuk daripadaKu. Nescaya Aku beri petunjuk kepadamu. Dan kamu semua adalah fakir, kecuali dia yang Aku kayakan. Oleh itu mohonlah kepadaKu. Aku akan memberi rezeki kepadamu. Sekiranya kamu dan semua orang-orang yang masih hidup dan yang telah mati, yang dahulu dan akan datang, seluruh tumbuh-tumbuhan dan benda-benda, (dijadikan sebagai manusia)dikumpulkan keseluruhannya yang mana mereka menjadi orang yang paling bertakwa di kalangan kamu nescaya tidak akan bertambah kerajaanKu walaupun sebesar sayap nyamuk. Dan sekiranya mereka semua berkumpul menjadi orang yang paling berdosa di kalangan kamu, nescaya tidak akan berkurangan kerajaanKu walaupun sebesar sayap nyamuk. Dan jika berkumpul orang yang hidup di kalangan kamu dan orang yang telah mati, yang dahulu dan akan datang, tumbuh-tumbuhan dan segala benda-benda, semua meminta dari apa yang tersedik di dalam hatinya dan semua memperolehi apa yang dihajatkan nescaya tidak akan berkurangan dari kerajaan dan khazanahKu seperti seorang yang berlalu di tepi lautan dan memasukkan sebatang jarum ke dalam laut, lalu mengangkatnya. lni kerana Aku adalah Zat Yang Pemurah, dan Maha Mulia, Pemberian Ku hanya cukup dengan perkataan "Berilah!" dan apabila Aku berkehendak untuk menciptakan sesuatu cukup Aku mengatakan: "Jadilah kamu, maka jadilah ia". (HR lbnu Majah)

Hadis 171

Dari Ubadah bin Samit ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang beristighfar untuk orang-orang Islam, lelaki dan perempuan, maka Allah swt akan menuliskan ganjaran baginya, bagi setiap lelaki dan perempuan mukmin itu dengan satu kebaikan. (HR Tabrani)

Hadis 172

Dari Barra' ibn 'Azib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa bertemu di antara dua orang Islam dan mereka berjabat tangan, dan memuji Allah, dan memohon pengampunan daripada Allah, maka Allah akan mengampuni keduanya. (HR Abu Daud)

Hadis 173

Dari Barra' ibn 'Azib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Apakah pendapat kamu tentang kegembiraan seorang lelaki yang kehilangan untanya yang terlepas dengan tali pengikatnya bersama barang-barang makanannya, sedang dia masih dalam perjalanan di padang pasir berseorangan, tiada makanan dan minuman. Kemudian dia mencari unta itu sehingga letih dan putus asa. Apabila dia melintasi sebatang pokok, dia melihat tali pengikat unta tersangkut di sana dan mendapatkan untanya semula? Kami menjawab; Sudah pasti dia sangat gembira. Baginda saw bersabda: (Dengarlah)Aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa Allah lebih gembira dengan taubat seorang hambaNya dari gembiranya lelaki yang menemui untanya ini. (HR Muslim)

Hadis 174

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Allah swt lebih gembira dengan taubat seorang hambaNya ketika dia bertaubat, daripada seorang yang kehilangan unta tunggangannya yang membawa makanan dan minuman, melarikan dirinya dalam sebuah hutan. Dia kehilangan harapan untuk mendapatkannya semula, lalu dia berehat di bawah sebatang pohon. Dia merasai putus asa, tiba-tiba unta tunggangannya berada di hadapannya. Lantas dia bangun dan memegang tali unta. Kerana terlalu gembira dengan tidak sengaja dia berkata: "Wahai Allah Engkaulah hambaku dan akulah tuhanmu!" (HR Muslim)

Hadis 175

Dari Abdullah ra menceritakan, aku mendengar baginda Rasulullah saw bersabda: Allah swt lebih gembira dengan taubat seorang hambanya yang mukmin daripada gembiranya seorang yang terselamat dari kebinasaan di tengah padang pasir apabila kenderaan(unta) yang ditunggangi, yang dimuatkan dengan bekalan barang makanan dan minuman. Dalam keletihan dia turun dari untanya dan tidur di bawah sebatang pohon. Apabila dia membuka matanya tiba-tiba untanya hilang(bersama barang makanan dan minumannya). Lalu dia mencarinya sehingga merasa kelaparan dan dahaga yang amat sangat. Dia berkata: "Aku kembali ke tempatku di mana aku berehat tadi dan aku akan tidur sehingga mati". Lalu dia membaringkan badannya dan meletakkan kepalanya di atas lengannya menanti kematian. Apabila dia terjaga tiba-tiba dia melihat untanya telah berada di sisinya bersama barang makanan dan minumannya. Begitulah Allah lebih gembira kepada seorang hamba mukmin yang bertaubat, lebih gembira daripada seorang yang kehilangan tunggangan makanan dan minuman(di dalam perjalanan). HR Muslim

Hadis 176

Dari Abu Musa ra meriwayatkan bahawa baginda Raasulullah saw bersabda: Allah swt membuka seluas-luasnya tangan rahmatnya di waktu malam bagi mereka yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan rahmatnya di waktu siang bagi mereka yang melakukan dosa di waktu malam supaya bertaubat kepada Allah swt. (Kerahiman ini)akan terus berlaku sehinggalah matahari terbit di sebelah barat. (HR Muslim)

Hadis 177

Dari Safwan bin Assal ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan sebuah pintu di sebelah maghrib untuk bertaubat kepada Allah swt yang luasnya tujuh puluh tahun perjalanan. Pintu ini tidak akan ditutup sehinggalah matahari terbit di sebelah barat(pada ketika itu kiamat sudah hampir dan pintu taubat akan tertutup). (HR Tirmizi)

Hadis 178

Hazrat Abdullah Bin Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah swt menerima taubat seorang hamba selagi nyawanya belum sampai khalkumnya. (H.R. Tirmizi)

Keterangan:
Ketika sakaratulmaut, di mana roh keluar daripada jisim manusia, akan keluar satu suara daripada tenggoroknya yang dipanggil sebagai "ghargarah". Apabila keadaan ini berlaku, maka tidak ada harapan lagi untuk hidup, maut lebih pasti dan inilah alamat yang terakhir, oleh itu apabila alamat ini telah zahir, maka bertaubat dan beriman seseorang tidak akan diterima lagi.

Hadis 179

Hazrat Abdullah Bin Amr ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa bertaubat setahun sebelum maut datang kepadanya, bahkan sebulan, bahkan seminggu, bahkan sehari, satu ketika bahkan selama di antara seperahan susu kepada seperahan susu lain pun, Allah swt masih menerima taubatnya". (H.R. Al Hakim)

Hadis 180

Dari Abdullah bin Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Barangsiapa melakukan satu kesalahan atau melakukan satu dosa kemudian dia merasa malu kerananya, maka sudah cukup malu itu menjadi kifarah untuknya. (HR Baihaqi)