Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 201

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Hendaklah manusia berhenti dari memandang matanya ke langit ketika dalam sembahyang kalau tidak pandangan mereka tidak akan kembali (HR Muslim)

Keterangan:
Mengangkat mafa ke arah langit ketika dalam sembahyang adalah dilarang kerana ini sering berlaku.

Hadis 202

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kamu kepada Allah swt dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah bahawasanya Allah swt tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya lalai(ketika berdoa). Mengingati yang lain selain daripada Allah swt. (HR Tirmizi)

Hadis 203

Dari Habib bin Maslamah Fihriy ra berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Satu jemaah yang berkumpul di mana seorang berdoa dan yang lainnya mengaminkannya nescaya doa mereka dimakbulkan oleh Allah. (HR Hakim)

Hadis 204

Dari Zuhair Numairiy ra meriwayatkan bahawa satu malam beliau keluar bersama Baginda Rasulullah saw, beliau telah melalui seorang lelaki yang sedang berdoa dengan penuh tekun, Baginda berhenti mendengarkannya dan bersabda: Telah wajib jika diletakkan mohor diakhirnya. Salah seorang daripada kami bertanya: Dengan apakah mohornya ya Rasulullah? Baginda saw menjawab: Dengan "Amin" Sesungguhnya apabila ditutup doa itu dengan "Amin" maka doanya wajib diterima. Maka berlalulah orang yang bertanya kepada Nabi saw dan menjumpai orang yang berdoa seraya berkata: Wahai fulan! Tutuplah doamu dengan Amin dan dengarlah berita gembira dengan diterimanya doa tersebut. (HR Abu Daud)

Hadis 205

Dari Aisyah r.ha menceritakan adalah Nabi saw menyukai doa-doa yang berbentuk "Jamik" dan meninggalkan doa-doa yang selain daripadanya. (HR Abu Daud)

Keterangan:
Doa yang Jamik ialah doa-doa yang ringkas tetapi memberi makna yang luas dan mendalam, atau yang memberi makna kebaikan bagi kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Atau doa kebaikan bagi seluruh orang-orang mukmin. Contoh doa "Jamik" yang sering baginda baca ialah doa berikut:

Ertinya: Wahai Allah berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat dan hindarkanlah kami daripada azab api neraka.

Hadis 206

Dari lbni Said ra meriwayatkan bahawa satu ketika aku berdoa seperti ini: "Wahai Allah aku memohon kepada Mu akan syurga dan segala nikmat-nikmat, sungai-sungai dan berbagai macam yang terkandung di dalamnya. Dan aku memohon dijauhkan daripada api neraka, dari rantai-rantainya dan dari belenggunya, dan semua siksaan itu dan ini". Bapaku apabila mendengar doa ini lantas berkata: "Wahai anak kesayanganku, aku mendengar baginda Rasulullah saw bersabda: Kelak akan datang satu zaman di mana manusia berdoa dengan perkataan yang berlebih-lebihan. Hindarkan kamu daripada orang yang seperti itu. Jika kamu mendapat syurga maka segala nikmat-nikmatnya akan terkandung di dalamnya dan sekiranya kamu terhindar daripada api neraka maka segala bentuk azab yang terkandung di dalamnya juga akan terhindar daripada kamu. (Oleh itu dalam doa tidak perlu dibaca dengan panjang lebar, cukup memadai dengan meminta syurga dan jauhkan daripada api neraka. (HR Abu Daud)

Hadis 207

Dari Jabir ra berkata bahawa, aku mendengar Baginda Nabi saw bersabda: Sesungguhnya pada waktu malam terdapat satu waktu yang mana apabila seorang muslim berdoa meminta kebaikan di dunia dan di akhirat nescaya akan diperkenankan doanya. Begitulah pada setiap malam. (HR Muslim)

Hadis 208

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Allah swt akan turun ke langit bumi pada dua pertiga daripada malam dan bertanya: Siapakah orangnya yang berdoa kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan doanya. Dan siapakah orangnya yang meminta sesuatu akan Ku beri permintaannya. Dan siapakah orangnya yang memohon pengampunan nescaya akan Ku ampuni bagiNya. (HR Bukhari)

Hadis 209

Dari Muawiyah bin Abi Sufyan ra berkata bahawa aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa berdoa kepada Allah swt memulai lima kalimat ini doanya akan diperkenankan:

Erfinya: Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Yang Maha Besar. Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Satu. Yang Tiada Sekutu bagiNya. BagiNya Kerajaan dan bagiNya segala Pujian dan Dia berkuasa di atas segala sesuatu. Tiada Tuhan kecuali Allah. Tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah(HR Tabrani).

