Muntahkab Ahadis - Bab Zikir

 

Hadis 261

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Baginda Nabi saw bersabda: Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok, maka mintalah kepada Allah swt akan rahmatNya sebab ayam berkokok apabila mereka melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar suara kaldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah swt dari syaitan kerana kaldai telah melihat syaitan. (HR Bukhari)

Hadis 262

Dari Talhah bin Ubaidullah ra meriwayatkan bahawa apabila Nabi saw melihat bulan baru, maka baginda mengucapkan:

"Wahai Allah, jadikanlah bulan baru terbit bagi kami dengan keselamatan, keimanan dan Islam. Wahai bulan, Tuhanmu adalah Allah. (HR Tirmizi)

Hadis 263

Dari Qatadah ra berkata, telah dilapurkan kepadaku bahawa ketika Nabi saw melihat bulan baru, baginda akan mengucapkan tiga kali:

"Bulan baru yang baik dan petunjuk yang benar. Bulan baru yang baik dan petunjuk yang benar. Bulan baru yang baik dan petunjuk yang benar. Aku beriman kepadaNya yang menciptakan engkau". Kemudian Baginda membaca:

"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan sekian dan sekian bulan yang berlalu dan telah memulakan sekian dan sekian bulan." (HR Abu Daud)

Hadis 264

Dari Umar ra meriwayatkan bahawa Rasululiah saw bersabda: Barangsiapa yang melihat seorang dalam kesusahan dan malapetaka dan membaca doa ini:

"Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari yang telah menimpa kamu, yang telah melebihkan aku ke atas kebanyakan ciptaanNya. Akan diselamafkan dari malapetaka dalam seluruh kehidupannya, tidak kira bagaimana malapetaka yang terjadi" (HR Tirmizi)

Keterangan:
Ja'afar r.alaih berkata; Doa ini mesti diucapkan dalam hati seseorang supaya orang yang tertimpa malapetaka tidak mendengarnya.

Hadis 265

Dari Huzaifah ra berkata bahawa Rasulullah saw apabila berbaring di atas tempat tidurnya pada malam hari akan meletakkan tangannya di bawah pipinya dan membaca doa ini:

"Wahai Allah dengan namaMu aku mati dan hidup(aku tidur dan aku bangun)"

Apabila Baginda saw terbangun, maka baginda mengucapkan:

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kepada kami dan kepadaNya kami akan dibangkitkan. (HR Bukhari)

Hadis 266

Dari Barra' bin `Azib ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda kepadaku: Apabila engkau pergi tidur, sucikan dirimu(dengan berwudhu') berbaringlah di sebelah kanan dan bacalah doa ini:

"Wahai Allah aku serahkan nyawaku kepadaMu dan memalingkan wajahku kepadaMu dan aku serahkan segala urusanku kepadaMu dan aku serahkan segala pengharapanku kepadaMu, semua ini kulakukan untuk mendapatkan rahmatMu dan takut akan azabMu. Tidak ada perlindungan daripada kemurkaannya kecuali dengan rahmatMu. Aku beriman kepada Kitab yang telah Engkau turunkan dan Rasul yang telah Engkau utuskan.

Rasulullah saw bersabda kepada Barra' ra: Jikalau engkau tidur setelah membaca doa ini dan mati pada malam itu, maka engkau mati sebagai muslim yang sejati dan apabila engkau terbangun pada pagi hari, maka engkau akan bangun dengan rahmat, janganlah bercakap sesudah membaca doa ini(tetapi tidurlah). Barra' ra berkata: Aku mulai menghafal doa ini di hadapan Rasulullah saw dan aku selalu membaca pada akhir kalimat

menggantikan

tetapi Rasulullah saw membetulkan aku dan meminta aku membaca:

(HR Abu Daud dan Muslim)

Hadis 267

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda; Apabila salah seorang daripada kamu masuk tidur, maka dia hendaklah mengibaskan tempat tidurnya dengan hujung kainnya sebanyak tiga kali, kerana dia tidak mengetahui apa yang datang kepadanya(samada serangga atau binatang berbisa), dan membaca

"Dengan namaMu wahai Tuhanku aku membaringkan tubuhku dan dengan namaMu aku bangun. Jika Engkau memegang nyawaku rahmatilah ia dan jika Engkau membiarkannya pergi, maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hambaMu yang tulus dan benar. (HR Bukhari)

Hadis 268

Dari Hafsah r. ha isteri Rasulullah saw berkata bahawa ketika Rasulullah saw hendak pergi tidur, maka baginda meletakkan tangan kanannya di bawah pipinya dan membaca doa ini tiga kali:

"Wahai Allah, peliharalah aku daripada azabMu pada hari itu ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu dari kubur" (HR Abu Daud)

Hadis 269

Dari Ibnu Abbas ra berkata bahawa Nabi saw bersabda: Jikalau seseorang yang hendak bersetubuh dengan isterinya membaca:

Dengan nama Allah, wahai Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan selamatkanlah anak yang Engkau berikan kepada kami. Apabila ditakdirkan seorang anak dilahirkan daripada mereka setelah pertemuan ini, maka syaitan tidak akan memudaratkannya(syaitan tidak pernah berjaya menyesatkan bayi ini). (HR Bukhari)

Hadis 270

Dari Abdullah bin 'Amr ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang merasa gelisah(melalui mimpi buruk) ketika dia tidur, maka hendaklah dia mengucapkan:

"Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah Yang Sempurna dari kemarahanNya, azabNya, kejahatan hamba-hambaNya dan kejahatan bisikan-bisikan syaitan dan kehadiran mereka"

