Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 241

Dari Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah ketika masuk juga ke atas makanannya, syaitan berkata(kepada kawan-kawannya); Kamu tidak ada tempat untuk bermalam di rumah ini dan tiada makanan bagimu pada malam ini. Akan tetapi apabila seorang masuk tanpa menyebut nama Allah, maka ketika dia masuk ke dalam rumah, (syaitan berkata kepada kawan-kawannya); Kamu ada tempat bermalam di rumah ini. Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah pada makanannya, maka syaitan berkata(kepada kawan-kawannya), kamu ada tempat bermalam dan makan malam (di rumah ini). (HR Muslim)

Hadis 242

Dari Ummi Salamah r.ha meriwayatkan bahawa tidak pernah Rasulullah meninggalkan rumahku kecuali Baginda saw memandang ke arah langit lalu mengucapkan doa ini:

"Wahai Allah! Aku berlindung kepada Engkau ketika aku tersesat atau menyebabkan orang lain tersesat atau tergelincir(darijalan yang lurus) atau melakukan perbuatan yang berlebih-lebihan atau aku boleh melakukan perbuatan yang tidak wajar dalam kejahilan". (HR Abu Daud)

Hadis 243

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan pada waktu keluar dari rumahnya:

"Dengan nama Allah kepada Allah aku bertawakal. Tiada daya kecuali dengan Allah. Tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah. Maka dikatakan kepadanya(oleh para malaikat): Engkau dicukupkan(pada hari) dan engkau dilindungi dari perbuatan jahat, dan syaitan melarikan diri darinya. (HR Tirmizi)

Dalam riwayat yang lain dinukilkan, Engkau mendapat petunjuk kerjamu telah disempurnakan(engkau dicukupkan pada hari ini.) dan engkau dilindungi, maka syaitan-syaitan akan lari daripadanya.

Hadis 244

Dari Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw apabila bersua dengan sesuatu kesulitan atau kesedihan beliau akan membaca doa ini:

Ertinya: Tiada Tuhan kecuali Allah, yang Maha Agung dan Maha Lembut(tidak terus menghukum bagi mereka yang melakukan dosa). Tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Arasy yang Maha besar. Tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan yang menguasai langit dan Tuhan yang menguasai bumi yang Maha Mulia. (HR Bukhari)

Hadis 245

Dari Abu Bakrah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang dalam keadaan kesulitan, maka boleh berdoa dengan doa berikut:

Wahai Allah! Aku mengharap rahmatMu, maka jangan serahkan aku kepada diriku sekejap matapun, baikkanlah urusanku semuanya. Tiada Tuhan selain Engkau. (HR Abu Daud)

Hadis 246

Dari Ummi Salmah r.ha isteri Rasulullah saw berkata bahawa, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Tidaklah seorang hamba yang mengalami musibah lalu mengucapkan:

"Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali, wahai Allah berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan gantilah aku dengan yang lebih baik daripadanya"

melainkan Allah swt memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik daripadanya. Dia(Ummi Salmah) berkata: Ketika Abu Salmah meninggal, aku berdoa dengan apa yang diperintahkan Nabi saw kepadaku, maka Allah memberikan ganti kepadaku di mana Rasulullah(sebagai suami) yang lebih balk darinya. (HR Muslim)

Hadis 247

Dari Sulaiman bin Surad ra berkata bahawa Rasulullah saw satu ketika berkata mengenai seorang lelaki yang sedang marah kepada seorang yang lain. Kalaulah orang ini membaca :

"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan"

akan hilanglah kemarahan yang ada padanya. (HR Bulhari)

Hadis 248

Dari Abdullah bin Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah swt maka Allah swt akan menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, samada dengan cepat atau dilambatkan sedikit. (HR Tirmizi)

Hadis 249

Dari Abu Wail ra meriwayatkan bahawa seorang mukatab(hamba yang berusaha menebus dirinya datang kepada Hadzrat Ali ra dan berkata: "Wahai Ali, sesungguhnya aku menghadapi kesulitan untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan diriku, tolonglah daku!" Ali ra erkata: Mahukah aku tunjukkan kepada mu beberapa kalimat yang mana Rasulullah saw mengajarkan kepadaku? Jikalau kamu menghadapi hutang, sebagaimana besarnya bukit seer(di Yaman) nescaya Allah swt akan membayar hutang itu jika kamu membaca kalimat ini:

Ertinya: Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan rezki yang halal dan jauhkanlah daku dari sumber yang haram dan kayakanlah daku dengan kurniaanMu dari orang lain kecuali Engkau. (HR Tirmizi)

Keterangan:
"Mukatab" ialah seorang hamba yang mana tuannya bersedia untuk membebaskannya dengan berkata: "Kalau kamu dapat membayar wang sebanyak ini dalam tempoh tertentu maka kamu akan ku bebaskan". Persetujuan seperti ini juga dipanggil "Badhali-Kitabat"

Hadis 250

DariAbu Said Al-Kuderi ra meriwayatkan bahawa suatu hari Baginda Rasulullah saw telah masuk ke dalam masjid, dan telah melihat seorang lelaki dari Ansar yang dipanggil sebagai Abu Umamah. Maka Baginda saw bersabda: Wahai Abu Umamah! Apakah yang telah berlaku? Aku dapati kamu berada di dalam masjid selain daripada waktu sembahyang? Abu Umamah ra menjawab: "Ya Rasulullah! sesungguhnya aku dalam keadaan susah kerana menaggung hutang." Rasulullah saw bersabda: Mahukah aku ajarkan kepadamu satu kalimat yang mana apabila kamu membacanya nescaya Allah akan menghilangkan kebimbangan dalam diri kamu dan dibayar hutang-hutangmu. (Abu Umamah ra)berkata: "Bahkan, Ya Rasulullah! Khabarkankah kepadaku. Baginda Rasulullah saw bersabda: "Apabila menjelangnya waktu pagi dan petang kamu bacalah doa ini:

Ertinya: Wahai Allah aku berlindung kepadamu dari kebimbangan dan kedukacitaan. Dan aku berlindung kepadamu dari sifat putus asa dan malas. Aku berlindung kepadamu dari sifat penakut dan kedekut dan aku berlindung kepadamu dari tanggungan hutang dan penindasan orang.

Hadis 251

Dari Buraidah ra meriwayatkan bahwa baginda Rasulullah saw, bersabda: Apabila seeorang kanak-kanak meninggal dunia maka Allah swt akan bertanya kepada malaikat: Adakah kamu telah mengambil nyawa seorang anak hambaku?. Maka malaikat menjawab: Benar Wahai Allah! Allah swt bertanya lagi: Adakah kamu telah mengambil nyawa "Sepotong hati" dari hambaku? Malaikat menjawab: Benar Wahai Allah!" Kemudian apakah kata hambaku itu?" Allah swt bertanya lagi. Malaikat menjawab: Dia tetap memujimu dan membaca:

Ertinya: "Daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.

"Allah berfirman: Binakanlah untuk hambaKu itu sebuah mahligai di dalam syurga dan berilah nama mahligai itu dengan nama; "Baitul Hamd" bermakna rumah pujian. (HR Muslim)

Hadis 252

Dari Buraida ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw telah mengajarkan sahabat-sahabatnya apabila mereka memasuki tanah perkuburan dengan mengucapkan doa ini:

Selamat sejahtera ke atasmu wahai ahli kubur, sesungguhnya tidak syak lagi kami akan menemuimu. lnsyaallah!Kami memohon kepada Allah untuk kami dan untukmu dengan "afiat"(kesejahteraan di dunia dan di akhirat).

Hadis 253

Dari Umar Ibn Khattab ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa memasuki pasar dan dia membaca doa ini; akan dituliskan baginya satu juta kebaikan, akan dihapuskan satu juta kejahatan dan akan dinaikkan satu juta darjat. Dalam satu riwayat yang lain dinyatakan sebagai: Akan dinaikkan baginya satu juta darjat dan akan dibenakan untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. (Kalimatnya sebagaimana berikut):

Ertinya:
Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Dia yang satu, yang tiada sekutu bagiNya. Baginya segala kerajaan dan baginya segala pujian. Yang menghidupkan dan yang mematikan, Dia yang hidup dan tidak mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa di atas segala sesuatu. (HR Tirmizi)

Hadis 254

Dari Abi Barzah Al-Aslami ra meriwayatkan bahawa di akhir-akhir hayat Baginda saw, apabila beliau bangun dari satu-satu majlis maka Baginda Rasulullah saw akan membaca doa:

Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Nampaknya tuan sering membaca doa ini yang mana tuan tidak pernah membacanya sebelum ini? Baginda saw menjawab: lni doa kifarah(bagi kelalaian) dalam satu-satu majlis. (HR Abu Daud)

Hadis 255

Dari Jubair bin Mut'im ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca doa ini di akhir majlis adalah seumpama sehelai kertas penting yang telah dimohor di akhirnya, yang mana majlis itu diterima dan ganjarannya tetap terpelihara. Dan barangsiapa membaca di majlis yang mengandungi kelalaian, ia juga akan menjadi kifarah kepada majlis tersebut.(Doanya ialah seperti ini;)

Ertinya: Mahasuci Allah dan segala pujian baginya Maha suci Engkau(dari segala kekurangan) wahai Allah! dan segala pujian untuk Engkau. Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan kecuali Engkau. Aku memohon pengampunan dan bertaubat kepada Engkau. (HR Al-Hakim)

Hadis 256

Dari Aishah r.ha menceritakan bahawa satu ketika Baginda saw telah dihadiahkan dengan seekor daging kambing, lalu baginda meminta kepada Hadzrat Aishah r.ha supaya membahagi-bahagikan daging itu kepada orang. Apabila khadimah(pembantu rumah) itu kembali, Aishah r.ha bertanya kepada khadimah apakah yang mereka kata mengenai pemberian itu? Khadimah itu menj-awab: Mereka berkata: "Barakallahu-Fiikum"(semoga Allah memberikan keberkatan kepadamu). Maka Aishah r.anha berkata: "Wa Fiihim Barakallah".(Dan kepada mereka juga keberkatan). Kita harus mendoakan mereka sebagaimana mereka mendoakan untuk kita(telah men dapat persamaan dalam berdoa). Kini ganjaran membahagi-bahagikan daging tersebut tetap terpelihara. (Al-Wabilus- Soyyib)

Hadis 257

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw apabila dibawakan kepadanya buah-buahan yang baru dipetik pada musim itu beliau akan membaca doa:

Ertinya: Wahai Allah! Berilah keberkatan di kota, di dalam buah-buahan kami, di dalam "mud" kami dan didalam gantang kami". Kemudian baginda akan memberikan buah-buah tersebut kepada kanak-kanak yang hadir disitu dan dimulakan pemberiannya kepada kanak-kanak yang paling kecil. (HR Muslim)

Keterangan:
"Mud" ialah satu sukatan yang paling kecil lebih kurang timbangannya ialah satu kilo atau "cupak" dalam bahasa melayu, dan empat "mud" bersamaan satu "sook" atau gantang.

Hadis 258

Dari Wahsyi bin Harb ra meriwayatkan bahawa para sahabat r.hum bertanya kepada Rasulullah saw : Ya Rasulullah! Kami makan tetapi perut kami tidak merasa kenyang. Nabi saw bertanya: Mungkin kamu makan secara berasing-asingan? Mereka menjawab: Benar Ya Rasulullah! Baginda bersabda: Makanlah kamu di satu tempat(makan berjemaah) dan sebutlah nama Allah ketika makan. Keberkatan akan datang dalam makanan kamu. (HR Abu Daud)

Hadis 259

Dari Anas ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa makan kemudian membaca doa :

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kepadaku dengan makanan ini dan memberikan aku rezeki tanpa usaha dan daya upayaku"

akan diampunkan dosa-dosanya yang dahulu dan akan datang. Dan barangsiapa yang membaca doa ketika memakai pakaian:

Ertinya: Segala pujian bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku tanpa perlu bersusah payah atau upaya daripadaku akan diarnpuni dosa-dosanya yang lalu dan yang kemudian. (HR Abu Daud)

Keterangan:
Dengan mengampuni dosa-dosa yang kemudian dimaksudkan bahawa Allah akan melindungi hambaNya dari dosa-dosa yang akan datang.

Hadis 260

Dari Umar bin Khattab ra meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang memakai pakaian baru dan mengucapkan:

"Segala puji bagi Allah yang telah member! aku pakaian untuk menutupi auratku dan menghiasi aku dalam kehidupanku."

Kemudian mengambil pakaian yang lama dan memberikannya sebagai sedekah, maka dia berada dalam perlindungan dan penjagaan Allah swt dan Dia akan menyembunyikan dosa-dosanya dari orang lain selama dia hidup dan sesudah dia mati. (HR Timizi)