Hadis 210

Dari Rabi'ah bin `Amir ra meriwayatkan bahawa aku mendengar Nabi saw bersabda: Pertegaskanlah doamu dengan "Ya dzal Jalali Wal-lkram". Yakni ulangilah lafaz ini berkali-kali dalam berdoa. (HR Hakim)

Hadis 211

Dari Salmah bin Akwa' Aslamiy ra berkata: Tidak pernah aku mendengar Baginda saw berdoa kecuali dia memulakan doanya dengan membaca kalimat ini:

Ertinya: Mahasuci Allah dari segala kekurangan Yang Maha Tinggi dan Maha Banyak PemberianNya. (HR Musnad Ahmad)

Hadis 212

Dari Buraidah ra meriwayatkan bahawa satu ketika Baginda Rasulullah saw mendengar seorang lelaki berdoa dengan membaca:

Ertinya: Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau. Aku bersaksi bahawasanya Engkaulah Allah yang tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau yang Satu dan tempat segaia pergantungan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada bagiNya yang menyerupaiNya.

Maka bersabda Rasulullah saw; Sesungguhnya kamu telah meminta kepada Allah swt dengan nama yang apabila diminta pasti diberiNya, dan apabila diseru pasti dijawabNya. (HR Abu Daud)

Hadis 213

Dari Asma' binti Yazid r.ha meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Ismul A'zam terdapat di dalam dua ayat.(Yang pertama di dalam surah Al-Baqarah yang dikenal sebagai ayatul Kursi yaitu:

yang kedua ialah pembukaan surah Ali-Imran yaitu:

(Hadith Riwayat- Tirmizi)

Hadis 214

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan satu ketika kami sedang duduk di dalam satu majlis. Bersama Nabi saw terdapat seorang lelaki sedang bersembahyang. Selepas selesai ruku', sujud dan membaca tasyahudnya beliau berdoa sebagaimana berikut:

Nabi saw bersabda: Dia telah berdoa dengan menggunakan Ismul-A'zam yang kerananya bila sahaja dia berdoa pasti doanya akan diterima. Bila sahaja dia meminta sudah pasti permintaannya akan dikabulkan. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 215

Dari Sa'ad bin Malik ra berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Tidakkah aku beritahu kepadamu Ismul A'zam Allah, yang mana apabila kamu berdoa kepada Allah swt dengannya nescaya akan diperkenankan doanya dan apabila kamu meminta denganNya nescaya akan diberi permintaannya. ltulah doa yang telah dibaca oleh Hadzrat Yunus as ketika berada di dalam tiga kegelapan iaitu:

Tiada Tuhan kecuali Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang-orang yang Zalim.

Berkata seorang lelaki: Ya Rasulullah! Adakah doa ini dikhaskan untuk Hadzrat Yunus as sahaja atau untuk seluruh orang mukmin? Maka Baginda saw menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah Taala:

Dan Kami memberi kejayaan kepadanya daripada kesusahan don begitu juga Kami beri kejayaan kepada orang-orang mukmin.

Selanjutnya Baginda Rasulullah saw bersabda: Sesiapa sahaja dari orang-orang Islam yang berdoa dengannya ketika sakit sebanyak empat puluh kali kemudian mati kerana sakitnya, maka akan diberi ganjaran sebagai mati syahid. Dan sekiranya dia sembuh dari sakitnya maka akan diampuni segala dosa-dosanya. (HR Hakim)

Hadis 216

Dari lbnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya: .Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain di belakangnya yang dilakukan secara sembunyi. Selanjutnya Baginda Rasulullah saw bersabda: Di antara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi. (HR Baihaqi)

Hadis 217

Dan Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Tiga doa dikabulkan dan tidak syak akan mustajabnya; Doa seorang bapa(terhadap anak-anaknya), doa seorang musafir dan doa seorang yang dizalimi. (HR Abu Daud)

Hadis 218

Dari Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Selepas sembahyang subuh sehinggalah terbitnya matahari dengan berzikir kepada Allah swt, memujiNya, bertasbih kepadaNya dan bertahlil kepadaNya; itu aku lebih sukai daripada memerdekakan dua atau lebih hamba sahaya dari Bani Ismail. Begitu juga selepas sembahyang Asar(menyibukkan diri dengan berzikrullah) sehingga terbenamnya matahari; itu aku lebih sukai daripada memerdekakan empat orang hamba dari Bani Ismail. (HR Ahmad)

Hadis 219

Dari Abdullah bin Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu', malaikat akan tidur di sisinya sehingga tersentuh kulitnya. Dan apabila dia bangun malaikat akan berkata: Wahai Allah, ampunilah orang ini kerana dia tidur dalam keadaan berwudhu'. (HR Ibn Hibban)

Hadis 220

Dari Muaz bin Jabal ra meriwayatkan bahawa Baginda Nabi saw bersabda: Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu' dan berzikir kepada Allah, kemudian dia terjaga dan memohon kepada Allah daripada kebaikan dunia dan akhirat nescaya doanya akan diperkenankan. (HR Abu Daud)