Maka mimpinya itu tidak menyebabkannya terganggu. Abdullah bin 'Amr ra mengajarkan doa ini kepada anak-anaknya yang telah mencapai usia remaja dan kepada anak-anaknya yang masih kecil. Dia menuliskannya di atas sekeping kertas dan menggantungkan tulisan itu di leher anak itu. (HR Tirmizi)

Hadis 271

Dari Abu Said Al-Khudri ra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda: Apabila seorang di antara kamu bermimpi balk dan dia menyukainya, maka ini berasal dari Allah dan dia mesti memuji Allah keranaNya dan dia boleh menceritakannya dan apabila seorang melihat dalam mimpinya yang dia tidak suka, maka itu berasal dari syaitan, dia berlindung kepada Allah dari kejahatannya, dan tidak perlu menceritakannya kepada orang lain, maka mimpi itu tidak menyebabkan kemudharatan kepadanya. (HR Tirmizi)

Keterangan:
Memohon perlindungan kepada Allah swt dari segala bentuk kejahatan dengan membaca:

"Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan mimpi ini" (HR Tirmizi)

Hadis 272

Dari Abu Qatadah ra meriwayatkan bahawa aku mendengar Nabi saw bersabda: Mimpi yang baik berasal dari Allah dan mimpi yang buruk berasal dari syaitan(yang menyebabkan gelisah). Oleh sebab itu apabila seseorang di antara kamu melihat apa yang dia tidak suka, hendaklah dia bangun dan meludah dengan isyarat tiga kali ke sebelah kiri, kemudian meminta perlindungan Allah dari kejahatannya. Dengan demikian mimpinya sudah tentu tidak memudaratkannya. (HR Bukhari)

Hadis 273

Dari Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila salah seorang diantara kamu pergi ke tempat tidurnya untuk tidur, seorang malaikat dan syaitan bergegas kepadanya pada waktu itu. Syaitan berkata; Selesaikan berjaga kamu dalam kejahatan dan kedurhakaan! Dan malaikat akan berkata; Selesaikan masa berjaganya kamu dalam kebaikan dan kesalihan! Jikalau dia berbaring sesudah menyebut nama Allah, maka syaitan akan lari, malaikat akan tetap tinggal dan melindunginya sepanjang malam. Apabila dia bangun, maka malaikat dan syaitan bergegas datang kepadanya pada waktu itu. Syaitan akan memberitahunya; Mulakan masa berjaga kamu dengan kejahatan dan kedurhakaan! Apabila dia membaca doa ini:

"Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan kehidupan kepadaku dan telah menyelamatkan aku dari mati selama tidur. Segala puji bagi Allah yang telah menahan langit dari jatuh ke atas bumi, kecuali dengan izinnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang membangkitkan yang mati dan yang memiliki kekuasaan diatas segala sesuatu maka jikalau dia ditimpa(atau mati kerana satu sebab yang lain), maka dia mati dengan kematian seorang yang syahid. Apabila dia hidup dan bangun mengerjakan sembahyang, maka perbuatannya ini menaikkan darjatnya. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 274

Dari Imran bin Husain ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menanyakan ayahnya: Hai Husain, berapakah berhala yang kamu sembah? Ayahku menjawab: Tujuh, enam berada di bumi dan satu ada di langit. Rasulullah saw bertanya: Yang manakah di antara mereka yang kamu berdoa kepadanya berkenaan dengan pengharapan dan ketakutanmu? Dia berkata; Yang di langit. Rasulullah saw bertanya: Hai Husain, jika engkau masuk Islam, aku akan mengajarkan kamu dua kalimat yang akan memberi menafaat kepadamu. Apabila Husain ra menerima Islam, dia meminta kepada Rasulullah saw untuk mengajarkan dua kalimat yang Baginda saw janjikan padanya. Baginda Rasulullah saw bersabda: Ucapkanlah:

Wahai Allah, berilah ilham kepadaku kepada kesolihanku, dan lindungilah aku dari kejahatan yang datang dari diriku sendiri. (HR Tirmizi)

Hadis 275

Dari 'Aisyah r.ha berkata bahawa Rasulullah saw menggalakkan aku untuk membaca doa ini:

"Wahai Allah, aku memohon kepada Engkau segala kebaikan yang akan datang dengan segera atau yang akan datang kemudian, yang aku ketahui atau yang tidak kuketahui dan aku berlindung kepada Engkau dari setiap kejahatan yang boleh datang dengan segera atau yang datang kemudian, yang aku sedari atau yang aku tidak menyedarinya, dan aku memohon kepadamu akan syurga dan aku berlindung dari api neraka dan dari setiap perkataan dan perbuatan yang membawa aku mendekati api neraka. Wahai Allah, aku memohon dari Engkau setiap kebaikan, yang hambaMu dan Nabi Muhammad saw meminta dari Engkau dan aku memohon perlidungan dari setiap kejahatan yang hambaMu dan Nabi Muhammad saw memohon perlindungan dengan Engkau dan aku memohon dari Engkau apa saja Engkau tetapkan bagiku, jadikan akibatnya baik bagi diriku. (HR Mustadrak Hakim)

Hadis 276

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah saw melihat sesuatu yang disukainya, beliau akan mengucapkan:

Segala puji bagi Allah dengan nikmatNya segala urusan baik disempurnakan dan apabila dia melihat sesuatu yang tidak disukainya, maka beliau mengucapkan:

"Pujian bagi Allah atas segala keadaan"
(HR lbnu Majah)